Rendang siat. Lebih kurang macam serunding, tapi rasa rendang. Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam, disiat-siat dan kemudian dimasak macam rendang hingga tahap kering yang diinginkan.
Sedap dihidang pada hari Raya dengan ketupat palas, lemang, pulut kuning / nasi impit. Buat inti pulut pun sedap. Alahai rindunya pada kampung!
Buat yang ingin membuatnya sempena Hari Raya Korban tidak lama lagi, bolehlah buat mengikut resipi daripada Ida Alina Salleh ini.
Buat inti sandwich dengan roti Gardenia sedap, makan dengan nasi panas sedap, cicah ubi rebus lagi sedap.
RENDANG SIAT
BAHAN-BAHAN:
1kg daging 1kg bawang merah besar (jika tiada, boleh juga guna bawang merah kecil) | dihiris 20 batang cili kering | direbus dan dikisar (kalau nak pedas, boleh letak banyak lagi) – beli online di sini 800gm santan pekat Garam & gula secukupnya Kerisik (saya gunakan 1 biji kelapa dan buat sendiri) – beli online di sini Daun kunyit @ daun limau purut | dihiris halus
BAHAN KISAR:
Ads
1 labu bawang putih – beli online di sini Halia (sebesar ibu jari) – beli online di sini 5 batang serai (nak lebih pun boleh) – beli online di sini 3 bunga lawang – beli online di sini 5 bunga cengkih 5 butir buah pelaga Sedikit kulit kayu manis 2 sudu kecil tiap satu: biji ketumbar, biji jintan putih, biji jintan manis *kisarkan semua bahan di atas
CARA-CARA:
1.Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam hingga empuk. Bila dah sejuk. Siat-siat halus daging tu. Ada orang kata kalau daging lembut, boleh guna cake mixer nanti daging tu lerai.
2.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi serta pecah minyak.
3.Bila bahan kisar dah garing, masukkan cili kering yang dah direbus dan dikisar halus.
Ads
4.Bila cili dah garing, masukkan bawang hiris. Kacau sehingga bawang bersalut rempah dan menjadi lembut.
5.Bila bawang dah mula lembut dan wangi, masukkan santan pekat (saya guna santan pekat dan air santan lebihan rebusan daging).
6.Kacau hingga bawang menjadi lembut dan mula hancur. Rasa rempah ni. Tambah garam jika perlu dan sedikit gula.
7.Masukkan daging yang dah disiat. Kacau-kacau, masak lagi hingga bawang mula tak berapa nampak dan kuah makin mengering.
8. Masukkan kerisik (saya guna 1 biji kelapa) Kacau lagi. Bila dah masuk kerisik, jangan tinggal. Sebab rendang ni senang sangkut di kuali dan hangus. Kacau-kacau-kacau.
9.Bila dah mula kering, Masukkan hirisan daun limau purut. Nak masukkan hirisan daun kunyit pun boleh. Saya tak letak sebab stok daun kunyit dah habis.
Ads
10.Saya kacau hingga kering dan garing sebab nak simpan lama sikit. Siap!
*Yang nak makan saya ketepikan. Selebihnya saya simpan dalam freezer. Berbulan tahan. Keluarkan letak di luar lepas defrost, tak perlu panaskan balik. Makan pada suhu bilik saja. *Saya suka buat garing sebab nak simpan. Ada yang suka lembab sikit. Terpulang pada selera masing-masing. Lagi selalu dipanas, semakin gelap dan garing.
Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.
SOMTAM BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
Lobak merah (di potong halus memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
Ayam goreng bawang putih ini harum baunya. Rasanya pun sedap. Tambahan lagi bila makan bawang putih tu dengan nasi putih nanti. Sedap bawang putih tu..kriuk kriuk bunyinya bila digigit.
Menurut puan Mizah Ngatiman yang berkongsi resipi ini, dia belajar masakan ini daripada mak mertuanya. Bolehlah korang semua cuba pula ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.
Sesekali asah skil kamu di dapur kala menyediakannya hidangan manisan teristimewa di hari raya. Gabungan rasa moden dan tradisonal pasti akan memikat selera tetamu. Empat resipi unik dan pastinya menyelerakan untuk kamu buat sendiri. Tidak terlalu sukar, sesuai untuk dicuba dan tunjukkan kehebatan kamu membuat kek. Selamat mencuba.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan cake crumbdan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumbdalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
Bakar pada suhu 150C selama 30 minit.
INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
TEH TARIK CAKE
BAHAN A:
300ml susu cair
6 uncang teh
BAHAN B:
4 biji telur gred A
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
BAHAN C (diayak):
330gm tepung kek
4 sudu teh serbuk penaik
BAHAN D:
350gm gula kastor
BAHAN E:
250gm mentega asli
BAHAN TOPPING:
300gm krim kejuu
100gm mentega
140gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil serbuk teh
CARA MEMBUAT:
Sebatikan bahan C dan D. Kemudian tambahkan gula kastor dan mentega asli.
Ambil lebih kurang 100ml sebatian bahan A dan masukkan ke dalam adunan bahan B. Kacau sehingga sebati.
Lebihan sebatian bahan A tadi dicampurkan ke dalam adunan tepung. Sebatikan.
Masukkan telur dan kaup balik sehingga rata. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
Bakar selama 20 minit pada suhu 150C.
Untuk membuat topping, putar krim keju dan gula aising sehingga sebati. Masukkan mentega, esen vanila dan serbuk teh. Bolehlah diratakan ke seluruh kek.
INFO CHEF: Selain menggunakan serbuk teh asli, anda boleh buat adunan resipi ini menggunakan pelbagai jenis serbuk teh yang lain.
MANGO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN (BASE):
200gm biskut digestive
85gm mentega | dicairkan
BAHAN KEK:
500gm keju
3/4 gula kastor
300gm krim putar
200ml susu pekat
2 sudu teh gelatin
/2 cawan air panas
2 biji mangga ranum | dipotong kiub
BAHAN TOPPING:
1 1/2 biji mangga
2 sudu teh gelatin | ditambah dengan 1/2 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
Hancurkan biskut dan aduk bersama mentega cair. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang sudah di alas dengan parchment paper. Keraskan.
Untuk membuat kek, putarkan krim keju bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan krim putar dan susu pekat. Gaul rata dan masukkan gelatin.
Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian. Tuangkan satu bahagian ke atas adunan biskut dan taburkan mangga kiub.
Masukkan lebihan adunan kek dan ratakan.
Untuk membuat topping, kisarkan mangga dan gelatin. Kemudian tuangkan ke atas adunan kek tadi.
Simpan dalam peti ais dan biarkan semalaman sehingga kek keras.
INFO CHEF: Resipi ini bukan saja sesuai untuk menggunakan buah mangga tetapi buah-buahan tropika lain seperti pic, buah naga dan sebagainya.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
Kemudian dibakar pada suhu 150C selama 40 minit.
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!