Untitled design - 2021-10-25T104034.769

Sedapnya dapat nikmati pau yang gebu dengan inti yang disukai. Nak buat doh pau ayam ini sama seperti doh donut cuma tidak diletakkan susu. Buat untuk minum petang, makan pula ketika panas memang puas hati.

Pau ayam
Bahan doh pau:
1 kg tepung gandum
6 sudu besar gula
3 1/2 cawan air
2 sudu kecil baking powder
1 paket yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar margerin

Cara memasak:

Pau Ayam Homemade Gebu, Puas Hati Makan

1.Bancuh kesemua bahan, uli hingga jadi doh yang tak lekat di tangan.Masukkan doh dalam bekas kedap udara selama satu jam.
2.Canaikan doh.Tekap ikut besar mana yang kita nak (kak cik guna tutup botol kuih raya).
3.Masukkan inti.
4.Kukus 5 minit.Buka tutup kukusan.Kukus lagi 2 minit.
(**masa uli tepung,air kena letak sedikit demi sedikit hingga jadi doh tak lekat di tangan.Jangan terus letak semua.lain tepung lain penerimaannya)

Bahan inti ayam:
6 ketul ayam (diambil isi dan dipotong kecil)
10 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dicincang halus)
4 sudu besar cili kering kisar
6 sudu besar rempah kari ayam
1 kiub ayam
Garam

IKLAN

Cara memasak:
1.Tumis bawang hingga terbit bau.Masukkan cili kisar,tumis hingga garing.

Pau Ayam Homemade Gebu, Puas Hati Makan

2.Masukkan rempah kari dan daun kari.
3.Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam. Masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.

Nota:-
1.Lepas doh dah kembang(2x ganda) tak boleh terlalu lama dibiarkan.Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus kuih akan mengecut.

IKLAN

Pau Ayam Homemade Gebu, Puas Hati Makan

2.Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut).Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit.Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata.
3.Masa mengukus, tutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih.
4.lLepas 5 minit kuih dikukus buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan.
Pau Ayam Homemade Gebu, Puas Hati Makan
Kredit: Zainoor Aliza Ali

Nak Buat Kuih Penjaram Cantik, Boleh Cuba Resipi & Tip Ini

IKLAN

Bahulu Gulung Dengan Inti Jem Nenas Homemade

Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI