Roti bun panas gebu gabas dari oven memang nikmat bila dimakan. Nak roti gebu ni teknik uli kena betul, dan kena dibiarkan rehat untuk naik sempurna. Yis pula kena segar, barulah roti naik mengembang.

Ni 6 idea bun diperbuat daripada serunding ayam, kacang merah, butterscotch, hirisan ayam, keju dan sose. Perrgh memang terbaiklah koleksi roti bun ni.

1. ROTI SERUNDING AYAM

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • 300gm chicken floss (bahan inti)

BAHAN SAPUAN PADA ROTI:

  • 1 sudu makan susu cair
  • 1 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Taburkan chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
5. Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang.
6. Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti.
7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing).
8. Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14

Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.

2. ROTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

BAHAN-BAHAN (INTI):

  • 150gm kacang merah | direndam
  • 100gm gula pasir
  • 20ml minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
2. Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
3. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
5. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
6. Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
7. Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi.
8. Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai.
9. Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
10. Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu.
11. Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
12. .Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.

3. ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA

BAHAN-BAHAN:
Bahan roti :

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

Sedikit pewarna ungu

BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:

  • 200ml krim putar
  • 150gm gula perang
  • 10gm mentega

1. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian.
5. Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti.
6. Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C.
7. Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan.
8. Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
9. Sedia dihidangkan bersama roti.

Saiz hidangan: 35 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15

Info chef: Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.

4. ROTI KEJU

BAHAN-BAHAN

(ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • 4 keping keju
  • 1 biji kuning telur | sapu di atas roti

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
5. Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
6.Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai.
7. Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
8. Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10

Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.

5. CHICKEN SLICE ROSE

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • Kepingan ayam secukupnya | potong bentuk tiga segi
  • Sedikit mentega
  • 1 biji kuning telur | sapu di atas roti

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
5. Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
6. Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
7. Ulangi langkah hingga selesai.
8. Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
9. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.

6. BAN SOSEJ

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

UNTUK ANYAMAN:
2 batang sosej | belah tiga

UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:

  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit mentega
  • Sedikit serbuk oregano

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman.
5. Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya.
6. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Anda boleh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor.