Ads

Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang

Popia Sira Sambal

Popia Sira Sambal memang sedap menjadi antara kuih kegemaran ramai. Rasanya yang pedas manis serta teksturnya yang rangup memang sukar ditolak. Namun, ramai yang berdepan masalah popia cepat lemau selepas disira. Sebenarnya ada teknik tertentu yang perlu diikuti supaya hasilnya kekal rangup, berkilat cantik dan sedap walaupun dibiarkan sehingga petang.

Jika nak menghasilkan popia sira sambal yang sesuai untuk makan sendiri atau dijadikan produk jualan, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan NoraFiza Kamarin ini. Selain resipi lengkap, beliau turut berkongsi tip penting yang diamalkan ketika berniaga.

“Siapa peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya. Inilah antara kuih yang paling laku, customer saya selalu order.”

“Inti saya guna sengkuang, lobak dan udang geragau sahaja. Nampak mudah cara dan bahannya, tapi kalau salah teknik memang tak lama rangup dan mudah lembik selepas disira.”

“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul. Saya kongsikan cara dan resipi popia sira saya ye.”

Bahan Inti Popia Sira Sambal

1 pek kulit popia (50 keping)

1 biji sengkuang sederhana

3 biji lobak merah sederhana

2 sudu besar udang geragau

Sedikit serbuk perasa

Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal

Cara Menyediakan Inti

  1. Sagat sengkuang dan lobak secara memanjang.
  2. Tumis semua bahan bersama sedikit minyak sehingga layu sahaja.
  3. Toskan inti di dalam raga berlubang sehingga air benar-benar kering. Langkah ini penting supaya kulit popia tidak mudah koyak dan hasilnya lebih rangup.
  4. Biarkan inti sejuk sepenuhnya sebelum mula menggulung.
  5. Gulung popia secara sederhana, jangan terlalu padat dan jangan terlalu banyak inti.
  6. Gamkan hujung kulit menggunakan sedikit air.
  7. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keemasan dan garing.
  8. Toskan dan biarkan popia sejuk atau suam sebelum proses menyira.
 Popia Sira Sambal
Popia Sira Sambal
Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal
Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal
Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal

Bahan Sambal Sira Popia Sira Sambal

Untuk 50 keping popia:

5 sudu besar cili kisar (dikisar daripada 10 tangkai cili kering, 1/2 labu bawang putih dan sedikit air)

Ads

15 sudu besar atau 1½ cawan kopi gula pasir

2 sudu besar sos cili

1 sudu kecil perasa Cukup Rasa

2 sudu besar bijan

5 sudu besar minyak masak

Ads

Cara Menyira Popia Sira Sambal

  1. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula pasir, sos cili, perasa Cukup Rasa dan bijan.
  3. Kacau menggunakan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan berbuih.
  4. Jangan tambah air kerana cili kisar sudah mengandungi air yang mencukupi.
  5. Apabila sambal pekat, tutup api dan biarkan suam sedikit.
  6. Masukkan popia goreng dan gaul sehingga semua permukaan bersalut rata.
  7. Susun popia di atas dulang tanpa bertindih supaya cepat sejuk dan kekal rangup.
  8. Selepas benar-benar sejuk, barulah simpan di dalam bekas kedap udara.
Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal
Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal

Rahsia Popia Sira Sambal Kekal Rangup dan Berkilat

Gunakan gula lebih banyak daripada cili untuk membantu salutan menjadi rangup.

Sos cili memberikan kemasan berkilat yang lebih menarik.

Pastikan inti benar-benar kering sebelum menggulung.

Jangan menggulung terlalu padat kerana ia boleh menyebabkan popia cepat lembik.

Biarkan sambal sedikit suam sebelum menggaul bersama popia.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Jangan susun popia bertindih selepas disira.

Sejukkan di bawah kipas sebelum disimpan.

Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal

Tip Tambahan

Bagi yang ingin mempelbagaikan inti, boleh menggunakan ayam, daging, udang segar, kobis atau taugeh mengikut cita rasa masing-masing. Walau apa juga pilihan inti, pastikan ia ditos sehingga agak kering sebelum digunakan. Untuk tujuan berniaga, penggunaan bahan yang ringkas dan kos efektif seperti sengkuang, lobak dan udang geragau masih mampu menghasilkan popia yang sedap, rangup serta mendapat sambutan pelanggan.

Dengan mengikuti teknik ini, Popia Sira Sambal bukan sahaja tampil berkilat dan menyelerakan, malah mampu kekal rangup lebih lama walaupun disimpan sehingga petang.

Cara Buat Popia Sira Sambal Cantik Berkilat, Kekal Rangup Sampai Petang
Popia Sira Sambal

Sumber: NoraFiza Kamarin

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Beriani Udang Paling Wangi & Sedap, Masak Guna Rice Cooker...

Nasi Beriani Udang yang wangi, berderai dan mudah dimasak menggunakan rice cooker. Ikuti resipi lengkap beserta tips untuk menghasilkan nasi beriani yang sedap dan menyelerakan.