Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ni. Nampak memang sedap sangat.
AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
BAHAN B:
Ads
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
Belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
Kerisik secukupnya
Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
Ads
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
Ads
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Memang sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Tak susah nak buat resipi sambal kicap johor yang sedap, bahan yang digunakan pun sedikit tapi sambal kicap Johor ni lah yang buat orang ketagih makan bersama pisang goreng atau soto. Resipi sambal kicap Johor ni telah dikongsikan oleh Ani Zamdi Facebook. Sekelip mata sahaja dah siap sambal kicap Johor kita ni. Apa tunggu lagi? Jomlah kita cuba resipi sambal kicap Johor ni.
1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2. Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati. Kalau malas nak menumbuk guna lesung boleh guna DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdapatkan dengan harga istimewa guna code RASGSP5 DISINI
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...