Brownies antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, resipi mudah perkongsian saudari Nur Amira ni boleh dicuba.
BROWNIES KEDUT
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega/margerin
450gm dark chocolate compound
3 biji telur gred B
150gm gula perang
100gm tepung naik sendiri ( self raising flour)
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
Ads
2. Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3. Rupa telur dan gula yang telah siap dipukul.
4. Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
Ads
6. Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
Cuaca panas begini kalau dapat menghirup cendol alangkah nikmatnya. Dapat pula cendol yang lemak manis memenuhi citarasa. Kalau lagi nak puas boleh cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Shida. Prosesnya pun tidak susah, lepas ni tak payah beli cendol. Buat sendiri lagi puas ati,cendol kampung susah nak dapat sekarang ni😊..Sedap tak terkata bila dapat makan cendol pulut,panas ni makan cendol untuk sejukkan tekak.
CENDOL
Bahan-bahan:
1 cwn tpg beras
1 cwn tpg gndum
3 cwn air daun pndan
1 cwn air kapur(kapur mkn letak sikit ye jgn letak byk kn pijor plak lidah)
Sdikit pwarna hjau
Cara penyediaannya:
1.Masukkan kesemua sekali dan kacau ats api yg sederhana kecik kacau smpai adunan jd pekat n likat
Kemudian blh la letak dlm acuan utk d jadikan cendol
2.Sblm nk tekan dlm acuan sdiakan air putih dlm bekas ye
Kalau anda peminat kek keju, anda patut cuba resipi ini. Memang sedap dan sangat lembut. Walau terlihat bahannya agak banyak, tetapi sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk membuatnya. Yang penting, anda perlu ikut sukatan betul-betul dan pastikan semua bahan ada. Selamat mencuba dan menikmati kek keju Jepun yang Gebus Gebas.
BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
100gm susu segar
50gm mentega
250gm krim keju
Bahagian B:
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
20gm tepung jagung
60gm tepung kek
Bahagian C:
6 biji putih telur
140gm gula kastor
1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
Saiz Hidangan: 8 hingga 10 orang Waktu Memasak: 1 jam 30 min Jenis Hidangan: Kek Keistimewaan: Sangat lembut dan tidak muak Cara Memasak: Bakar Anggaran harga:RM30-RM40
INFO CHEF: Kaedah ‘water bath’ ialah dengan melapiskan loyang kek dengan loyang yang lebih lebar dan dituangkan dengan air panas.
Tak lengkap raya tanpa biskut Almond London ni. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BISKUT ALMOND LONDON SEDAP
BAHAN A:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan (beli online disini)
Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.