Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma,  Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah.  Set ini sesuai untuk kenduri dan  hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .

Sedap Padu Nasi Kurma, Ayam Kuzi & Acara Nanas, Boleh Buat Sendiri Ni.

 KUZI AYAM

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • Sedikit saffron
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN GORENG DAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar | hiris
  • 50gm badam
  • 50gm kismis

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 3 sudu makan rempah kuzi
  • 3cm lengkuas | hiris memanjang
  • 2cm halia | hiris memanjang
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 200ml susu cair
  • 500ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
  3. Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
  5. Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
  7. Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
  8. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau  roti jala.

Sedap Padu Nasi Kurma, Ayam Kuzi & Acara Nanas, Boleh Buat Sendiri Ni.

NASI KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam secukup rasa

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN HIRISAN:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang

CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.

2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.

3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.

IKLAN

5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.

6. Tutup semula periuk nasi.

7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.

Sedap Padu Nasi Kurma, Ayam Kuzi & Acara Nanas, Boleh Buat Sendiri Ni.

 ACAR NANAS BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 10 ulas merah kecil | belah dua
  • 5 ulas bawang putih| hiris
  • 2cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
  2. Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
  6. Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI