Anda pentingkan kesihatan boleh buat sarapan ini. Buat peanut butter homemade tanpa gula, garam dan minyak.Buat sendiri lagi puas makan. Mudah sangat membuatnya hanya menggunakan satu bahan saja iaitu kacang.Anda hanya perlu kisar kacang menggunakan pengisar kering baru menjadi.
Peanut Butter Homemade
Bahan-bahan:
Kacang
Ads
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kacang di sangai menggunakan air fryer.
2.Sejukkan kacang tadi.
3.Kisar menggunakan blender kering
4.Siap untuk dinikmati.
Ads
Kredit: Nurul Zhafaruba
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Kuih Topi @ Kuih Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantandan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…saudari Huda Seman ada kongsikan resipinya. Cubalah buat sendiri. Mudah je.
Cantiknya Kuih Lapis Keledek Ungu ni. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang. Bahan-bahan sangat ringkas dan memang sudah ada di dapur. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional, resipi Kuih Lapis Keledek Ungu perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba.Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sama seperti membuat tako pandan dan jagung sebab tak ada sengkuang cina kebetulan ada keladi, buatlah Tako keladi. Sediakan dulu acuan guna daun pandan atau cawan dadih.
Tako keladi Lapisan bawah. 1 cawan tepung jagung 1/2 cawan keladi potong dadu kecil-kecil dikukus /rebus 4 cawan santan air + 1 cawan santan cair. Kalau tak nak guna santan boleh guna air saja. Sedikit garam Pes keladi Pewarna ungu 1 1/4 cawan gula. (tak nak manis, kurangkan)
Cara membuat:
1.Adun semua bahan kecuali keladi. Tapis. Kacau atas api.Likat dan mletup-letup, angkat letak dalam acuan yang siap dah letak keladi.
Lapisan atas 1/2 cawan tepung jagung 4 cawan santan. Saya guna 1 kotak santan kecil kara + air. Jadikan 4 cawan. Sedikit garam
Cara membuat: 1.Adun semua dan tapis. Kacau atas api perlahan-lahan.Sentiasa kacau sampai likat dan meletup-letup. Angkat. Tuang atas adunan ungu tadi. Sedap makan sejuk-sejuk.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.