Daun sup dan daun ketumbar antara herba yang sangat enak jika dicampur dalam masakan. Biasanya ia digunakan dalam penghasilan sup, bergedil, tomyam malah ia juga sesuai ditabur diatas hidangan mi goreng atau bihun goreng sebagai penyedap rasa dan penambah aroma.

Namun, herba-herba ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah menjadi lembik dan busuk. Jika beli di kedai, biasanya ia dijual dalam kuantiti yang agak banyak. Dalam masakan pun bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Jadi lebihan daun sup dan ketumbar tu jika dibiarkan sahaja pasti akan membazir. Minggu depan bila anda nak masak dan perlukan daun ini, dah kena beli baru.

Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.
foto: allthatgrows.in

Ada petua menyimpan kedua-dua herba ini agar tahan lama yang boleh anda praktikkan iaitu dengan membekukan daun tersebut menggunakan air. Melalui cara ini, ia mampu tahan berbulan-bulan. Cubalah! Memang bijak malah tak membazir.

Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.
foto: marthasteward.com

CARA-CARA MENYIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Daun sup dan daun ketumbar – basuh bersih dan buang sisa pasir.
  • Bekas dadih atau bekas kecil
  • Air

LANGKAH-LANGKAH:

1. Ambil daun sup dan ketumbar yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.

2. Ambil hirisan dan masukkan ke dalam bekas dengan secukupnya. Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi.

3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.

IKLAN

Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.

4. Bila nak guna, ambil satu bekas dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.

Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.

 

IKLAN

Selamat mencuba!

 

INFO RASA: Anda juga boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.

 

Kredit petua & foto: Nana Aziz

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI