Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) 1 1/2 cawan air Asam boi Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
Ads
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Air Soda Herba sedap ini memang sangat menyegarkan bila meminumnya. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas. Nak buatnya tak susah langsung. Bahan pun taklah banyak sangat. Bila buat sendiri, rasa lebih puas kerana kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka ikut selera sendiri. Betul tak?
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Adila Azzahra ini ya.
Dalam satu mangkuk besar, masukkan serai, lemon, daun pudina, laici dan asam boi. Kemudian tuang aiskrim soda ke dalamnya. Gaul sekata.
Tambah air batu untuk sejukkan ia. Siap. Mudah sangat kan? Selamat mencuba!
Salah satu ramuan utama air ini adalah lemon yang kita ketahui memang kaya khasiat.
Selain digunakan dalam masakan, dari sudut kesihatan, buah lemon turut mengandungi khasiat yang tersendiri. Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas.
Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi.
Air lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan.
Meminum jus lemon dengan kerap boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang.
Selain itu, lemon adalah buah yang baik untuk melawan penyakit yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil. Ini kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria.
Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap.
Kalau nak rasa lebih “kick”, anda boleh masukkan sedikit hirisan halia atau beberapa ketul ais lemon beku. Cara ini buatkan minuman lebih segar dan tahan lama. Ada juga yang suka tambah sedikit madu untuk seimbangkan rasa, terutama jika tidak mahu minuman terlalu manis.
Bagi yang suka aroma herba yang kuat, anda boleh lebihkan daun pudina atau serai. Kalau buat untuk tetamu, sediakan dalam jag besar dan biarkan bahan-bahan perap seketika supaya rasa herba dan lemon betul-betul meresap.
Bila buat sendiri, kita bukan saja boleh kawal rasa, malah boleh pilih kualiti bahan yang lebih baik. Tak perlu risau tentang bahan tambahan atau pewarna berlebihan. Lagi seronok bila dapat hidangkan kepada keluarga, terutama waktu berbuka puasa kerana minuman ini memang memberi rasa segar selepas seharian menahan dahaga.
Air Soda Herba juga sesuai dijadikan minuman untuk majlis kecil, jamuan ringkas atau bila ada tetamu mengejut. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya memang cepat.
Resipi semula jadi kurangkan sakit lutut dengan menggunakan tiga bahan ini perlu dicuba bagi yang mengalami sakit lutut.
Kadangkala masalah sakit lutut sangat menganggu aktiviti seharian. Nak bergerak susah, nak beribadah pun susah. So, eloklah cuba minum minuman yang menggunakan tiga bahan yang ada di dapur rumah kita. Mudah sangat tapi khasiat bukan main-main ye.
Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Lela Yusof ini. Selamat mencuba!
Masukkan air dalam periuk. Tambah hirisan epal hijau, serai ketuk dan kulit kayu manis.
Rebus semua bahan sampai jadi anggaran dalam empat gelas air. Biarkan Suam, Barulah boleh diminum.
Seeloknya minum dua kali sehari, tiap-tiap hari selama dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan kesannya.
Epal itu boleh dikunyah. Atau boleh juga kisar halus kalau rajin. Tapi tanpa kayu manis dan serai lah ye.
Epal, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit epal tak perlu dikupas. Cuci bersih dan rebus skali dengan kulit. Kulit epal ada 5 kali ganda antioksidan. Rugi le kalau buang!