Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Bahan-bahan:
- Beras
- Daun pandan
- Air
- Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
- Cuci beras dan toskan sehingga kering.
- Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
- Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
- Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
- Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Sumber: fb hajar maliki/ kakazz.blogspot.my/ aynorablogs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI