Popia Carbonara, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Minum petang nanti hidanglah kuih muih yang menjadi kegemaran ramai. Dah lama tak buat popia. Tapi kali ini kita nak buat popia carbonara, pasti anak-anak pun suka. Selongkar peti ais, ada bahan-bahan, jadi kita pun masaklah. Mudah sangat buatnya. Sedap betul makan panas-panas. Sosej lada hitam tu pula beri sengatan pada lidah. Ngam.Nak lagi sedap? Baki-baki sos Prego tadi, tuang atas popia ni. Tak payah cicah sos cili.

Popia Carbonara

 Bahan-bahan:

(untuk 5-6 orang)

  • 1 tin Prego Carbonara cendawan
  • 2 batang sosej lada hitam
  • 2 senduk sayuran campur
  • 2 keping keju
  • 30 keping kulit popia

Cara membuat:

1.Sosej dipotong dadu, campur dengan sayur. Kalau tak ada sosej, nak ganti dengan isi ayam, udang atau crab stick pun boleh.

2.Tuang Sos Prego Carbonara Cendawan. Gaul rata.

3.Masukkan keju. Cincang keju masukkan dalam campuran bahan inti ni. Nak sedap gunakan mozarella, nanti bila makan dia bertali-tali. Kali ni, saya guna keju cadar je ni.

4.Ambil 1 sudu besar inti, letak atas kulit popia. Gulung.

5.Kalau ikut sukatan yang saya beri, anda akan dapat 30 batang popia. Dalam gambar ni, saya baru siap 50%.

6.OK, popia ini bolehlah digoreng.

7.Dah siap. Senang. Isi tak payah masak dulu. Campur, gulung, goreng. Luar dia rangup, dalam dia lemak berkrim. Budak-budak suka. Terutamanya jika mereka tak suka pedas.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN