Bercerita perihal mee goreng mamak, selalunya orang kita akan makan di kedai mamak terus. Sebabnya ada yang kata kalau bawa balik rumah, jadi lain. Betul ke?
Kalau teringin nak makan mee goreng mamak yang dimasak sendiri di rumah, tapi rasanya seperti di kedai, boleh cuba resipi daripada Liza Idris ini.
1. Hiris nipis bawang besar dan ulas bawang putih. Panaskan minyak masak, tumis hingga kekuningan. 2. Letak cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Campur serbuk kari daging. Tak kisahla cap apa. 3. Masuk pula sos cili dan sos tiram. Kacau dan kacau. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Letak kicap. Kacau lagi. Masuk lobak merah yang dihiris bulat. 5. Jika kuah pekat dan likat, tambah setengah cawan air. Kacau dan kacau lagi. 6. Masuk 1 bungkus mee kuning yang dibasuh dulu ye. Kacau sampai mesra rakyat. 7. Ketepikan sedikit mee tu, kemudian pecahkan 2 biji telur ayam. Gaulkan sebati.
8. Masuk lebihan ayam goreng yang dicincang halus. Perasakan dengan serbuk cukup rasa. 9. Letak fish cake yang dah digoreng dulu. Kacau lagi. Biar kacau lebih dalam masakan.
Ads
10. Dah masak, masuk 1 biji tomato dan taburkan tauge. Siap! Hias sikit dengan hirisan cili besar, daun sup dan bawang. Perah limau.
Buat mereka yang inginkan kelainan untuk bubur nasi, boleh cuba resipi lengkap bubur nasi berlauk ini.
Resipi yang dikongsikan daripada Ben Safwan ini, memang popular dalam kalangan mereka yang gemarkan menu simple tapi mengenyangkan.
Jom kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini!
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
300-350gm isi ayam | dipotong kecil ½ senduk minyak – beli online di sini 1 ulas bawang putih | ketuk 1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat) 1 senduk hirisan bawang besar holland (potong dulu baru sukat) ½ senduk sos plum 1/3 senduk kicap masin cair 1/3 senduk sos ikan Secubit gula Cili (untuk hiasan)
CARA MEMASAK:
1. Isi ayam dipotong kecil. Toskan dan masukkan sekali dengan kulit ke dalam kuali. Api sederhana. Biarkan air ayam keluar, tuang keluar air tu dan baru letak minyak ½ senduk. Goreng sekadar setengah masak. Keluarkan.
2. Boleh tengok pada gambar jenis senduk yang saya guna. 3. Tumis (guna minyak yang sama) 1 ulas bawang putih ketuk,1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat ),1 senduk hirisan bawang besar Holland. Biarkan layu bawang besar.
4. Tambah masuk ½ senduk sos plum, 1/3 senduk kicap masin cair,1/3 senduk sos ikan dan secubit gula. Masukkan semula ayam. 5. Besarkan api hingga ayam mulai masak, sos mulai memekat. Tutup api. Taburkan cili. 6. Saya buatkan nak rasa herbal dan masin sedikit, sebab bubur nasi plain (kosong). Jadi sesuai sangat.
SOTONG MINYAK CILI
BAHAN-BAHAN:
250-300gm sotong kecil ½ senduk minyak cili 2 ulas bawang putih | ketuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben (produk sendiri) 2/3 senduk sos cili Batang saderi (optional) | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buang isi perut dan dakwat hitam 250-300gm sotong kecil. Lepas tu masukkan dalam kuali tanpa minyak. Api sederhana. Biarkan air sotong keluar dulu. Buang air dan keluarkan sementara sotong.
2. Tuang ½ senduk minyak cili dan tumis 2 ulas bawang putih kecil diketuk sampai baik bau. Baru tambah masuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben, 2/3 senduk sos cili. Tak perlukan perasa sebab minyak cili dah cukup. Kacau seketika.
3. Baru masukkan sotong dan besarkan api. Biarkan sotong mulai masak dan kuah mulai memekat. 4. Angkat dan sebagai hiasan, taburkan batang saderi (optional). 5. Saya buatkan nak rasa pedas sedap untuk makan dengan bubur nasi.
KANGKUNG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz 50 sen lama 1 ulas bawang putih sederhana 2/3 sudu makan belacan ½ senduk minyak 2/3 senduk sos tiram ¼ senduk sos ikan Secubit gula ½ senduk hirisan bawang besar ½ senduk hirisan kangkung
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk 2 bawang merah saiz 50 sen lama,1 ulas bawang putih sederhana dan 2/3 sudu makan belacan. Tumbuk lagi sedap dari kisar. 2. Tumis bahan tumbuk dengan ½ senduk minyak. Bila dah layu bawang, tambah 2/3 senduk sos tiram, 1/4 senduk sos ikan dan secubit gula untuk harmonikan rasa.
3. Masukkan sekali ½ senduk hirisan bawang besar dan batang kangkung. Masak sampai batang kangkung layu. 4. Tambah baki 1 ikat kankung yang telah dipotong. Angkat bila warna kangkung menjadi hijau terang. Tanda dah masak. Terus angkat. 5. Kalau dibiar lama tak sedap nanti terlalu layu. Menu ni saya buat supaya beraroma bila makan dengan bubur nasi.
BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
250gm beras bubur nasi Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk bubur nasi ni senang je. Saya guna lebih kurang 250gm beras bubur nasi dan tambah air sehingga paras jari paling atas. Air kena banyak. 2. Didihkan dan ulang tambah air 2 kali lagi sehingga mulai nampak rupa bubur. Api sederhana hingga dia mulai mendidih dan seterusnya api kecil. 3. Jangan biarkan bubur kering ya. Biarkan bubur ada air seperti ini. 4. Bubur nasi ni saya buat kosong sebab kekuatan menu lain sudah cukup. Beras cap ni tak wangi. Kalau anda nak jenis yang wangi, guna beras nasi air thai cap naga hijau. 5. Kalau nak makan dengan menu atas ni,nak tambah 1-2 titik minyak bijan dalam mangkuk bubur pun sedap. Ada penggemar dia.
TELUR MASIN
Telur masin macam biasa, saya bersihkan dan letak terus dalam air. Buka api sederhana hingga mulai mendidih dan baru saya kira 8-10 minit dari tempoh mendidih tu sebelum tutup api.
BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis 1/3 senduk minyak Emping cili/chili flakes Secubit gula
CARA MEMASAK:
1. Bilis kering ni senang je. Goreng 1 genggam ikan bilis sampai garing. Toskan. 2. Letak sedikit minyak dalam 1/3 senduk minyak,masukkan emping cili / chili flakes kasar bercampur halus bersama dengan secubit gula. 3. Masak hingga mulai kering lepas tu tutup api. 4. Lap dulu dasar kuali dengan tisu untuk kurangkan minyak. Dah sejuk sikit baru masukkan ikan bilis dan gaul sebati. 5. Baru bilis kekal rangus dan tak lembik. Kalau nak buat bilis goreng sahaja pun dah cukup sedap.
Hidangan masakan Cina antara yang menjadi kegemaran ramai. Ayam Masak Cendawan Shitake ni sangat mudah untuk dicuba. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Penggunaan kicap, sos tiram, cendawan, halia dan bahan lainmenjadikan masakan ini tambah aromanya.Tak pedas dan pastinya disukai oleh anak-anak. Ikuti resipi dari perkongsian @_onlyfiey dari TikTok ini.
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali minyak masak dan gaul rata bersama ayam.
2. Perap ayam kira-kira 20 minit.
3. Selepas perap, masukkan satu sudu minyak masak dan kukus ayam kira-kira 15 minit.
Botok botok adalah hidangan istimewa terutama masyarakat di Batu Pahat, Johor. Hidangan sangat mudah disediakan cuma mencari pucuk ulam ulaman kampung agak mencabar. Namun, terpulang kepada selera masing masing untuk menambah seberapa banyak jenis ulam.
Botok botok menjadi kegilaan bagi yang sukakan ulam ulaman dan sayur. Selain itu, botok botok yang baru keluar dari kukusan dan dihidangkan panas panas mengeluarkan aroma herba yang amat menggoda selera. Hanya yang pernah merasai keenakkan botok botok akan tau betapa nikmatnya hidangan ini.
Pakcik sediakan resepi di bawah. Cubalah!
Nota: Ini adalah hidangan kegemaran arwah mak saya. Mak akan guna ikan kembung saiz kecil yang manis isinya. Satu bungkus botok botok, mak masukkan dua ekor ikan. Seronok kami sekeluarga makan nasi lauk botok botok panas panas berasap. Rindu pada arwah mak .
Botok Botok Johor
Ikan Kembung / Tenggiri
gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam halus
10 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah soto (jika suka)
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit kerisik (jika suka)
sedikit air asam
air suam
sedikit garam
gaulkan sehingga menjadi pes, jangan terlalu cair.
Ulam ulaman
Pucuk ubi
Pucuk puding kuning
Pucuk puding mangkuk
Daun selasih
Daun kunyit (racik halus)
Pucuk tenggek burung
Pucuk belinjau
Pucuk betik (muda)
Daun pegaga
Daun pucuk bebuas / buas buas (susah dapat)
Pucuk gajus
Pucuk sekentut
Pucuk ulam raja
Daun Pisang untuk membungkus (layurkan atas api sehingga lembut dan tidak pecah ketika membungkus)
Cara membuat:
1.Selang selikan daun ulam atas daun pisang.
2.Letakkan 2 sudu pes rempah atas ulaman.
3.Letakkan ikan, taburkan daun kunyit yang telah diracik.
4.Tambah sesudu pes rempah di atas daun kunyit.
5.Tutupkan dengan daun ulam ulaman.
6.Bungkus kemas.
7.Kukus dengan api yang sederhana selama 30-45 minit.
8.Botok botok akan mengeluarkan air rempah setelah masak, hati-hati ketika mengangkat keluar dari pengukus.
9.Hidangkan panas bersama nasi.
Resipi dari : Pakcik Salleharon Ahmad
Ada yang nak menukar periuk nasi? Boleh beli online DI SINI
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.