Suka makan agar-agar? Manisan Agar-Agar Cermin atau Mix Fruits Jelly ni boleh dicuba. Cara pembuatannya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Bolehlah hidangkan untuk sajian suami dan anak-anak. Malah ia juga sesuai untuk hidangan di sebarang majlis keraian. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sya Qiela ini. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK AGAR-AGAR CERMIN MUDAH & SEDAP

 

IKLAN

( Nota: Menurut empunya resipi sukatan air dan gula memang tiada. Jadi boleh agak-agak sendiri mengikut sukatan air dari paket agar-agar)

  • Klik DISINI untuk petua sukatan air untuk agar-agar bertali & serbuk

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket agar-agar bertali
  • Air
  • Gula pasir
  • Gula batu
  • 1 tin longan
  • Buah strawberi secukupnya – belah dua
  • Buah mangga – potong dadu
  • Buah kiwi – potong bulat
  • Biji selasih – rendam dengan air panas seketika

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ambil loyang bersesuaian kemudian basahkan dengan sedikit air. Potong juga buah-buahan tadi. Ketepikan.
  2. 2. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula pasir dan gula batu dengan secukupnya. Masak lagi hingga hancur.
  3. 3. Tambahkan air longan dan masak lagi hingga mendidih. Padamkan api.
  4. 4. Ambil sedikit larutan agar-agar yang dimasak tadi dan masukkan ke dalam loyang.
  5. 5. Tabur biji selasih dan juga hirisan buah-buahan mengikut cita rasa. Biarkan selama 5 minit barulah dimasukkan lebihan larutan agar-agar.
  6. 6. Biarkan seketika hingga wap panas agar-agar hilang barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya beku sepenuhnya.
  7. 7. Agar-agar ini enak dimakan sejuk.

 

INFO:

  1. Wajib masukkan sedikit hgula batu supaya agar-agar nampak berkilat.
  2. Masak agar-agar hingga betul-betul mendidih supaya bila ia mengeras, agar-agar tidak cepat cair.
  3. Sukatan gula dan agar-agar tiada sukatan. Boleh agak-agak mengikut kemanisan yang dikehendaki.
  4. Campuran air longan memberikan rasa manis dan menaikkan lagi rasa agar-agar.
  5. Bebas menggunakan buah-buahan kegemaran. Lagi banyak letak, lagi sedap.
  6. Agar-agar mestilah diasukkan ke dalam loyang semasa masih panas. Ia bertujuan untuk melembutkan buah, mudah dipotong dan tidak hancur.

Resipi Agar-Agar Cermin Yang Mudah & Sedap Dimakan Sejuk.
Kredit resipi & foto: Sya Qiela

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI