Peria goreng rangup ini adalah satu makanan yang boleh dijadikan kudapan. Boleh juga dijadikan lauk. Selalunya ada di kedai mamak untuk dijadikan pelengkap nas kandar.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi peria goreng rangup. Namun, menggunakan peria yang besar. Bukan peria kecil atau dipanggil juga sebagai peria katak.
Hanya menggunakan lima bahan sahaja. Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat sendiri kudapan di rumah.
PERIA GORENG RANGUP
Ads
BAHAN-BAHAN
1 batang peria (saiz besar)
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur ayam
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong peria senipis yang boleh.
Ads
2. Dalam mangkuk, satukan tepung beras, telur ayam dan garam. Gau seketika.
3. Salut peria dengan bancuhan tepung beras, telur ayam dan garam tadi.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak betul-betul panas dahulu.
5. Kemudian, goreng peria dengan api sederhana sehingga garing.
Ads
TIP: Pastikan ketika masukkan peria dalam kuali, minyak masak perlu betul-betul panas supaya salutan peria akan cantik bulat seperti dalam gambar.
Kalau buat tauhuhomemade ni memang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Ummu Ashraf.
CARA-CARA MEMBUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 500gm kacang soya (rendam semalaman) – beli online disini 2.5 liter air Jus dari 3 biji lemon
1.Bersihkan kacang soya kemudian rendam semalaman.
2. Kisar kacang soya sedikit demi sedikit bersama air. Kisar hingga jadi halus dan berkrim.
3. Tapis kisaran soya tadi untuk ambil susu soya sahaja. (Empunya resipi guna hampas soya untuk buat Kuih Vadai)
4. Perah kisaran soya menggunakan kain supaya dapat banyak susu soya.
5. Kacang kisar boleh diperah dua kali. (empunya resipi kisar kacang soya dua kali. Maknanya, kisar sekali, kemudian perah. Bila habis semua kacang dikisar, ambil hampas kisaran pertama tadi, tambah air dan kisar sekali lagi & perah) 6. Masak susu soya hingga berasap dan mula nak mendidih.
7. Potong 3 biji lemon dan ambil jusnya sahaja.
8. Sambil tu, buang buih-buih yang timbul dari susu soya yang direbus tadi.
9. Bila susu soya mula mendidih, kecilkan api dan tuang jus lemon tadi. Matikan api. Kacau.
10. Susu akan mengental. Tutup periuk dan biarkan antara 10-15 minit. (Kalau lepas masuk jus lemon, susu tak mengental, didihkan susu semula dan tambah sikit lagi jus lemon). 11. Selepas 10-15 minit, susu tadi terbahagi pada curds soya dan air jernih. Gunakan “slotted spoon” untuk asingkan curds ke dalam bekas yang telah dialas kain bersih.
12. Lipat kain disekeliling tauhu dengan ketat.
13. Masukkan dalam bekas yang sama saiz dengan tauhu tadi. Tindihkan dengan ibu lesung.
14. Biarkan dalam 20 minit atau lebih. Tauhu homemade siap disediakan.
Buah cempedak memang mahal. Alang-alang harganya tinggi tu, selain makan isinya, kulit pun jangan dibuang. Anda boleh hasilkan jeruk kulit cempedak atau juga dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Menu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-cara penyediaan mandai perkongsian dari saudari Mariana Zainal.
RESIPI MANDAI
BAHAN-BAHAN MENJERUK MANDAI:
CARA MENJERUK:
1. Belah buah cempedak dan keluarkan isinya.
2. Kemudian bersihkan kulit cempedak dengan membuang bahagian durinya dan hanya bahagian isi putih sahaja diambil.
3. Potong kulit cempedak berbentuk kiub dan cuci bersih. Toskan.
4. Gaul kulit cempedak dengan garam hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas atau botol bersih.
5. Tuang air masak suam hingga kulit cempedak tenggelam. Tutup botol dengan penutup.
6. Simpan jeruk mandai di tempat gelap dan terlindung dari matahari dan peram selama seminggu sebelum dinikmati.
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.