Jom buat cili kisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.

Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.

Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering – beli online DISINI
  • Bawang putih – beli online DISINI
  • Air tapis

CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.


2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).

IKLAN

3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. 


4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.

Kredit petua & foto: Mim Nazihah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official