Dadih boleh dijadikan sebagai snek ketika menonton televisyen bersama keluarga. Buat sendiri dadih homemade memberikan peluang untuk kita pantau kandungan gula dan pewarna. Jadi lebih sihat untuk anak-anak, kan?
DADIH HOMEMADE
Bahan-bahan
150 gram gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis)
20 gram serbuk agar-agar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
500 ml air
1 liter susu segar
Ads
Perasa (perasa apa-apa pun boleh)
Ads
Cara membuat
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api
sehingga mendidih dan agar-agar larut.
2. Perlahankan api sekejap sehingga agar-agar larut lepas. Kemudian baru kuatkan api hingga mendidih.
3. Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan. Selepas tapis, masukkan susu segar dan kacau sebati. Tak perlu masak selepas
masukkan susu segar.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perasa kesukaan. Misalnya susu yang plain, koko dan nescafe.
5. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.
6. Selepas sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais antara 1 hingga 2 jam.
7. Siap untuk dimakan.
Ads
Tip:
1. Dadih bahagian bawah ni tak berjeli. Kalau guna serbuk dadih packet bahagian bawah akan berjeli.
2. Koko, nescafe, susu. Guna serbuk koko. Nescafe guna yang peket saja.
3. Tanpa guna serbuk dadih.
4. Lebih berlemak dan berkrim.
6. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak daripada air pun tak mengapa.
7. Resipi ni dapat 9 cups.
8. Tak cair dan tak keras. Gedik-gedik macam puding sedut tu.
Sedapnya minum petang ditemani kuih muih yang disukai. Nikmat tak terkata. Kalau suka makan kuih tepung talam boleh cuba cara ini . Biasa buat tepung talam guna tepung gandum tetapi boleh saja guna tepung beras. Rasa memang tidak menghampakan.
Tepung Talam
Bahan²(lapisan bawah) 3 cwn tepung beras(cap gajah tiga) 2 sbtpg ubi 1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.
Cara memasak:
1.Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 air.dah mendidih sejukkan..
2.Kemudian campurkan air gula kedlm tepung tadi bersama 3 cwn air…kemudian tapiskan..dan kacaukan seketika di atas api.
3.Loyang hendaklah disapu dgn minyak..bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya..
4.kukus selama 20-30minit.bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..
Anak-anak kalau dihidangkan dengan ais krim, satu bekas pun boleh licin sekelip mata. Kalau dah suka, boleh buat sendiri ikut resipi senang. Ada lebihan whipping cream dah lama peram dekat peti sejuk. Dari terbiar, jom la kita buat aiskrim sendiri.Rasanya sedap sangat.
Suka makan kek buah? Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah dan senang beli, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga di hari raya. Jom cuba! Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit ( buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.)
4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.)