Buah betik ada banyak khasiat. Antaranya boleh bantu masalah sembelit. Ini kerana buah betik tinggi serat, air, protein dan kalsium. Jadi kalau anda mengalami sembelit, cubalah makan betik. Buah betik juga tidaklah mahal. Mudah nak beli sebab banyak dijual di merata tempat.

Vitamin C dalam buah betik yang sudah ranum juga tinggi kandungannya. Jadi, kalau anda perlukan vitamin C, bolehlah makan betik yang sudah ranum selain daripada buah oren.

RASA kongsikan resipi puding betik yang bukan saja sedap tapi juga kaya dengan vitamin C.

IKLAN

PUDING BETIK

Puding Betik, Bukan Sedap Je Tapi Kaya Vitamin C

Bahan-bahan
1 biji betik ranum
375 ml air
100 gram gula kastor
6 gram serbuk agar-agar
50 gram mentega
1 biji telur ayam
60 ml susu cair
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung kastard
Secubit garam
50 gram isi betik masak (dipotong dadu)

IKLAN

Puding Betik, Bukan Sedap Je Tapi Kaya Vitamin C

IKLAN

Cara membuat
1. Kupas betik dan belah dua. Keluarkan biji dan sedikit isinya supaya lubang di tengahnya agak besar untuk diisi adunan puding nanti. Bersihkan dan simpan di dalam peti sejuk.
2. Masak air, gula kastor dan serbuk agar-agar sehingga mendidih dan larut. Masukkan mentega dan kacau.
3. Di dalam bekas lain, satukan telur, susu, esen vanila, tepung kastard serta garam. Kacau sehingga sebati. Tapiskan adunan tadi.
4. Masukkan adunan telur yang ditapis tadi ke dalam agar-agar yang dimasak. Kacau rata.
5. Setelah mendidih, padamkan api dan biarkan sehingga agak suam.
6. Masukkan isi betik yang dipotong dadu dan tuangkan adunan puding ke dalam buah betik. Sejukkan sekali lagi sebelum dinikmati.

Selamat mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI