
Ini rahsianya buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak. Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
KEREPEK PISANG RANGUP
Bahan-bahan:
1 sikat pisang
1 cawan (200g) marjerin
½ kilo minyak masak
Cara membuat:
1.Kupas kulit, sagat dan goreng.
Kredit: Khaula Anis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Roti Ni Sedap & Mudah Disediakan

Isi Kandungan
ToggleMenu paling mudah disediakan ialah roti. Anak-anak pun suka. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati. Jadi untuk puaskan hati boleh buat menu roti berikut.
Jika peminat korean garlic bread? Jom buat Korean garlic bread versi mudah.Hanya guna roti keping yang ada dekat rumah, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.
ROTI SARDIN GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- Sebuku roti gardenia
- 2 biji telur – dipukul seketika
- Serbuk roti ( optional ) – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN INTI :
- 1 tin besar sardin – beli online disini
- 1/2 labu bawang besar – didadu
- 3 ulas bawang putih – dicincang
- 1 sudu makan cili giling – beli online disini
- Gula dan garam
- Sos cili – beli online disini
- Air perahan limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Untuk inti sardin, panaskan minyak dan tumis bawang sehingga layu.
2.Masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sos cili serta sedikit air jika perlu .
4.Masukkan pula sardin dan hancurkan isinya.
5.Tambahkan garam, gula dan akhir sekali perahkan limau. Masak sehingga kering.
6.Ambil sekeping roti dan gelek sehingga nipis .
7.Letakkan inti sardin kemudian gulung dengan kemas.
8.Sapu sedikit telur pada bahagian hujung roti agar roti tidak terbuka ketika digoreng.
9.Celupkan roti ke dalam telur kemudian golekkan roti ke dalam serbuk roti jika suka. Ulang sehingga habis.
10.Panaskan minyak dan goreng sehingga masak .Angkat dan toskan.
11.Roti Sardin Gulung siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farisha Sofea
Korean Garlic Bread
Adunan butter untuk celup roti:
100gm butter
5 ulas bawang putih- (cincang halus)
1 biji telur
2 sudu besar madu
Daur parsley kering – sikit
Cara membuat:
1.Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih, tutup api.
2.Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti:
150gm Cream cheese – (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis
Cara membuat:
1.Campur semuanya, kacau sampai rata.
Cara penyediaan:
1.Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
- Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
3.Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
4.Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Kredit: Haya Yahya
ROTI KHURASAN / ROTI BAGHDAD
BAHAN-BAHAN:
2 buku roti
Kulit popia
Tepung gandum + air (untuk dijadikan gam)
BAHAN INTI:
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar/ bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
4 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
Cili padi | hiris halus – beli online di sini
250 gm mix vege
1 tin sos mushroom spaghetti prego
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung jagung – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak. Minyak tak perlu banyak sebab nanti daging akan mengeluarkan minyak.
2. Masukkan daging. Bila daging hampir masak, masukkan bawang dan cili padi. Masak hingga bawang layu. - Masukkan sos spaghetti, mix vege, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga pekat.
3.Akhir sekali masukkan tepung jagung. Gaul rata.
- Roti dipotong dua bahagian. Masukkan inti. Balut dengan kulit popia. Kemaskan balutan.
- Kalau nak difrozenkan bolehlah susun dalam bekas. Atau terus digoreng.
- Saya nak cepat siap jadi roti tu hanya dipotong dua. Kalau nak cantik, roti potong 4, baru nampak comel.
Kredit resipi: Siti Zanariah Khalit
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cucur Bilis Kucai & Cili Kering. Resipi Sempoi Untuk Sarapan Di Hujung Minggu.

Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas!
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 100gm ikan bilis
- 8 tangkai cili kering
- 1/2 cawan cincangan daun kucai
- Garam secukupnya
- Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Kredit resipi & gambar: Chef Sue M Arukin
Cara Adun Bancuhan Tepung Kacang Botak Yang Rangup & Sedap.

Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat snek kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dapat. Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dapat banyak. Jom cuba.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
- 400gm kacang tanah
- 5 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan gula
- 3 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 1 sudu teh ajinamoto
- 1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
- 5 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Are Peace