Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Rafidah Arshad telah berkongsi step by step membuat sambal tomato ikan bilis yang sangat sedap. Caranya pun senang. Yang penting, sambal tomato ikan bilis sangat sedap dimakan dengan nasi. Tambah selera makan tau!
“Sambal tomato ikan bilis goreng. Haaa terliur tak? Mabeles, mantop. Ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.” kata Rafidah Arshad yang berkongsi resipi melalui Roselyza.
RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
BAHAN GORENG
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 mangkuk ikan bilis
1 inci belacan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng belacan dan ikan ikan bilis. Ketepikan.
BAHAN TUMBUK KASAR
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Ads
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk kasar semua bahan ini.
BAHAN PERASA
1 inci gula melaka
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan BAHAN TUMBUK KASAR. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ikan bilis dan belacan tadi. Kacau lagi. Pastikan belacan hancur elok.
3. Masukkan gula melaka. Kacau sampai gula melaka hancur betul.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
4. Kemudian kisar kasar semua bahan tadi. 5. Setelah itu masukkan semula bahan yang telah dikisar kasar tadi dalam kuali untuk ditumis. 6. Masukkan bahan perasa, garam, gula dan air asam jawa mengikut selera masing-masing.
7. Jangan tumis terlalu lama untuk mengelakkan warna lada bertukar layu. Padam api setelah pecah minyak. 8. Sesuai dimakan bersama ayam goreng dan ulaman serta tauhu goreng.
Orand dulu dulu manalah ada jem, mentega kacang, nutella dan pelbagai sapuan roti lain. Roti semuanya disapu sekaya atau marjerin. Generasi lama sekaya atau seri kaya lah paling popular. Dapat roti bakar sapu sekaya, perggh terangkat lah sedapnya macam kat kedai kopitiam.
Jadi inti pau pun sedap sangat ni. Ni resipi perkongsian dari Noor Lifa Ayub, dengan sukatan 10 biji telur, wah memang puaslah makan. Ramuannya pun ringkas sangat, hanya empat bahan aje.
SEKAYA @ SERIKAYA
.
BAHAN-BAHAN :
10 biji telor ayam gred B
1 kg gula (ambil satu cawan untuk buat gula hangus)
Santan kelapa dari 1 biji kelapa (1 periuk kecil)
3 sudu makan tepung gandum
(gula, telor dan tepung gandum dikisar)
CARA MEMASAK : 1.Gula yg secawan tu dijadikan gula hangus. Bila gula dah cair, masukkan santan dan kacau lagi. Usah berhenti untuk mengelakkan gula hangit. 2.Bila gula hangus yang diletakkan santan tadi dikacau, masukkan bahan yang diksar tadi. 3.Kacau dengan api yang perlahantanpa henti, sampai keluar gelembung. Emppunya resipi masak 1/2 jam kacau tanpa henti. selamat mencuba .
Kredit Resepi : noor lifa ayub
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH. JOM LAYARI DI SINI, PELBAGAI PILIHAN MENANTI DENGA HARGA MENARIK.
Pernah cuba Sambal Belacan Siam? Bagi anda yang menggemari sajian sambal dan wajib ada bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan Siam perkongsian saudari Rozmaliza Omarni antara yang wajib dicuba. Mudah dan membuak selera. Merurut beliau lagi resipi ini adalah resipi warisan keluarganya dan wajib ada bila tipa kali kenduri. Malah ada juga dikalangan rakan-rakan yang menggunakan resipi ini untuk jualan. Wow…Pasti enak ni. Jom cuba. Anda juga pasti sukakannya.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk cili padi merah 1/2 mangkuk cili padi hijau 1 labu bawang putih (*) – beli online disini 1 biji bawang besar holland (*) – beli online disini 1 inci belacan (*) – beli online disini 1/2 cawan air asam jawa – beli online disini 5- 6 sudu makan cuka – beli online disini Garam, gula & ajinomoto secukup rasa 1 labu bawang putih jeruk & airnya sekali – jika ada. Ia bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa sambal – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Sediakan semua bahan dan bakar bahan-bahan yang bertanda (*). Ketepikan. 2. Kemudian satukan semua bahan termasuk yang dibakar (kecuali bahan perasa) dan kisar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto dengan secukupnya. Kacau rata dan sambal nampak berkilat. 4. Sambal Belacan Siam siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulaman . 5. Sambal ini juga sedap dicicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.