Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ia dilancarkan pada 31 Januari 2023. Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.
Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur.
Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Pizza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu.
Ads
Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).
Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah.
Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap dimasak.
KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.
KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Sempena Hari Makanan Sedunia, Mission Foods berganding bahu bersama Chef Selebriti Sarah Benjamin memulakan kempen ‘Foldover Your Leftovers’. Kempen ini membawa pesanan lama ‘Jangan Membazir’ dan bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai idea menguruskan lebihan makanan menjadi makanan baharu yang lazat.
Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi dan idea-idea menerusi media sosial, hebahan awam (Public Service Announcement, PSA) dan juga buku resipi yang boleh didapati di pasaraya terpilih dengan setiap pembelian produk Mission Foods. Dengan menggunakan wraps, naan dan pita dari Mission Foods, ia boleh menghasilkan hidangan yang sempurna dengan lebihan makanan harian seperti kari, sate dan nasi ayam.
Pada pelancaran kempen tersebut, Sarah menunjukkan bagaimana kari yang ringkas boleh dijadikan ‘Foldover Kari Ayam dengan Sayuran dan Herba’ yang lazat. Sarah hanya menggunakan lebihan kari ayam dan kentang, dicampur dengan sayur-sayuran musim panas seperti zucchini, jagung dan herba segar untuk rasa yang lebih enak. Ini digunakan sebagai inti untuk foldover atau lipatan yang disalut dengan keju mozzarella.
Untuk menggunakan semula lebihan sate, Sarah mencipta Hummus kacang daripada adunan kuah kacang bersama kacang kuda. Hummus diratakan ke dalam belahan pita sebelum potongan sate ditambah dan kemudian dilengkapkan lagi dengan salad timun herba dan dihiasi dengan jeruk bawang.
Dengan resipi-resipi ini, Sarah mahu menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadi wira #ZeroWaste. “ Menjadi kreatif dan berfikiran terbuka dengan lebihan makanan membolehkan kita menyediakan hidangan baru yang luar biasa,” kata Sarah sambil menutup sesi tersebut dengan ‘Wraps Nasi Ayam Berempah Szechuan bersama Sos Halia Pedas dan Daun Bawang’ daripada lebihan nasi ayam.
Sarah telah menghasilkan 12 resipi menarik daripada lebihan makanan yang boleh didapati dalam buku resipi edisi terhad yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dua produk Mission Foods dari pasaraya yang mengambil bahagian mulai November lepas.
Penantian penuh debaran selama tujuh minggu akhirnya sampai ke penghujung. Pada malam ini tuah ternyata milik Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman (Qila), gadis manis yang berasal dari Kelantan dan juga yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM yang telah dinobatkan sebagai juara sulung pencarian Ratu Hijabista.
Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Qistina Sofea Abdul Aziz (Tina) yang juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Udang dari UiTM.
Selain gelaran juara dan naib juara, dua gelaran sampingan juga telah diberikan kepada peserta pilihan. Anugerah ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ telah diberikan kepada Nurfiyanti Afrina Roslan(Fiffy Afrina).
‘Ratu Favourite’ pula disandang oleh Shamellya Norazizi (Mellya). Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Dari puncak gunung ke tangan anda, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mempersembahkan aneka perisa dari serata dunia dengan cara kami yang tersendiri – iaitu menerusi kopi asal tunggal (single origin) kami.
Ramuan espresso asal tunggal ini bakal mengakhiri penantian ramai dengan pengenalan biji kopi Amber Wing yang baharu berasal dari Botelhos, Brazil. Barisan minuman espresso yang berpaksikan biji kopi tersebut akan dihasilkan menggunakan tangan dan rakyat Malaysia dapat merasai keunikan kopi ini serta alami “A Single State of Mind“ dengan setiap hirupan.
Mulus dan kaya dengan rasa coklat, espresso asal tunggal Amber Wing hadir dengan sentuhan buah aprikot kering dan rasa sitrus yang ringan, disempurnakan dengan aroma persis buah berangan. Karakteristik tersebut diketengahkan oleh barisan minuman espresso buatan tangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Gibraltar Latte (RM 13.80) yang digemari ramai, Gibraltar Americano (RM 10.80), Gibraltar Mocha Latte (RM 14.80) dan Ristretto (RM 8.80).
Menerusi sajian espresso asal tunggal Amber Wing, rakyat Malaysia dapat alami “A Single State of Mind” dengan aneka perisa yang baharu, sambil menikmati secawan kopi yang unik daripada kami.
Turut hadir bersama produk espresso asal tunggal ini ialah barangan bertemakan Amber Wing yang baharu untuk memperkenalkan biji kopi tersebut secara lebih dekat buat para pelanggan. Ia termasuk cawan gelas, tumbler, beg mesra alam dan Kad TCB edisi terhad. Di samping itu, siri barangan Fressko Mulholland yang baharu juga akan menemui anda dalam warna Blush, Moss dan Surf.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif ini di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda tidak lama lagi.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.