Pokok Kari adalah salah satu pokok herba yang sangat banyak gunanya dalam masakan harian kita. Guna dalam masakan kari, kuih muih pedas dan bermacam-macam lagi. Semuanya boleh.
Jika dibeli, daunnya boleh disimpan lama dengan cara disejukbekukan, tetapi lama kelamaan bau kari agak kurang ‘kick’ dan tidak begitu menyengat jika dimasukkan ke dalam masakan.
Oleh itu, ramai yang suka menanamnya di rumah masing-masing. Namun pokok ini agak sukar ditanam berbanding pokok-pokok lain. Bukan sukar dari segi apa, kadang kala ia susah untuk hidup.
Jika hidup, ada juga yang mengalami masalah daun pokok yang tidak cantik, pokok yang kurus melidi, daun tidak lebat dan sebagainya. Jika tanam di dalam pasu lagi lah macam-macam kerenahnya.
Menerusi perkongsian saudari Syamimah Binti Ismail, beliau berkongsi tip penjagaan pokok kari yang diamalkan. Pokoknya hanya sepohon tapi daunnya merimbun cantik dan tidak tinggi. Tanam dalam pasu je tapi elok.
Ads
Caranya mudah sahaja. Jika anda ada tanam pokok kari di rumah. Boleh cuba petua ini.
TIP TANAM POKOK KARI SUPAYA RIMBUN & SUBUR
Salah satu tip kalau nak tanam pokok daun kari ialah POTONG PUCUKNYA.
Kenapa pucuk kari harus dipotong? Tujuannya adalah:
1. Bagi mengelakkan pokok jadi meninggi macam pokok tebu. 2. Bila sudah potong pucuk, daun kari akan jadi lebih merimbun seakan bongsai.
Ini adalah perbandingan pokok kari yang ditanam oleh saudari Syamimah Binti Ismail sebelum dipotong pucuk dan selepas. Nampak beza kan?
Selain pembajaan yang bagus, anda boleh cuba tip ini. Mana tahu pokok anda tanam jadi lebih elok dan sihat.
Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.
Tip masak KARI..
Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah😆) jgn marah naa….
❌ Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tip untuk menyediakan kari yang sedap. ▶Rempah kari kering ▶Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. ▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.
▶Pecah minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam jawa
Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa & boleh juga masukkan asam keping.
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Bencana alam tidak dapat kita jangka, boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir, kemarau dan sebagainya. Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita.
Salah satu cara untuk menyimpan stok beras ini agar ia tahan lama malah hingga bertahun-tahun adalah dengan menggunakan botol plastik dan bawang putih. Kaedah ini dikongsi oleh Saudah Yahya yang mempraktikkannya sejak sekian lama. Katanya beras kekal elok, tanpa dirosakkan oleh bubuk.
Kaedah simpan stok beras bertahun-tahun lamanya
1. Sediakan botol plastik yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.
2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.
3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.
4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.
Ini beras yang sudahpun setahun disimpan, masih elok dan tiada kutu.
INFO
Bila sudah lama bawang putih akan kecut dan kering meninggalkan kulit saja namun ia tidak akan merosakkan beras.
Selepas setahun atau lebih boleh saja menggunakan beras ini dan gantikan dengan beras lain. Beras akan kekal elok dan tak hancur.
Paling tidak setiap rumah kena simpan 1-2 botol stok beras begini. Bencana alam, darurat dan kecemasan kita tak boleh jangka.
Ketam salah satu makan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Untuk menikmati ketam segar, selain makan di restoran, anda juga boleh masak sendiri di rumah, dengan kos lebih murahkan?
Jika alasannya tidak pandai bersihkan ketam sebagai sebab tak masak sendiri ketam di rumah. Jangan risau ini ada tip mudah untuk membersihkan ketam segar sebelum sedia dimasak.
1. Pastikan kedua belah penyepit ketam dalam keadaan terikat jika masih hidup.Kemudian terbalikan badan ketam dan carilah bahagian yang berbentuk segi tiga di bawah badannya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.
2. Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cici bersih segala kotoran yang melekat di bawah paip mengalir, Bersihkan juga lendir di bahagian tengah ketam di bawah air mengalir perlahan.
3. Selepas bersih pisahkan penyepitnya, kemudian buang sedikut hujung penyepit dan ketuk supaya mudah dimakan nanti. Seterusnya dan gunting sedikit kaki-kaki ketam dengan gunting dapur.
4. Jika perlu potong ketam kepada dua bahagian sebelum sedia di masak.
5. Setelah siap dibersihkan anda perlu segera memasak ketam dengan resipi kesukaan keluarga. Tetapi pastikan anda tidak memasak ketam terlalu lama.
Lepas ni anda dah tak ada masalah nak bersihkan ketam lagi…
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.