Sedapnya Kek Span Pandan ni! Kekyang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba resipi ni. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Hidayah Fareez.
CARA BUAT KEK SPAN PANDAN LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN: 5 biji telur B – jika guna gred A, guna 4 biji 1 cawan tepung kek bluekey – ayak – beli online disini 1 cawan gula – kisar halus gula terlebih dahulu kemudian baru disukat (empunya resipi kurangkan sedikit sukatan untuk kurangkan manis 1 sudu makan perisa pandan – beli online disini 1 sudu teh pewarna hijau – beli online disini 1 sudu makan ovalette – beli online disini 1/2 cawan minyak – boleh juna minyak masak/jagung/sayur
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak. Pukul hingga gebu. 2. Bila adunan kelihatan kembang dan gebu, masukkan minyak. Kaup balik menggunakan spatula. Tidak perlu pukul lagi. 3. Ambil loyang dan alas dengan baking paper. Tuang adunan kek. 4. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Guna api atas bawah. Harus diingat, masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
5. Bila kek sudah masak keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO: Jika mahu buat kek setengah adunan, boleh kurangkan telur kepada 3 biji, 1/2 cawan tepung dan 1/2 cawan gula. Begitu juga dengan sukata ovalette dan minyak perlu dikurangkan. Waktu membakar boleh set kepada 30 minit sahaja atau sehingga masak.
Khao Mok Gai atau dikenali sebagai Nasi Komok. Ia merupakan nasi briyani siam. Memang enak dan cukup rasa dan dinikmati bersama lauk ayam. Bagi yang belum pernah cuba, menu ini wajib anda nikmati walau sekali dalam hidup. Best!
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi
1 liter air
200ml susu cair
1 ekor ayam |dipotong kecil
2 sudu makan rempah komok |boleh didapati di pasaran
4 sudu minyak sapi
5 biji bawang merah | dikisar
3 biji bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah komok dan biarkan masak sehingga garing. Kacau sentiasa.
3. Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Asingkan ayam bersama kuahnya dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
5. Masukkan kuah yang ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan susu cair. Biarkan masak seketika.
6. Masukkan beras dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
7. Apabila separuh masak, kacau rata nasi dan taburkan daun ketumbar bersama bawang goreng.
8. Biarkan masak seketika dan tutup apinya.
9. Hidangkan nasi komok bersama ayam yang digoreng.
Nasi Goreng Kambing ini memang popular di negara seberang. Andai ke kedai makan, pasti ada hidangan ini dalam buku menu. Nak lagi sedap, nikmati dengan keropok. Cubalah!
NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Kalau rasa teringin nak makan pizza, boleh je buat sendiri di rumah. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Mengrong Chai ini hanya menggunakan cup bersaiz kecil. Comel-comel belaka. Anak-anak mesti teruja nak makan. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...