Ini rahsianya buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak. Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
1. Kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci. 2. Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk!
3. Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
4. Nampaknya ubi kita dah empuk. Kenapa nak kena rebus dulu? Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
5. Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan.
6. Biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit. 7. Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras. 8. Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar.
Biskut Florentine memang biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan Dayah Lee Bakar guna air fryer sahaja.
RESIPI BISKUT FLORENTINE
BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung florentine 100 gm almond flakes 100 gm kuaci labu 100 gm sunflower seed 2 sudu besar black sesame
CARA MEMBUAT:
1. Bakar semua kacang suhu 160c selama tiga minit.
2. Gaul rata semua bahan bersama tepung florentine dalam satu bekas.
3. Masukkan satu sudu ke dalam setiap cawan acuan.
4. Bakar dengan suhu 160C selama 7 minit.
5. Selepas bakar, tunggu sejuk. Keluarkan dari acuan. Bolehlah susun di dalam balang kuih.