Anda suka makan kari? Kari merupakan antara hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tengok sajalah kalau di kedai mamak, memang ramai yang akan menikmati hidangan berasaskan kari seperti Nasi Kandar, Roti Canai dan lain-lain lagi. Ternyata kari mampu menyatukan semua.
Berita baik untuk para pencinta kari, RASA dengan rakan kerjasama HAVOC bakal mengadakan RASA Layan Curry Fiesta bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Dengan slogan Satu Malaysia Layan Kari, fiesta ini bakal berlangsung selama empat (4) hari di Parking B, Setia City Convention Centre pada 5 hingga 8 September 2024 bermula jam 11 pagi hingga 12 malam.
Fiesta jualan makanan berasaskan kari seperti Nasi Kandar paling surr dari seluruh tanah air, Nasi Arab, Nasi Briyani seperti Hameediyah, Nasi Kandar Express, Matha’am dan banyak lagi makanan viral lain bakal memenuhi selera pencinta makanan.
Lebih meriah lagi, RASA Layan Curry Fiesta ini turut diiringi bersama Syok Fest Kita anjuran ASTRO yang berlangsung di Oval Lawn, Setia City Convention Centre.
Fiesta ini turut mendapat sokongan Kementerian Perpaduan Negera di mana Yang Berhormat Menteri, Datuk Aaron Ago Anak Dagang sudi melancarkan pada 7 September 2024 jam 4.30 petang. Dan sudah tentu turut disokong oleh MBSA selaku rakan PBT, PRESMA dan grup komuniti Nasi Khandaq Hunters.
Ads
Penganjuran fiesta ini sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia amat mencintai kedamaian dan keharmonian hidup berbilang bangsa. Makanan mampu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat.
Antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang fiesta ini berlangsung ialah projek CSR pemberian 250 set nasi kandar untuk para penghantar makanan (rider), pertandingan Teh Tarik Kaw-Kaw bersama The Teh Tarik King, pertandingan roti canai terbang bersama Chef Matt, pertandingan makan roti canai ekspres, pameran kereta berhias Hello Kitty oleh komuniti Hello Kitty Cars Malaysia, pertandingan fotografi, petting zoo dan banyak lagi.
Ads
Ads
Selain itu, Havoc akan menganjurkan pelbagai program menarik seperti Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini, Majlis Havoc Berselawat, Meet & Greet, Busking, Clown & Magic Show, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memanah, dan Pertandingan Congkak. Acara ini juga mendapat liputan dan ulasan daripada pengulas makanan popular seperti KL Foodie, Epi Milaini, Mira Burger, Liana, dan Darus Lantak yang akan berkongsi pengalaman mereka menikmati pelbagai hidangan yang disajikan di RASA Layan Curry Fiesta.
Jom ramai-ramai meriahkan RASA Layan Curry Fiesta nanti. Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selesai sudah Program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Fuh… Masih terasa kemeriahan serta kehangatannya.
Seawal jam 8.00 pagi, sebanyak 15 periuk Bubur Lambuk dimasak dengan penuh teliti dengan menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Panas dan bahang memang terasa namun rewang memasak ini dilakukan bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menjadikan program berjalan dengan lebih lancar.
Turut hadir memberi sokongan kepada program ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang diiringi oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan mewakil Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhhelmy bin Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun tetap meluangkan masa untuk bersama-sama barisan petugas dalam menjayakan program ini.
Sesi pembungkusan berjalan dengan lancar. Sebanyak 8000 pek Bubur Lambuk berjaya disiapkan dan habis diagihkan kepada orang ramai.
Selain di Dataran Merdeka, agihan turut dilakukan di hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan. Terima kasih kepada warga Lembah Klang yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang disediakan.
Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun ke-7 AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sejak 2019, AJI-SHIO® setiap tahun komited bersama-sama berganding bahu dalam menyediakan juadah istimewa ini untuk diagihkan kepada umat Islam yang berpuasa.
Malah tahun ini, para pengunjung luar negara yang turut sama berada di Dataran Merdeka juga berpeluang untuk merasai keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
AJI-SHIO® MERIAHKAN RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA
Bukan setakat masak Bubur Lambuk menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa je, pada hari tersebut team AJI-SHIO® juga melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk mendekatkan lagi jenama ini dengan orang ramai.
Di booth AJI-SHIO®, turut berlangsung jualan produk dengan harga promosi istimewa! Memang meriah lain macam. Beruntung para pengunjung yang datang ke booth AJI-SHIO®. Masing-masing pulang dengan senyuman.
Malah AJI-SHIO® juga turut mengadakan Demo Masakan Istimewa bersama Chef Naem dimana chef telah berkongsi dua resipi yang sesuai dinikmati sewaktu berbuka iaitu Roti John dan Tauhu Bergedil. Sedap betul! Gabungan AJI-SHIO ® Lada Berperisa dan AJI-SHIO ® Lada Hitam Berperisa pasti membangkit selera dan menambahkan lagi kelazatan hidangan anda.
Siap main kuiz lagi sementara menunggu waktu berbuka. Seronok para pengunjung menang hadiah.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Bagi yang tidak berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®, anda boleh masak sendiri di rumah. RASA kongsikan resipi Istimewa ini buat anda. Jom cuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
25 Pemenang Berjaya Membawa Pulang Wang Tunai Bernilai Sehingga RM 11,000 Berserta Barangan Saji.
Lima minggu yang menarik dan penuh mengujakan. SAJI-AN MISTERI BERSAMA RASA telah menghadiahkan pengikut laman sosial di Malaysia khususnya pengikut RASA dan SAJI dengan perkongsian resipi-resipi dan hadiah-hadiah hebat sebagai penutup tirai tahun 2020.
Sepanjang kempen berjalan, Saji-an Misteri Bersama Rasa telah membawakan empat selebriti , dua selebriti terkenal tanah air dan dua insta-famous berkongsi lapan resipi air tangan mereka yang menggunakan barangan SAJI. Empat menu utama dan empat hidangan pencuci mulut yang dikongsi mereka begitu memikat selera yang dikongsi melalui video yang semestinya meriah dengan aksi dan celoteh mereka ketika memasak.
Bukan sekadar memasak, mereka juga turut membawa penonton menyahut cabaran Peraduan MASAK, KONGSI DAN MENANG yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 dan barangan saji setiap seorang untuk lima pemenang selama lima minggu.
SANTAN KELAPA SAJI JADI PILIHAN
Minggu pertama kita dihidangkan oleh Insta-Famous, Ashhryyyyy yang berkongsi menu Masak Lemak Siput Sedut dan Pengat Pisang Bersagu dengan menggunakan produk terbaru saji iaitu SANTAN KELAPA SAJI.
SANTAN KELAPA SAJI adalah seperti santan yang baru diperah tanpa pengawet dan pewarna yang menjadikan masakan sangat enak. Ashhryyyyy turun mengajak orang ramai menyahut cabaran membuat video masakan bagi memenangi hadiah wang tunai serta barangan Saji
Ternyata ramai yang menyahut cabaran itu dengan menghantar video memasak. Walau pun dalam tempoh yang tidak panjang, masing-masing berjaya menghasilkan video menarik yang begitu kreatif mengikut cara masing-masing memasak dan menyunting video.
Minggu berikutnya Datin Ismatia pula berkongsi resipi Kurma Daging dan Tepung Pelita. Siapa tidak kenal dengan Datin Ismatia yang memang pakar memasak. Melihat caranya menyediakan bahan-bahan pun kita sudah tahu beliau sentiasa memilih bahan yang berkualiti. SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan untuk kedua-dua masakan selain turut menggunakan Minyak Masak Saji, Gula Saji dan Garam Saji.
Tidak sekadar menyaksikan video masakan Datin Isma yang sentiasa membangkitkan selera, yang menonton juga diajak untuk menyahut cabaran Masak, Kongsi dan Menang. Memang meriah bila semakin ramai yang berani mempamerkan keativiti mereka memasak sambal menghasilkan video. Bila dah banyak pemilihan perlu teliti. Dan sekali lagi lima pemenang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM500 setiap seorang serta hamper barangan Saji.
SERONOK TENGOK TELATAH ZARA ZYA DAN SHARIFAH SHAHIRAH DI DAPUR
Kalau melihat Zara Zya berlakon memang sudah selalu. Lakonan mantapnya memang sentiasa dinantikan peminat drama. Tetapi bila di dapur kita tidak tahu bagaimana aksinya memasak. Tahukah dia masak terutama masakan yang susah? Namun semua persoalan terjawab bila melihat video masaknya bersama SAJI. Aksi bersahaja Zara Zya yang pantas menyediakan Tomyam Pok Tek dan Pulut Mangga memang tidak dapat disangkal kehebatannya, apatah lagi dengan menggunakan bahan utama SANTAN KELAPA SAJI.
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti Sharifah Shahirah yang sentiasa ceria dan mengamatkan suasana. Baik berlakon atau mengacara, Shahirah akan selalu menyelitkan kata-kata lucu. Suasana pasti akan meriah dan begitu juga bila berada di dapur. Rendang Ayam Mak Esah dan Puding Sagu Gula Melaka dua menu yang dikongsi oleh Shahirah. Rendang Ayam menggunakan SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan utama selain Minyak Masak Saji dan juga bahan-bahan lain Saji.
Peraduan MASAK KONGSI DAN MENANG semakin meriah apabila ratusan penyertaan diterima. Dan penonton semakin kreatif mencipta resipi baru dengan menggunakan pelbagai produk SAJI termasuk produk terbaru BERAS dan GULA SAJI Masing-masing mencipta resipi mengikut cara dan gaya selebriti pilihan masing-masing selain turut menyerlahkan kreativiti tersendiri. Dua minggu terakhir ini menyaksikan 10 lagi pemenang terpilih.
Melihat sambutan hebat daripada pengikut Majalah Rasa dan juga daripada pengikut Instagram selebriti dan personaliti yang ditonjolkan, pihak pengurusan SAJI telah melanjutkan seminggu lagi peraduan bagi memberi peluang orang ramai menampilkan kreativiti mereka. Ternyata sambutan yang diterima juga sangat luar biasa. Sebagai penutup kempen Saji-an Misteri Bersama Rasa 2020, 2 hadiah Utama berupa wang tunai RM500 dan barangan saji disediakan. Juga disediakan 3 hadiah saguhati berupa barangan saji. Semuanya sebagai menghargai sokongan orang ramai kepada SAJI.
Bagi anda yang ingin menyaksikan keseluruhan video, mendapatkan resipi dan melihat siapakah pemenang-pemenang yang bertuah itu boleh layari https://www.rasa.my/rasa-x-sajian-misteri/
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jangan lupa terus follow RASA & SAJI untuk menyertai peraduan-peraduan yang akan datang. Jumpa lagi!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Masak guna resipi ni silap haribulan, masakan anda jadi lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Ha..Anak-anak pun puji tau. Jangan was-was lagi, anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
RESIPI PAPRIK AYAM THAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN SOS:
CARA MEMASAK:
PETUA: Selain ayam, anda juga boleh memasak Paprik yang enak dengan menggunakan aneka makanan laut dan juga daging. Bahan dan cara memasaknya sama sahaja. Memang enak & dijamin berselera.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!