
Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawang tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 200ml santan segera
- 1 biji telur ayam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
- 200gm daging kisar
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji cili padi | hiris halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- 3 sudu makan bawang goreng
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
- Masukkan daging kisar, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
- Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
- Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
- Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
- Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
- Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
- Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tiga Menu Mudah Untuk Bekal Sekolah Anak. Nak Bawa Pejabat Pun Okay.

Tiga menu mudah untuk bekal sekolah anak ini, cepat dan mudah dimasak. Kalau nak jadi bekal ke pejabat pun apa salahnya, buangkan hiasan ala bento tu aje. Boleh masak resipi yang sama.
Cepat dimasak, enak dimakan sajian pasta, kentang dan cekodok atau pop corn brokoli ni memang sedap dinikmati. Jom semak resipi dari Young Chefs Academy ni.
1. BENTO PASTA ‘WAGON WHEEL’& SOS TOMATO BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
- 240gm pasta bentuk wagon wheel | direbus dan tos
- 2 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1/2 biji bawang besar | dicincang
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 cawan puri tomato
- 185ml krim
- 125ml susu segar
- 30gm keju parmesan
- 1 sudu teh basil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di atas kuali atas api yang sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan masakkan ayam hingga empuk.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan, kacau hingga keju menjadi cair. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan pasta dan gaul selama 2 minit atau sehingga soso tomato jadi pekat.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan: Pasta
Keistimewaan : Pasta lazat dengan rasa tomato dan keju berkhasiat
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Jika suka anda boleh variasikan menu dengan memasukkan cendawan butang.
2. POP CORN BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 brokoli | direbus dan dicincang halus.
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
- 1/2 sudu teh oregano
- 1/2 sudu teh paprika
- 1/2 cawan keju cedar
- 1/2 cawan serbuk roti
- 2 sudu makan minyak sayur
Bahan sos yogurt :
- 2/3 cawan yogurt
- 1/2 sud makan jus limau nipis
- 1 biji bawang putih | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C.
2. Di dalam mangkuk pukul telur, garam, serbuk bawang putih, oregano, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan keju cedar, serbuk roti dan brokoli yang telah dicincang. Gaul hingga sebati.
4. Ambil sudu besar kaut dan bentukkan 16 biji bebola.
5. Bakar pop corn di dalam ketuhar selama 15-20 minit.
6. Untuk sos: Masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek ala cucur
Keistimewaan : Cara terbaik agar kanak-kanak menggemari makan sayur
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Brokoli mengandungi kadar kalsium dan vitamin K yang tinggi untuk kesihatan tulang dan cegah osteoporosis.
3. KASEROL HASHBROWN
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan kentang, dikupas dan disagat
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/3 cawan mentega
- 1/3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan stok ayam
- 1/2 cawan keju mozarella
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan stok ayam, garam, dan lada hitam. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan kentang yang disagat di dalam bekas aluminium. Tuang kuah stok ayam sehingga menutupi kentang dan taburkan keju mozarella.
5.Bakar hashbrown di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 45 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan : Rasa kentang yang kaya dengan keju enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Bekal makanan yang kaya dengan serat. Pilihlah kentang russet untuk rasa terbaik
Resipi : YOUNG CHEFS ACADEMY, IPC Shopping Centre, L2.18, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor & No.5-3 Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.https://youngchefsacademy.com
Terima kasih : Chef Brian Chen
Air Bandung Laici Cincau Kaw. Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Sedapnya jika dapat minum Air Bandung Laici Cincau sejuk ni. Terasa segar lebih-lebih lagi jika cuaca panas. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, resipi perkongsian Ben Safwan antara yang menarik perhatian dan nampak membuka selera. Bahan-bahannya pun tak banyak. Sesuai sangatlah cuba buat petang ni.
AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin laici (beli online disini)
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 1 tin susu pekat manis (beli online disini)
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose (beli online disini)
- 1 sudu makan biji selasih (beli online disini)
- 5-6 biji kurma merah (beli online disini)
- 50-60gm cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.
4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.
5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi MINUMAN yang mudah & sedap di laman web RASA:
Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Jenis Manisan Popular Dan Sedap Terlajak Bila Tiba Musim Durian. Wajib Buat!

Musim durian datang lagi, penggemar durian mesti suka bila tiba musim ni tak kira samaada beli atau punya dusun sendiri. Pelbagai kuih muih boleh diolah dengan durian ni.. Malah durian juga boleh dipelbagai guna, buat tempoyak boleh, jem boleh, lempok pun boleh. Pendek kata macam-macam boleh. Jom kita mendoyan!
RESIPI SERAWA PULUT DURIAN
BAHAN KUAH SERAWA:
- 1 biji durian, keluarkan isinya
- 1 liter santan
- 1 ketul gula melaka, hiris halus*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1 helai daun pandan, disimpul*
- 2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 camca besar tepung gandum*
- 3 camca besar air*(*dikacau rata2)
- Secubit garam
- Gula, jika perlu
BAHAN PULUT:
- 500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
- 350 ml santan cair
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh minyak masak
- 1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMASAK:
- UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 5 minit lagi hingga betul2 tanak.
- UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 – 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
- UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai…
Kongsi resipi: tiffin biru
RESIPI KUIH BINGKA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur gred A
- 1/2 cawan santan pekat (boleh guna santan kotak – 125 ml)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
- 1 cawan penuh isi durian, dilecek
- 1/4 cawan + 3 camca besar penuh gula pasir
- 2 cawan air
- 1/4 camca teh garam
- Sedikit pewarna makanan kuning
- Bijan secukupnya untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil, lebihkan pada bahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan kita angkat keluar kuih bingka bila masak nanti. Sapu juga mentega pada permukaan aluminiun foil tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan tin panas.
- Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan2 diatas kecuali isi durian, pewarna makanan kuning dan bijan. Kacau semua hingga rata dan sebati. Tapiskan bancuhan ke dalam mangkuk bersih. Masukkan isi durian dan pewarna makanan kuning. Kacau hingga rata.
- Berhati2 keluarkan tin dari oven, kemudian tuang bancuhan tadi. Tabur bijan rata2 atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar fungsi api oven pada grill dan sambung membakar selama 5 – 7 minit. Uji kuih dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kuih telah masak.
- Keluarkan kuih dari oven. Biarkan 15 minit, dan boleh keluarkan kuih bingka durian dari tinnya. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!
Kongsi resipi: Tiffin biru
RESIPI BUBUR KACANG DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
- 1 liter santan
- 1/2 cawan gula merah*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
- 1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1/2 camca teh garam
- Gula pasir secukup rasa (jika perlu)
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
- Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
- Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar.
Kongsi resipi: tiffin biru
RESIPI DURIAN CREPE
BAHAN-BAHAN:
- 30 gm tepung Hongkong
- 30 gm tepung kastard
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung ubi kayu
- 20 gm tepung kentang
- 3 biji telur
- 1/4 sudu teh garam
- 300 ml susu cair (suhu bilik)
- 1 sudu mentega cair
- pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.
Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair
menghasilkan dadar yang tipis.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana. Ambil satu
senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan
hingga mendapat dadar yang tipis. Masak hingga atasnya
mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4. Pipekan sedikit whip cream yang telah diputar kental di tengah
dadar, letak isi durian kemudian tutup dengan whip cream.
5. Lipat dadar menjadi empat segi.
Kongsi resipi: resipicitarasawan
RESIPI SERIMUKA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm beras pulut – direndam 4 jam (saya rendam 1 jam jer, tak cukup masa)
- 300 ml santan (saya guna santan kotak cap Ayam)
- 300 ml air
- 2 tsp garam
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dalam loyang bentuk 4 segi 9×9
- Tuang santan yang sudah digaul dengan garam
- Kukus selama 30 minit
**Setelah masak pulut, biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu Serimuka Durian
Bahan-bahan untuk lapisan atas (A)
- 140g tepung beras
- 60g tepung ubi
- 60g tepung gandum
- 140g gula halus
- 270ml santan pekat
- 470ml air
- 1/3 tsp garam
- 1/4 tsp alkaline water (boleh guna air kapur)
- 2 biji telur
Bahan (B)
- 100g isi durian diblend dgn 100ml air (boleh lebihkan isi durian sikit)
Bahan (C)
- 1 tsp pewarna kuning telur
- 1/2 tsp kuning lemon
- 1/8 tsp pewarna hijau (tak isi pun tak pe, suka hati)
**tepung gandum ayak untuk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan (A) dan tapis
- Campurkan bahan2 (A) dengan bahan2 (B)
- Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning
- Kacau rata
- Masak dalam periuk dengan api perlahan hingga naik wap
- Hendaklah selalu dikacau. Bila dah nampak wap terus tutup api dapur. Adunan ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (untuk mendapatkan permukaan yang licin)
- Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ini, tabur tepung gandum dalam bekas ayak dan tabur sedikit tapi rata sebagai gam
- Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan
- Kukus serimuka ini selama 30-40 minit atau sehingga masak
- Tunggu sejuk betul baru potong untuk mendapatkan potongan kuih yang cantik
- Untuk mendapatkan permukaan serimuka yang licin, seeleoknya bungkus penutup periuk kukusan dengan menggunakan kain
Sekian dan selamat mencuba
Kongsi resipi: hanizahomerecipes
Resepi Asal Chef Asma Nordin diolah sikit oleh Tahrunnisah Jali