Pertama kali nak buat karipap mesti hasilnya tidak menjadi elok sebagaimana yang dijual. Mungkin kena beberapa kali mencuba, barulah hasilnya memuaskan.Buat anda yang pertama kali nak buat karipap tu dan mahukan kulit karipap yang sentiasa rangup sampai ke petang, boleh cuba resipi ni.Ikut step by step ni gerenti menjadi.
Karipap Rangup
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
200g planta
½ cawan minyak masak
2 cawan air sejuk + 3 sudu teh garam
1sudu air kapur
Cara buat doh:
Ads
1.Panaskan planta dan minyak masak sampai betul-betul panas.
2.Terus tuangkan dalam gandum tadi.
3.Gaul rata semua.
4.Air kapur tuang satu sudu dalam tepung tadi.
5.Masukkan air dan garam, kacau sampai hancur garam.
6.Tuang perlahan- lahan dalam gandum tadi sampai boleh uli jadi doh.Jangan tuang semua,sampai boleh canai jadi bulat.
Ads
7.Siap.( Makin nipis,makin rangup makin sedap)
*Hati-hati semasa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat. Tangan mesti betul-betul kering goreng separuh masak. Jangan terus simpan mentah macam ni, tak cantik nanti.
Siapa tau KUIH SALAT? Ia adalah nama lain bagi kuih Seri Muka. Ada juga yang panggil Kuih Seri Muka Nyonya. Chef Sue kongsi salah satu versi resipi kuih salat yang menggunakan air perahan bunga telang sepenuhnya untuk lapisan bawah (pulut). Selalunya versi kuih salat nyonya akan menggabungkan pulut putih & pulut biru telang. Jika tiada bunga telang, boleh je biarkan pulut tu berwarna semulajadi.
KUIH SALAT
Bahan-bahan A (lapisan bawah):
1 cawan beras pulut (rendam 4-6 jam bersama air rebusan bunga telang & toskan)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam halus
Daun pandan secukupnya
Bahan-bahan B (lapisan atas):
400ml santan pekat
100ml air perahan daun pandan (20 helai daun pandan kisar lumat dengan air lalu tapis)
3.Angkat loyang berisi pulut lalu buang daun pandan. Tekan pulut hingga mampat. Ketepikan.
4.Di dalam mangkuk, satukan santan, gula, air perahan daun pandan dan telur. Letak secubit garam. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula tepung gandum dan tepung ubi. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
5.Tapis bancuhan tadi ke dalam kuali. Panaskan atas api yang kecil sambil dikacau hingga bancuhan sedikit pekat. Tutup api lalu tuang bancuhan ke dalam loyang berisi pulut tadi.
6.Kukus kuih selama 40 minit atau hingga kuih benar-benar masak (cucuk lidi ke atas kuih untuk test dah masak ke belum).
7.Sejukkan kuih beberapa jam baru dipotong. Untuk mendapat potongan yang licin, gunakan pisau plastik untuk memotong kuih.
Nak buat donut lembut dan gebu macam beli di kedai bakeri? Boleh saja dan resipinya sangat senang!
Resipi yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, bahan-bahannya mudah didapati. Yang penting, ikut tip dan cara yang diberikan, donut pasti menjadi.
DONAT LEMBUT ALA BAKERY
BAHAN-BAHAN:
250g tepung roti – beli online di sini ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil k fine cream super (sudu KFC kecil tu, jangan terlebih sangat ye) 1 biji telur 125ml susu segar (dari peti sejuk) 1 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini 1 sudu besar yis segera (rata, jangan membukit) – beli online di sini 1 sudu besar marjerin – beli online di sini
4. Masukkan marjerin dan uli sampai doh elastik. Doh mesti elastik. 5. Bila doh dah elastik, tak perlu perap. Terus bahagikan sama besar. Saya timbang 25g-30g sebiji. Dapat 17-18 biji.
6. Bulatkan, penyekkan dan cucuk di tengah dengan jari. 7. Perap dalam 30 minit. Cara nak tahu dah cukup perap atau tidak, tekan donat dengan jari. Kalau tak cukup perap, rasa keras. Kalau berbekas tapi melantun semula ke bentuk asal, cukup perap. Kalau penyek terus, terlebih perap. Nak dapat ring, kena cukup perap.
8. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Balikkan sekali je. 9. Dah siap goreng, boleh salut dengan apa-apa yang kita suka. Paling sedap bagi saya, salut gula yang dicampur sedikit susu tepung. Sangat sedap.
Bila bab makan pagi atau minum petang, orang kita memang suka tengok pelbagai aneka kuih-muih yang dijual di gerai.
Rambang mata rasanya tengok pelbagai jenis dan warna yang ada. Kalau rasa nak buat sendiri kuih-muih dan makan di rumah, boleh cuba 10 resipi ini.
KASWI JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan tepung ubi –beli online di sini 1 cawan gula (nak manis lagi boleh tambah) 5 cawan air 3 sudu besar kordial jagung ½ sudu kecil air kapur
1. Tepung gandum, tepung ubi, gula masukkan dalam bekas, kacau sebati kemudian masukkan air, kordial jagung dan air kapur. Kacau sebati semua bahan, nak senang lagi kisar je. 2. panaskan air kukusan sehingga mendidih..tuang adunan ke dalam loyang. 3. Loyang sapu sikit minyak masak @ lapik plastik. 4. Kukus selama 20-25 minit @ sehingga masak.
2 cawan pulut – beli online di sini 2 cawan santan sederhana pekat (sukat ikut paras pulut ) Sedikit garam Loyang 8×8 atau 9×9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih
1. Basuh bersih beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam, toskan (saya tak rendam sebab guna pulut susu) 2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar 3. Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat, cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu, ketepikan.
LAPISAN ATAS:
2 cawan santan pekat – beli online di sini 1 cawan air pandan (saya guna 3 helai daun pandan, kisar bersama 1 cawan air) 3/4 cawan gula pasir – beli online di sini 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung kastad – beli online di sini 1 biji telur (saya guna size A ) 1 sudu kecil garam Sedikit pewarna hijau epal & beberapa titik pewarna kuning lemon
CARA-CARA:
1. Dalam satu bekas, campurkan semua bahan, kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati dan pastikan tak da tepung yang berketul kemudian tapis. 2. Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap sahaja. 3. Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi, kukus selama 30 minit api sederhana besar.
4. Jika selepas masak, terdapat air wap bertakung atas permukaan, angkat lengat ke tepi periuk, sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk. 5. Atau kukus tanpa penutup selama 5-8 minit, sampai air kering, boleh juga guna tisu dapur untuk serap air. 6. Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan. 7. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Balut penutup periuk dengan tuala bersih (saya tak balut sebab saya rajin lap)
1 biji telur* ½ cawan gula* (tak mau manis boleh kurangkan) ½ sudu besar ovalett* 100ml susu segar (tak kisah jenama apa) 1 cawan tepung gandum (saya guna tepung cap rose) ½ sudu kecil baking powder ½ sudu kecil soda bikarbonat Esen vanilla Pewarna
CARA-CARA:
1. Mixed bahan bertanda * sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi. 2. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla, mixed lagi. 3. Akhir sekali masukkan tepung+baking powder+soda bikarbonat yang siap diayak. Kacau menggunakan spatula sehingga sebati. 4. Bahagi kepada 2 bahagian. Titik sedikit pewarna yang kita nak. 5. Sapu acuan dengan minyak, tuang adunan. Kukus selama 10 minit.
p/s: pastikan air kukusan mendidih dahulu dan penutup dibalut dengan kain.
1 cawan nasi 1 cawan gula 1 ½ cawan air 2 cawan tepung beras (saya guna cap Teratai) 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu teh yis kering (mauripan) 1 paket Eno (paket biru) Pewarna merah, kuning, hijau, ungu 1 biji kelapa parut (ambil putih saja) ¾ sudu teh garam halus 1 sudu besar gula 1 helai daun pandan | dipotong kecil
CARA-CARA:
1. Kisar nasi, gula dan air hingga betul-betul halus. 2. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kisar lagi hingga sebati. 3. Tuang adunan ke dalam bekas bertutup dan perap selama 3-5 jam pada suhu bilik. Saya perap semalaman. 4. Kacau sekejap adunan dan campur eno. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan. 5. Sapu minyak pada acuan. Sudukan adunan hingga hampir penuh. Kukus 20 minit dengan api sederhana. 6. Keluarkan apam dari acuan. Satu adunan saya dapat 21 biji guna acuan love ni. 7. Kacau kelapa dengan garam dan gula. Letak daun pandan di atasnya dan kukus 5-10 minit hingga wangi. Tujuan kukus supaya kelapa tahan lama. Hidangkan apam bersama kelapa parut
3 cawan air ¾ cawan gula pasir 2 helai daun pandan
*masak gula dengan air, masukkan 2 helai daun pandan sekali. Gula hancur dan mendidih, tutup api. Sejukkan.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 1 cawan air pati daun pandan Sedikit pewarna hijau star brand Secolek kapur sireh Sedikit garam halus
CARA-CARA:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam besen. Masukkan 1 cawan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang dah sejuk tadi. Kacau-kacau sebati. 2. Masukkan sedikit garam halus dan secolek kapur sirih. Masukkan sedikit pewarna hijau sekiranya warna bancuhan kurang cantik. 3. Kacau hingga semua larut kemudian tapiskan. Sementara itu, panaskn kukusan. Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu. 4. Setelah air didih, panaskan sekejap acuan lompang terlebih dahulu. Kemudian kacau-kacau dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang ke dalam acuan. 5. Tutup pengukus dan kukus selama 10 ke 12 minit dengan api sedang. Sejukkan kuih lompang dahulu barulah boleh dicungkil keluar. Ulang proses yang sama hingga bancuhan habis. 6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah dikukus sebentar supaya tak mudah basi kelapa tu nanti.
*Air gula mesti sejukkan dahulu. *Bancuhan kena sentiasa dikacau dahulu sebeuom tuang ke dalam acuan. *Sukatan air gula mesti 3 cawan dan 1 cawan air pati pandan.
145g air suam (anggaran 2/3 cawan) 1 sudu besar gula kastor 1 sudu besar susu pekat ½ sudu besar yis (1/2 paket) *Bancuh bahan di atas dan biarkan sehingga berbuih.
BAHAN B:
2 cawan (250g) tepung gandum 2 sudu besar (30g) marjerin pelangi 1 sudu kecil baking powder ½ sudu kecil garam
CARA-CARA:
1. Ramas bahan B hingga menjadi serbuk roti. Masukkan bahan A dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. 2. Doh memang macam lembik sedikit tapi jangan risau. Bila doh dah kembang ia jadi okay. Pastikan doh lembut ye barulah dapat donat yang gebu. 3. Perap doh hingga kembang sekali ganda lebih kurang 45 minit. 4. Selepas tu, buat bulat-bulat ikut besar mana yang disukai. Bila doh doh naik sikit, leperkan sedikit sahaja dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol. 5. Bila donat dah naik kembang elok, bolehlah goreng.
*sukatan sudu dan cawan, saya guna sudu dan cawan metrik.
4 cawan ubi yang disagat 2 cawan santan 1 cawan gula (saya nak kurang manis, 3/4 cawan saja) ½ sudu kecil garam Pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Ubi tu memang saya tak perah. Campur kesemua bahan di atas. Panaskan ketuhar dulu ya, suhu 200C. 2. Selepas adunan dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam, bergantung pada ketuhar masing-masing.
1 cawan santan 1 cawan air pandan 1 ½ cawan tepung gandum 1 biji telur Secubit garam Pewarna hijau
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan. Kisar kalau nak lagi senang. 2. Kemudian, oleskan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan. 3. Tabur gula di dalam adunan tadi. Bakar sehingga masak.
250g tepung pulut ½ cawan tepung pulut hitam 2 sudu besar tepung gandum Secubit garam 100gm santan kotak 1 ½ cawan air (agak-agak tapi jangan terlebih)
UNTUK INTI:
1 biji kelapa parut putih basah (yang tidak terlalu tua) 1 ketul gula melaka 1 cawan gula pasir 2 helai daun pandan | disimpul ½ cawan air
BAHAN UNTUK KUAH SANTAN
3 sudu besar tepung beras 200gm santan kotak 2 cawan air Secubit garam (kuah santan biar masin)
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya | dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci Minyak masak secukupnya
CARA BUAT INTI:
1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. 2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
CARA BUAT KUAH SANTAN:
1. Satukan air, santan, garam dan tepung beras dalam periuk. Kacau bancuhan sampai tepung sebati. 2. Jerang atas api perlahan hingga kuah pekat. Biar mendidih dengan air yang perlahan. Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Saya tambah tepung gandum. 2. Tuang santan dan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. J3. ika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:
1. Didihkan air rebusan dalam periuk. Ambil sejemput doh (27gm) dan leperkan, letak inti (13gm). 2. Tutup inti dengan doh dan bulat-bulatkan. Buat sampai habis. 3. Kemudian masukkan dalam air rebusan tadi biar sampai terapung. Angkat masukkan dalam kuah santan. 4. Guna sudu ambil doh sekali dengan kuah santan letak atas daun pisang yang disapu sedikit minyak. Kemudian lipat seperti bantal/nasi lemak. 5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus sekejap 7 minit untuk aroma daun pisang. Dah siap.
1 biji kelapa parut muda ½ cawan air 1 cawan gula melaka 3 sudu besar gula pasir 2 helai daun pandan | disimpul 1 sudu besar tepung gandum
KULIT BOM:
2 ½ cawan tepung pulut 1/3 cawan tepung gandum (4 sudu besar) ½ sudu teh garam halus 2 sudu besar gula pasir 1 cawan air Bijan putih & hitam
CARA-CARA:
1. INTI – Cairkan gula bersama air dan daun pandan. Setelah mendidih, masukkan kelapa parut. Kacau. Bila air mulai kering, masukkan tepung gandum. Kacau hingga agak kering. 2. KULIT – Satukan tepung-tepung dan garam. Kacau gula dengan air. Kemudian, tuang ke dalam tepung. Gaul hingga menjadi doh. 3. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti. Tutup kemas dan gentel bulat. 4. Golekkan dengan bijan. Gentel bulat lagi supaya bijan kuat melekat pada kuih. Rehatkan semalaman di dalam peti ais. 5. Goreng di dalam minyak yang panas dengan api sederhana kecil.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.