Masalah kolesterol tinggi semakin biasa dalam kalangan masyarakat hari ini, terutamanya disebabkan oleh gaya pemakanan dan kurang aktiviti fizikal. Dalam usaha mencari alternatif semula jadi, ramai yang mula mengamalkan air rebusan bawang putih kolesterol sebagai sebahagian rutin harian. Namun, sejauh mana keberkesanannya?
Artikel ini menghuraikan fakta sebenar berdasarkan pengetahuan semasa, cara penyediaan, serta siapa yang sesuai atau perlu berhati-hati sebelum mengamalkannya.
Fakta vs Mitos Tentang Air Rebusan Bawang Putih Kolesterol
Bawang putih mengandungi sebatian aktif seperti allicin, yang dikaji kerana potensi kesannya terhadap kesihatan jantung.
Fakta:
Beberapa kajian menunjukkan bawang putih boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) secara sederhana
Ia juga berpotensi meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam tahap tertentu
Bawang putih boleh membantu menyokong kesihatan jantung secara keseluruhan, termasuk membantu mengawal tekanan darah
Mitos:
Mengambil air rebusan bawang putih sahaja boleh menurunkan kolesterol dengan cepat
Ia boleh menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor
Kesan akan berlaku dalam masa singkat tanpa perubahan gaya hidup
Realiti:
Kesan bawang putih adalah sederhana dan memerlukan pengambilan secara konsisten
Ia hanya berfungsi sebagai sokongan tambahan, bukan rawatan utama
Gaya hidup sihat masih menjadi faktor utama dalam mengawal kolesterol
Secara ringkas, air rebusan bawang putih kolesterol boleh membantu tetapi bukan penyelesaian ajaib. Ia lebih sesuai dijadikan sebahagian daripada gaya hidup sihat.
Cara Buat Air Rebusan Bawang Putih Kolesterol
Berikut adalah cara penyediaan yang mudah dan praktikal untuk diamalkan di rumah:
Bahan:
2 hingga 3 ulas bawang putih
1 cawan air
Ads
Langkah:
Kupas dan ketuk bawang putih untuk mengaktifkan sebatian allicin
Masukkan ke dalam air dan rebus selama 5 hingga 10 minit
Tapis dan biarkan suam sebelum diminum
Cadangan pengambilan:
Minum sekali sehari, sebaiknya pada waktu pagi sebelum makan
Boleh ditambah sedikit madu atau lemon jika perlu untuk rasa lebih baik
Pengambilan air rebusan bawang putih kolesterol secara konsisten lebih penting berbanding jumlah yang banyak dalam satu masa.
Siapa Yang Sesuai Mengamalkan
Golongan berikut boleh mempertimbangkan pengambilan air rebusan bawang putih kolesterol sebagai sokongan kesihatan:
Individu dengan paras kolesterol sedikit tinggi
Mereka yang ingin mengamalkan pendekatan semula jadi sebagai pencegahan
Individu yang sihat dan tidak bergantung kepada ubat kolesterol
Mereka yang sedang mengamalkan diet sihat dan gaya hidup aktif
Amalan ini lebih berkesan apabila digabungkan dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal.
Ads
Siapa Yang Perlu Berhati-hati
Pengambilan bawang putih secara kerap tidak sesuai untuk semua orang. Golongan berikut disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba air rebusan bawang putih kolesterol:
Individu yang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin atau warfarin
Mereka yang mempunyai masalah gastrik atau perut sensitif
Wanita hamil atau menyusu
Individu yang akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat
Kesan sampingan yang mungkin berlaku:
Ketidakselesaan perut
Pedih ulu hati
Risiko pendarahan jika diambil bersama ubat tertentu
Walaupun semula jadi, penggunaan tanpa kawalan tetap boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Kesimpulan
Air rebusan bawang putih kolesterol mempunyai potensi untuk membantu mengawal kolesterol, tetapi kesannya adalah sederhana dan tidak boleh dianggap sebagai rawatan utama.
Untuk pengurusan kolesterol yang berkesan, pendekatan menyeluruh diperlukan:
Ads
Mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu
Meningkatkan pengambilan serat
Melakukan aktiviti fizikal secara berkala
Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Bawang putih boleh dijadikan sebahagian daripada rutin kesihatan harian, tetapi ia tidak boleh menggantikan rawatan perubatan atau gaya hidup sihat. Pendekatan seimbang adalah kunci utama untuk kesihatan jangka panjang.
Jemputan daripada Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne dengan senarai tempat lawatan yang mengujakan membuatkan hati tidak sabar untuk berada di sana. Terbang dengan AirasiaX juga bukanlah kali pertama. Proses pendaftaran berjalan lancar sehinggalah berada di dalam perut pesawat. Sebagai orang media, sebentar sahaja, kami sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Usai kapal terang sudah berada di udara, perut seperti terus meminta-minta. Apa lagi, Nasi Lemak Pak Nasser menjadi pilihan saya. Mengubat rindu. Inilah antara menu kegemaran saya kala terbang bersama AirAsia. Kini AirAsiaX menyediakan penerbangan setiap hari ke Melbourne dan pelbagai menu dengan pelbagai citarasa.
Kami tiba di Melbourne waktu pagi. Setelah segala proses mengambil bagasi selesai, sebahagian daripada kami membeli kad sim telefon. Ya lebih murah untuk digunakan sepanjang berada di sana. Sambil menunggu kenderaan yang akan membawa kami, kami diberi secawan kopi. Aduhai, bagi pencinta kopi seperti saya, ini salah satu tarikan pertama untuk jatuh cinta dengan bumi Victoria. Menghirup kopi dalam suasana dingin pagi memang memberi satu energi baru setelah berada lapan jam dalam penerbangan.
GEELONG & THE BELLARINE / GEELONG WATERFRONT
Keluar dari lapangan terbang, sudah sedia menanti kenderaan dari Explore Australia Tours. Kami terus berangkat menuju lokasi pertama di luar kota Melbourne. Kami berangkat ke Geelong. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit ini membawa kami ke kawasan santai dengan pemandangan replika seni yang dikenali sebagai ‘Bollards’, hasil seni dari pelukis terkenal Jan Mitchell.
Langit yang biru dan laut yang terbentang luas menyambut kedatangan kami. Jika ke sini kita boleh temui lebih dari 100 replika bollards dengan pelbagai warna dan corak. Kami menyusuri Rippleside Park, Limeburners Point dan Botanic Gardens. Cuaca yang cantik dan cerah serta berangin tidak terasa meletihkan. Apa Istimewanya Geelong Arts & Culture Trails ini? Di sini kita boleh memuat naik app yang disediakan untuk melihat replika bollards tersebut bergerak.
MINI GOLF DRIVING RANGE CHALLENGE AT CURLEWIS GOLF
Teruja ingin menghayun kayu golf penuh bergaya. Berangan sambil ketawa. Kami kemudiannya dibawa ke Mini Golf Driving Range Challenge di Curlewis Golf. diiktiraf antara Top 50 Australian Golf Course terbaik , The Range @Curlewis ini mempunyai 18 laluan driving range dan akademi latihan golf lengkap dengan makanan.
Paling seronok kami juga diberi task untuk melakukan aktiviti di sini. Sebagai beginner kami semua sangat teruja penuh dengan ketawa dan jeritan apabila pukulan kami masuk tepat ke lubang yang dituju. Mana tidaknya kerana kami dibahagikan kepada grup dan pemenangnya akan mendapat hadiah. Jadi masing-masing cuba untuk membuat pukulan tepat dengan sekali pukulan.
Selesai beraktiviti kami dihidangkan dengan minuman segar serta sneks berupa roti dan kek. Buat kaki golf, ini antara lokasi yang patut anda tuju. Sebelum meninggalkan kawasan ini, kami juga dibawa ke lapangan golf yang turut disediakan hotel dan chalet penginapan yang sangat menarik. Jadi kepada kaki golf tempat ini pasti menjadi salah satu destinasi patut dituju.
MAKAN TENGAHARI DI JACK RABBIT VINEYARD
Kami kemudiannya dibawa makan tengahari di Jack Rabbit Vineyard. Kawasan atas bukit yang mempunyai pemandangan indah menghadap laut lepas. Seafood yang segar, sajian kupan dan hidangan fish and chips yang enak dimakan dengan penuh berselera.
BELLARINE SMOKEHOUSE
Kami dibawa ke Bellarine Smokehouse yang berada tidak jauh dari lokasi kami makan tengahari. Ikan Salmon tentunya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Kalau melancong ke luar negara, mencuba variasi makanan laut adalah antara perkara yang selalu menjadi pilihan. Bellarine Smoke house menyediakan ‘smoked fish’ secara tradisional dan kualiti rasanya sangat dijaga.
Dibawa melihat proses asapan yang dilakukan, kami kemudianya dihidangkan dengan smoked salmon dan barramundi untuk dicuba. Ternyata rasanya sangat sedap. Buat penggemar salmon seperti saya, walaupun sudah kenyang tetap teruja mencuba. Selain ikan salmon, Bellarine Smokehouse juga menyediakan ikan barramundi, NZ Ora King Salmon, King Fish, Victorian Rainbow Trout dan belut.
R GEELONG HOTEL & MAKAN MALAM DI FISHERMAN’S PIER
Petang menjelang tiba, kami akhirnya dibawa mendaftar bilik di R Geelong Hotel. Setelah seharian ke sana dan ke sini, sememangnya tidak sabar untuk menyegarkan diri. Walau diberi masa yang singkat untuk berehat, tetapi cukup untuk saya merebahkan badan sebentar atas tilam yang empuk. Kemudiannya mandi dan bersiap untuk menikmati hidangan makan malam di Fisherman’s Pier.
Restoran yang terletak berhampiran port boat ini rupanya adalah restoran yang telah mendapat Anugerah Restoran Seafood Terbaik selama 40 tahun berturut-turut! Ah, memang teruja betul apa lagi setelah mandi, perut kembali lapar. Saya juga sudah berangan mahu memesan menu berasaskan ikan dan makanan laut. Pasti segar dan enak. Kerana restoran ini tidak jauh dari hotel penginapan, kami berjalan kaki beramai-ramai.
Santai dalam cuaca petang yang indah. Angin laut yang bertiup agak dingin tak terasa kami sudah menghampiri restoran yang dituju. Benarlah sesuai dengan gelarannya diterima, setiap ruang tempat duduk sudah penuh. Selesai menikmati makan malam, kami pulang ke bilik.
SARAPAN DAN KE QUEENSCLIFF
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki feri menuju Seorrento.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
Terlihat juga deretan Jeti-jeti kapal mewah membarisi pantai yang semestinya dimiliki oleh pemilik rumah-rumah mewah ini. Satu pengalaman berbeza kerana selama ini mungkin kita hanya menonton filem atau melhat gambar sahaja. Ya , pengalaman indah untuk dijadikan memori. Kawasan perumahana mewah itu bak resort itu kami tinggalkan untuk ke satu lagi destinasi menarik yang menghidangkan pemandangan indah. Kami kemudiannya ke Penisular Hot Spring dan seterusnya bermalam di Rye Hotel. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalaman yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat dan esoknya kembali ke Kota Melbourne.
SERONOKNYA CUCI MATA DI SOUTH MELBOURNE MARKET
South Melbourne Market. Sudah berusia lebih 150 tahun, South Melbourne Market menjual pelbagai barangan, makanan, sayuran, bunga, buah-buahan, ikan , daging dan hasil laut yang segar. Bukan itu sahaja, di sini juga menempatkan pelbagai restoran dan tempat makan termasuk makanan halal. Pilihan pakaian, cenderahati dan pelbagai hasil seni juga boleh didapati di sini.
Orang seperti saya memang sangat teruja kalau dibawa ke tempat seperti ni. Boleh leka menikmati barangan yang dijual. Seketika saya leka melihat deretan pelbagai jenis cheese yang dijual. Dan dalam kunjungan ini kami juga diberi peluang merasa pelbagai jenis cheese. Best sangat! Kami juga diberi mencuba tiram segar. Sayangnya saya bukan penggemar tiram. Kami juga menikmati makan tengah hari di salah satu restoran di sini. Dan semestinya halal untuk orang Muslim.
Dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Rabu, pada hari Jumaat pula ditutup jam 6 petang manakala ditutup jam 4 petang pada hari bekerja yang lain. Jadi pastikan jadual percutian anda disusun dengan baik kerana market ditutup pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Oh ya, saranan saya, jangan lupa mencuba croissant terbaik di Agathé Pâtisserie dan datang awal sebab kena beratur panjang. Sumpah sangat sedap!
Esoknya kami ke Philip Island, satu lagi lokasi yang tidak boleh dilepaskan. Jika sudah pasang angan-angan mahu menyaksikan perarakan penguin terkecil di dunia, anda mesti masukkan Philips Island dalam senarai tempat yang bakal dikunjungi. Dua jam perjalanan dari kota Melbourne tidak akan terasa lama kerana dihidangkan dengan permandangan indah sepanjang jalan.
Dalam perjalanan kami singgah Caldermeade Dairy . Ladang lembu tenusu yang turut dilengkapi dengan kafe dan mini market yang menjual pelbagai hasil tenusu. Kami sempat dibawa melawat ke kawasan peliharaan lembu dengan menaiki ‘truck’ khas.
Selain itu turut disediakan pelbagai aktiviti seperti memberi makan binatang peliharaan. Aktiviti ini memang sesuai bagi yang travel bersama anak-anak. Sempat juga mencuba susu coklat yang dijual dan memberi beberapa cenderahati untuk dibawa pulang.
Philip Island, Pulau perlindungan terletak di pantai selatan Australia. Nikmati keindahan pelbagai aktitivi di pulau ini termasuklah menyaksikan penguin parade, nobbies, anjing laut dan menaiki helicopter sambil menyaksikan keindahan Philip Island dari udara.
PHILLIP ISLAND CHOCOLATE FACTORY
Kilang Coklat yang terkenal di pulau ini. Mempunyai lebih dari 190 jenis coklat pelbagai rasa, Visit Panny’s Amazing World of Chocolate juga mempunyai pameran informasi mengenai penghasilan koko . Kita juga dapat dapat menyaksikan bagaimana pembuatan coklat, anak-anak dapat mempelajari sejarah pembuatan coklat sambil bermain pelbagai permainan yang disediakan. Kalau dah sampai ke sini tak lengkaplah kalau tak mencuba hot chocolate yang dijual di kafenya. Sedap!
Melengkapkan perjalanan di sini, kami berangkat pulang sambil melalui kawasan perkampungan dan ladang-ladang tenusu yang luas dan menghijau. Seketika kami singgah di bass coast trail, wonthagei Railway dan Wonthagi Wind Farm dan menikmati makan tengahari di Kilcunda.
GELATO DALAM SUASANA DINGIN DAN HUJAN GERIMIS
Bertolak pulang ke Melbourne kami singgah pula menikmati ais krim dan gelato di Kori Icekrim di Howthorn. Kafe gelato milik Joane Yeoh anak kelahiran Malaysia ni menyediakan pelbagai perisa yang menjadi kegemaran ramai. Joane Yeoh turut di senaraikan sebagai upcoming chef di bawah usia 30 tahun oleh MFWF 2022. Kami sempat mencuba pelbagai jenis gelato dan aiskrim. Hujan gerimis dan udara sejuk tidak dihiraukan kerana gelato yang mendapat inspirasi dari manisan Jepun ini benar-benar enak. Selesai menikmati aiskrim dan gelato kami pulang ke hotel penginapan. Malam terakhir di Melbourne dalam hujan gerimis, kami menikmati sepenuhnya pemandangan malam. Berlari membeli cenderahati sebelum kedai tutup. Menghabiskan wang kecil dengan membeli coklat dan menikmati malam malam citarasa Thai.Kata orang teman travel yang tepat sangat penting untuk mewujudkan suasana ‘meriah’sepanjang percutian. Carilah teman, rakan dan sahabat yang betul untuk percutian yang panjang apa lagi jika memerlukan kita travel dari satu tempat ke tempat yang jauh.
Terima kasih sahabat-sahabat media, Anis, Shaz,Lissa, Martin dan Carmen. Amzar dan Ariff dari AirAsia, Yih Ling dari Go Communication dan orang paling penting dan Jenny dari Visit Victoria yang menjadi teman travel paling best sepanjang percutian kami.
Terima Kasih AirAsia X yang menyediakan penerbangan selesa dan Visit Victoria yang menyediakan iternary yang sangat menarik. Untuk anda yang ingin terbang ke Melbourne, kini AirAsia X menyediakan penerbangan setiap hari. Pilih sahaja hari yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan yang pasti anda bakal menikmati percutian yang penuh kenangan.
Percaya atau tidak, setiap rumah pasti ada mempunyai mi maggi untuk stok simpanan makanan kering. Tidak kira berapa kerap anda memakan mi maggi, pasti rasanya sangat sedap walaupun hidangan yang simple.
Nah, sebenarnya anda boleh mendapat khasiat melalui kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” menggunakan mi Maggi dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan yang seimbang.
Diinspirasikan daripada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kempen ini untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri yang kos efektif dan enak menggunakan mi Maggi.
MHP yang berasaskan konsep ‘suku suku separuh’, adalah panduan visual yang membantu orang awam menyediakan atau pengambilan makanan seharian secara seimbang.
Hidangan seimbang terdiri daripada ¼ pinggan sumber karbohidrat (nasi, mi, roti, bijirin), ¼ protein (telur, tofu, daging, makanan laut, sumber protein berasaskan tumbuhan) dan ½ sayur-sayuran atau buah-buahan.
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu, yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang yang lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu dan kewangan.
Pada majlis pelancaran kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ Maggi yang diadakan di Dapur Masak Masak Maggi, selebriti tv Sheila Rusly menunjukkan resipi masakan mi maggi kegemaran yang diinspirasikan dari negara seberang, iaitu Mi Soto Ambungan menggunakan mi Maggi perisa Ayam.
Bila tiba Ramadan, pastinya kita mula rindu akan suasana berpuasa di kampung halaman. Terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, sesi berebut gelas air dengan adik beradik bila tibanya saat azan berkumandang dan bermacam-macam lagi memori indah bersama keluarga tercinta. Masa inilah semuanya terbayang-bayang di depan mata.
Keseronokan menyambut Ramadan di kampung bersama keluarga tercinta tentunya jauh berbeza berbanding cara orang moden di bandar. Namun apa daya, komitmen yang digalas membataskan segalanya. Malah kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan kita tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan.
Mengembalikan nostalgia indah ini bersama penonton setia, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE yang ditayangkan bermula 22 Mac, setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
GANDINGAN HOS & SELEBRITI HEBAT
Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan untuk berkongsi pelbagai resipi menarik.
Antara selebriti yang bakal menyerikan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah Dato’ AC Mizal, Roy Azman, Namie (Ubi), Ezzaty Abdullah, Zizi Kirana, Betty Rahmad, Ezzrin Loy, Sazzy Falak, Ustazah Asni Mansor, Aisha Retno, Zila Bakarin, Amar Bahrin, Iqeam DInzly, Ayie Floor88, Amir Masdi, Shashie, Sabronzo dan ramai lagi.
Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Nak tahu, kenalah tonton nanti ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!