Apam puteri ayu berperisa jagung, memberi kelainan rasa bagi penggemar kuih ini yang selalunya berperisa pandan.
APAM PUTRI AYU JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
* di ayak
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1½ sudu kecil ovalete
- 2 sudu besar krimer jagung ( sy guna ayam brand )
- 1 sudu besar perasa jagung
- 1 cawan santan pekat
- Pewarna kuning
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja) dikukus dulu
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan Santan pekat, krimer jagung dan perasa jagung di blend hingga isi jagung hancur
- Telur dan gula halus dipukul sebati
- Masukkan ovalete pukul lagi hingga kembang dan gebu
- Perlahankan mixer. Masukkan sedikit demi sedikit santan dan tepung gandum berselang seli. Ulang hingga habis
- Titiskan sedikit sahaja pewarna kuning.
- Kacau kaub balikkan hingga adunan sebati.
- Isi kelapa parut dalam acuan. Tekan padatkan pada acuan.
- Tuang adunan dan kukus selama 10 minit. Api perlahan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Noraslinda Md Radzhi
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Senang Rupanya Lepat Jagung Manis Dibalut Dengan Kulit Jagung
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Lemang Dalam Cawan Kertas, Cara Mudah Lagi Menjimatkan
Sedapnya makan lemang cicah rendang. Nak cari buluh buat lemang sukar juga. Jadi alternatifnya, kita buat lemang menggunakan cawan kertas saja.
Cara membuatnya pun tidak sesukar mana. Hasilnya memang sedap berlemak lemang cawan ini. Tak rugi mencuba. Ikuti resipi lemang cawan yang dikongsikan oleh Nur Aleeza Ramlee ini.
LEMANG CAWAN
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut susu (direndam seketika) – Boleh beli online di sini
¾ santan kotak (saiz besar) dicampurkan air – Boleh beli online di sini
Garam
Gula – Boleh beli online di sini
Daun pisang
Cawan kertas
CARA MEMASAK:
Rendamkan beras pulut susu.
Campurkan santan dengan air, agak-agak cukup untuk cawan kertas.
Kemudian, masukkan daun pisang keliling cawan kertas.
Setelah itu, masukkan beras pulut paras ¾ cawan.
Masukkan pula santan paras pulut.
Setelah siap semua dimasukkan ke dalam cawan, kukuskan selama lebih kurang 45 minit.
Siap. Inilah hasilnya lemang dalam cawan. Sedap berlemak.
Sedia dinikmati bersama rendang.
Kredit: Nur Aleeza Ramlee
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Kuah Lemak Lontong, Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kuih Lompang Labu Kuning Yang Lembut & Sedap.
Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang. Biasanya labu ni kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOMPANG LABU KUNING
BAHAN-BAHAN:
- 250gm labu – kukus
- 125gm tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
- 150gm gula
- 125ml air
- Kelapa parut secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
- Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
- Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
- Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan Kuih Lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya.
Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee
Kuih Tradisional Cukup Sedap. Rugi Kalau Tak Warisinya
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air,
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 200ml air
- 200gm gula merah
- 50ml gula pasir
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
- 200gm gula merah
- 50gm gula pasir
- 500ml santan
- 200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 keping manisan
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut |bersihkan
- Air secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- 30ml minyak masak
- 5gm garam halus
- 80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
- 11/2 cawan tepung beras
- 4 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
- 80gm tepung beras
- 500ml santan pekat
- 5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
- 200gm gula merah
- 100gm gula pasir
- 200ml air
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.