Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Ads
Bentukkan doh sebesar nugget
Ads
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Kalau masih ada lagi baki daging korban yang belum dimasak pada kata buat resipi beef noodle ala Chinese style ini. Cara membuatnya mudah, mi tak perlu digoreng sebaliknya hanya digaul dengan garlic chili oil atau minyak cili bawang putih.
Hidangan beef noodle atau mi daging dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini cukup enak dan boleh dimasak dalam tempoh yang sekejap saja.
1. Sediakan terlebih dahulu garlic chili oil, bahan-bahannya;
Bawang putih cincang
Emping lada kering
Biji bijan
Hirisan daun bawang
Minyak bijan
Garam/gula
Minyak masak yang panas
2. Satukan semua bahan dalam bekas kemudian tuang minyak panas. Kacau sebati, rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Seterusnya sediakan daging perap:
-Cincang daging menjadi kecil
-Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam
-Goreng dalam kuali sehingga air daging kering.
4. Rebus pasta angel hair, untuk lebih guna mi lidi
5. Masukkan mi dalam pinggan, letak daging cincang yang siap dimasak dan masukkan garlic chili oil. Gaul rata dan bolehlah dimakan.
Siapa yang suka dengan menu ala Timur Tengah, mesti suka dengan resipi Nasi Arab Mandy @ Kabsah ini.
Nampak macam susah tapi sebenarnya cara nak masaknya senang. Lebih kurang macam nak buat nasi ayam.
Resipi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini, sesuai buat mereka yang pertama kali belajar nak masak nasi arab mandy.
½ ekor ayam 1 sudu besar rempah nasi mandy 1 sudu besar serbuk cili Sedikit pewarna kuning saffron 1 kiub pati ayam know Garam, secukup rasa 2 sudu besar minyak zaitun
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas kacau hingga sebati. Ratakan pada ayam kemudian perap ayam paling kurang 3-4 jam atau semalam di dalam peti. Setelah perap, bolehlah direbus ke dalam kuah sup.
½ biji bawang besar | dihiris 5 ulas bawang putih 2 batang cili hijau 1 sudu besar rempah Mandy 1 kiub pati ayam Garam, gula (jika perlu) 1 sudu kecil lada hitam Sedikit pewarna kuning safron
1. Panaskan minyak zaitun, tumis semua bahan di atas hingga terbit bau dan masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini.
2. Saya lebihkan air sebab kuah ini akan dicampur bersama beras untuk masak nasi nanti.
3. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam. Ayam dan kuah siap (jika ayam ingin dibakar /panggang, maka ayam tak perlu direbus).
4 cawan beras basmati 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak zaitun 1 ½ sudu besar rempah nasi Mandy 1 biji bawang besar | dihiris 2 batang cili hijau 5 ulas bawang putih 1 helai bayleaves/daun salam 1 biji limau kering 1 batang kayu manis 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 pokok akar daun ketumbar 1 kiub pati ayam
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. Masukkan semua bahan nasi kecuali beras dan kiub ayam. 2. Tumis sehingga terbit bau. Masukkan beras serta 2 gelas air rebusan ayam dan bakinya masuk air biasa.
3. Sukatan air sama macam masak nasi biasa, perasakan garam dan aji secukup rasa. Kacau. 4. Masukkan ayam yang telah direbus. 5. Setelah nasi masak, terus lubangkan nasi kepada 4 bahagian dan masukkan sedikit pewarna oren atau kuning saffron.
6. Biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi cantik terurai. Siap.
2 biji tomato 5 biji lada hijau besar 5 biji cili padi merah 2 tangkai daun ketumbar 1 sudu besar perahan lemon Sedikit rebusan ayam Garam, gula, pati ayam secukup rasa
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.