Sup bakso Indonesia ni resipi original dari orang Indonesia. Menurut pemilik resipi Ekynn Aziz resipi ini adalah permintaan daripada ibunya yang cukup menggemari hidangan ini. Resipi yang dikongsikan siap lengkap dengan sambal kicap sekali, barulah padu kan.

Kata Ekynn Aziz boleh aje guna bebola daging segera, bebola daging mohd armiya atau Ramly pun okay aje terasa kesedapan dagingnya. Kuah bakso ni memang sedap sangatlah bila dimakan dengan segala jenis Mi termasuklah bihun dan kuey teow. Kuahnya pun sedap dihirup begitu sahaja. Merecik peluh dibuatnya, hehehe.

KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)


.

BAHAN-BAHAN :

  • Tulang daging RM10
  • Bebola daging


.

  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
  • 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
  • 1 1/2 kiub pati daging
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • *2 biji bawang
  • *6 ulas bawang putih
  • *3@4 biji buah keras
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 sb serbuk lada sulah
  • (Blend@tumbuk bahan bertanda *)

*Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe

IKLAN

CARA MEMASAK :
1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !

CILI KICAP



.

BAHAN-BAHAN :

  • *Segenggam cili padi hijau
  • *6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar kuah bakso
  • 4 sudu besar kicap manis
  • Secukup rasa
  • Garam

CARA MEMASAK :
1. Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.
2. Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.


.

Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teow.


.

Selamat mencuba.

Kredit Ekynn Aziz

ANDA MUNGKIN JUGA TERINGIN NAK MASAK GUNA PRESSURE COOKER ATAU PERALATAN ELEKTRIK LAIN SECARA ONLINE, BOLEH LAYARI LAMAN SHOPPE NI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Resipi Step By Step Lasagna Roti Daging & Cheese. Memang Mudah!