Menyingsing fajar dan beduk dipalu. Maka berkumandanglah laungan takbir di seluruh ruang semesta menandakan bermulanya bulan Syawal yang mulia. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, Hari Raya Aidilfitri tentunya amat dinanti oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kemenangan setelah berjaya melawan hawa nafsu dan melatih diri dengan amalan yang terpuji di sepanjang bulan Ramadan.
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang mengembirakan. Malah ia juga merupakan bulan yang penuh dengan keinsafan dan kemaafan. Inilah masa untuk kunjung mengunjung ke rumah keluarga, sanak saudara dan rakan taulan untuk mengeratkan hubungan serta mengukuhkan kasih sayang. Jika ada kekusutan, inilah saat terbaik untuk menjernihkan keadaan. Buang jauh segala pertelingkahan, hulurkanlah salam kemaafan dan sambutlah dengan penuh senyuman agar Aidilfitri jadi lebih bermakna.
Ads
Kasih sayang sangat tinggi nilainya. Maka Aidilfitri tentunya jadi lebih bermakna bila disambut bersama keluarga tersayang. Inilah masa untuk menambahkan lagi rasa cinta serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Walau di mana jua diri berada, baik di desa mahupun di kota, beraya bersama insan tercinta pasti menjadi detik yang paling berharga dan menggembirakan.
Tambahkan keceriaan dan suasana lebaran yang lebih bermakna bersama Coway dengan menikmati udara yang nyaman serta kedinginan air yang menyegarkan di musim perayaan ini. Coway adalah pembantu pintar anda yang boleh membantu memudahkan kerja-kerja penyediaan juadah dan minuman. Penapis air Coway didatangkan dengan tangki kedap udara, berciri anti bakteria yang mampu menapis karat, logam berat, klorin dan juga kuman yang ada dalam air. Menjadikan rasa air minum lebih bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada tetamu. Malah penapis air Coway juga boleh digunakan tanpa was-was kerana ia diiktiraf halal oleh JAKIM.
Dengan adanya penapis air Coway, anda tidak perlu lagi berada lama di dapur untuk membancuh air kerana Coway menyediakan tiga pilihan suhu air iaitu air panas, sejuk dan biasa. Hanya pilih dan tekan sahaja. Tak perlu lagi tunggu air mendidih dan masa yang ada boleh digunakan untuk berbual mesra bersama tetamu. Malah bancuh susu anak-anak pun jadi lebih mudah. Tak perlu lagi masak air dan menunggu lama. Mudah kan?
Ads
Penapis air Coway juga dilengkapi dengan power saving mod dimana ia menjimatkan penggunaan elektrik serta kunci air panas untuk keselamatan anak kecil. Jadi anda tidak perlu risau dengan bil elektrik yang melambung tinggi dan juga keselamatan anak-anak bila menggunakan penapis air Coway.
Kini berkumpul beramai-ramai di hari lebaran bukan lagi masalah bila adanya Coway. Jadi marilah bersama-sama nikmati kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan penuh keriangan serta rasa kesyukuran bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.
Ads
Nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk hebat Coway? Dapatkan infonya DISINI.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila sebuat pasal kopi ais, terbayang segelas kopi sejuk yang pekat, sedikit pahit, tak terlalu manis dan penuh rasa lemak. Memang nikmat dapat menikmati minuman sebegini. Andai dibeli di kafe tersohor mahupun di restoran mamak, harganya boleh tahan. Sedangkan cara membuatnya cukup mudah. Benda yang boleh jimat, kenapa tidak kan? Jom buat segelas guna resipi perkongsian saudara Ben Safwan. Pasti puas hati. Ramai yag dah cuba dan puji. Anda pun jangan lupa untuk rasa tau. Mudah sahaja cara dan bahannya.
RESIPI KOPI AIS KAW PALING SEDAP. BANCUH SENDIRI JE
1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api. 2. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. 3. Tapis dan tuang masuk air kopi tadi ke dalam jug. 4. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat ke dalam jug.
5. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.
6. Simpan bancuhan kopi kaw dalam freezer atau boleh terus dinikmati.
Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian. Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar. 2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati. 3. Susu pekat manis homemade siap disediakan dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
INFO: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.
Sepanjang tahun 2022, pelbagai resepi menarik muncul dan buat anda terliur ingin mencuba. Ini antara senarai menu makanan buat anda ketagih nak makan dan boleh juga masak untuk hidangan sekeluarga dan tetamu yang bakal datang tahun baru nanti.
1.KARI AYAM BANGLADESH
Bahan-bahan:
4 kg ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
4-5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 sudu besar jintan putih
2 batang kayu manis
7 biji pelaga
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 cawan minyak masak
1/2 sudu besar garam
1 1/2 cawan air
2 biji kentang
Penyediaan bahan:
1.Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
2.Potong kentang kepada 4 bahagian.
3.Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.
Cara memasak:
1.Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
2.Gaul sebati kesemua bahan.
3.Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
4.Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
5.Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
6.Hidang bersama nasi panas.
Kredit: Che Nom
2.DONUT RED VELVET
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 1 sudu besar yis instant 1 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar emulco Red Velvet ¾ cawan air suam Secubit garam 1 sudu besar marjerin
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati
Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit – 1 jam.
3.Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit. 4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
3.CRAB RANGOON
Bahan-bahan kulit: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini) 2 cawan tepung gandum 4 sudu makan marjerin Air secukup untuk jadikan doh
Cara membuat: 1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. 2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh. 3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.
Bahan-bahan inti: 1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick) 1 cawan krim keju / cream cheese ¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera) Garam secukup rasa Lada hitam secukupnya 1 biji telur – jika suka
Cara membuat: 1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata. 2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.
Cara memasak: 1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.
Ukur atau potong doh menjadi empat segi sama 2 x 2 inci.
Ambil inti dan letak 1 sudu teh di atas kepingan doh tadi.
Balut dan kelim. Caranya ialah mula-mula, temukan bucu bertentangan.
Kemudian temukan bucu kedua yang bertentangan.
Kelim bahagian tepi-tepi supaya kemas dan tidak terbuka.
Ulang langkah yang sama hingga habis adunan doh dan inti.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
Angkat, toskan minyak dan hidang dengan sos cili atau sos Thai. Satu adunan ini akan dapat 45 biji Crab Rangoon.
Rangup di luar, lembut dan berkrim di dalam. Memang sedap!
Kredit: Hazneza binti Abdul Hamid
4.RAINDROP CAKE@ JAPANESE WATER CAKE
Bahan-bahan: 1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar 950ml air 250gm gula halus Pewarna – jika suka Gula merah Serbuk kacang tanah
Cara memasak: 1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.
Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.
Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.
1 biji buah tomato | dihiris 1/2 labu bawang besar Holland Sejengkal batang saleri Segenggam daun ketumbar 1 biji cili merah besar 1 sudu sos ikan (jika suka) 1 sudu air asam limau (jika suka) 2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan lauk:
Sotong Udang Fish cake Crab stick Fish ball
Cara membuat:
Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.
Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).
Keluarkan udang, sotong.
Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.
Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.
Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!
250g tepung high protein 1 biji kuning telur 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama) 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream 40g gula 30g mentega 2-3g yis
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Cara membuat:
Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker. 2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit.
10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh. 4. Dah uli, boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan. 6. Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal. Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.n bentukkan doh ikut berat yang diingini.
Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Bahan-bahan: 2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek) 1/2 cawan tepung ubi 1/2 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung jagung 5 sudu besar gula 1 sudu besar serbuk penaik Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat: 1. Dalam bekas, satukan semua bahan. 2. Gaul sebati sehingga menjadi doh. 3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.
Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas. 5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal.
Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.