Kenapa perlu membelanjakan kos yang besar atau banyak bagi memenuhi keperluan gaya hidup sihat dengan membeli pelbagai suplimen?  Jangan sampai membebankan diri anda, masih ada cara lebih murah dan semulajadi yang boleh membantu anda meneruskan gaya hidup sihat. Hari ini RASA kongsikan rahsia 10 superfood  atau makan ajaib yang boleh diperolehi dari dapur rumah anda sendiri.

Hampir kesemua makanan ini ada dalam kebanyakan dapur atau peti sejuk anda semua, Semua makanan ini tinggi kandungan nutrisi  dan mempunyai khasiat sangat hebat jika diamalkan  makanan ajaib  secara seimbang, pasti mampu menurunkan risiko penyakit kronik terutamanya kanser.

TIMUN

Timun sangat baik menjauhi masalah hidrasi kerana kandungan airnya yang tinggi, masa yang sama  membantu mengurangan berat badan.   Ia juga sumber detox dan agen terbaik mecegah anti penuaan. Kandungan cucubitacins yang tinggi mampu melawan radikal bebas dan menurun masalah keradangan, sakit jantung dan beberapa jenis kanser.

BUNGA KUBIS

Bunga kubis tinggi kandungan antioksidan, kaya Vitamin C dan K serta serat. Malah kandungan glucocinolates di dalamnya membantu melawan kanser dan ia makanan yang rendah kalori.

TELUR

Boleh dikatakan semua rumah ada menyimpan telur,  bijaklah memanfaatkannya kerana ia   sumber protein dan antioksida yang tinggi.  Selain itu, telur juga kaya dengan Omega-3 yang baik untuk fungsi badan normal dan jantung sihat. Sementara kandungan vitamin D  membantu mengurangkan risiko tulang rapuh.

BAWANG PUTIH

Bawang putih bertindak sebagai prebiotik dengan  menggalakkan mikroorganisma penghadapan yang sihat dalam usus, berkesan menanangi penyakit jantung dan tekanan darah tinggi serta membantu mencegah selesema apabila dimakan selalu.

HALIA

Halia, bahan semulajadi yang membantu masalah angin, loya dan sakit perut. Malah ia turut membanatu melegakan otot yang tegang dan lenguh.  Mengurangkan gejala penyakit sendi serta keradangan.

OAT

Makanan kaya dengan serat ini sangat baik membantu proses penghadaman dan menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh. superfood yang murah dan boleh dipelbagaikan cara pengambilannya dengan olahan bermacam menu seperti sebagai campuran dalam minuman, biskut, bubur dan  banyak lagi masakan.

BAWANG MERAH

Terkenal dengan kandungan antiokidanya yang membantu melawan penyakit kanser. Ia juga membantu melindungi dan memulihkan sel-sel rosak, meningkatkan kadar kolestrol baik dan merendahkan tekanan darah tinggi.

KELEDEK

Ubi ini kaya dengan Vitamin B6 yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sumber antioksida yang bagus di samping kaya dengan serat.  Sementara kandungan beta karoten  yang tinggi membantu meningkatkan kadar Vitamin A dalam tubuh.

TAUHU

Makan yang diperbuat dari kacang soya ini memang diketahui kaya protein, zat besi dan kalsium. Malah ia bebas kolestrol dan rendah kalori, maka rasionalnya ia mengurangkan risiko kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung.

TOMATO

Sayuran berwarna merah ini sangat tinggi dengan antioksida lycopene yang mampu melindungi tubuh dari beberapa jenis kanser. Mengandungi Vitamin A,C dan E serta tinggi mineral mangan dan zat besi.

TEMBIKAI

Buah ini tinggi kandungan air dan rendah kalori, sangat baik untuk menjauhi hidrasi, Kaya pula dengan asid amino L-citrulline yang membantu membakar lemak dan bersifat anti penuaan.  Ia sama seperti tomato turut mengadnungi lycipene (sejenis antioksida yang melawan kanser).

BERI GOJI

Mengandungi semua jenis asid amino utama yang membantu mengimbangi kadar gula dalam darah dan meningkat sistem imuniasi tubuh.