Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham? Bukan sahaja hebat beraksi di padang, David Beckham juga merupakan bapa kepada 4 orang anak. Mengikut jejak bapanya sendiri, Brooklyn Beckham anak sulung kepada David Beckham juga merupakan pemain bola sepak bagi kelab Arsenal.
Bakat David Beckham melangkaui padang bola sepak. Bapa kepada empat orang anak ini juga pandai mebuat sarapan pagi seperti pancake untuk anak-anaknya. Lihat sahaja David berkongsi video kepakaran beliau membalikkan pancake di udara.
“Selamat Hari Pancake, anak-anak. Sedia?” David berkata. Anak perempuannya Harper, bersemangat menjawab “Ya!” ketika dia menyaksikan ayahnya menunjukkan kemahiran masakannya di rumah. Video Instagram yang memberi pengalaman manis untuk peminat sepintas lalu di dalam dapur Beckhams.
https://youtu.be/VY3RSIQ-GAs
Turut dilihat menerusi keintiman hubungan bapa dan anak, baru-baru ini, David Beckham juga ada memuat naik satu video kelakar di akaun instagramnya yang merakamkan cubaan anak sulungnya Brooklyn untuk menterbalikkan pancake yang dimasak olehnya. Apa yang kelakar, Brooklyn kelihatan begitu yakin dan beraksi seolah-olah beliau berjaya menyambut pancake tersebut dengan sempurna sama seperti bapanya.
Petang-petang ni kalau buat puding dan sagu memang best. Resipi yg min share ni bukan puding biasa ada nangka weii. Puding pula dari rambutan. Ni lah nikmat buah-buahan tempatan.
Ni ada min kongsikan kuih jongkong versi Johor. Selain tu kuih yang dibalut daun pisang ni juga terkenal di kalangan Cina Peranakan. Jom makan manisan ni.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK: 1. Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat. 2. Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan. 3. Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil. 4. Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan. 5. Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan. 6. Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut. 7. Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan :4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 50 minit Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Makanan barat dengan sentuhan tradisional Cara Memasak : Reneh Anggaran kos: RM15-RM20
INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
RESIPI SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya. 2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning. 3. Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan. 4. Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan. 6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
Saiz Hidangan : 4 hingga 7 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis Cara Memasak :Reneh Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF :Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
3. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR:
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan. 2. Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk membungkus jongkong; daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya. 4. Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas. 5. Ulangi langkah hingga selesai. 6. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak yang sedap Cara Memasak : Reneh dan rebus Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF: Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
Resipi: Terima kasih Widiati Sulaiman, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Roti sandwic memang banyak guna. Selain dimakan begitu sahaja, boleh juga hasilkan makanan-makanan lain. Biasanya bila ada lebihan roti ni, hidangan Puding Roti yang menjadi pilihan. Tapi rupanya boleh buat Tat Telur tau! Memang mudah. Jom cuba!
1. Lenyekkan roti sandwic dan potong bulat. Letak dalam paper cup. Jika ada acuan tat, boleh tekap guna acuan tersebut. Bakar pada suhu 200C selama 5-8 minit.
2. Untuk inti,satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut. Tapis.
3. Tuang adunan ke dalam roti yang telah dibakar tadi.
4. Bakar tat sekali lagi pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Bila 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja.
Teringin lama nak buat butir nangka ni sesuai untuk minum petang.Masak tengahari, simpan dalam peti dahulu. Nikmat bila dimakan sejuk memang puas hati makan.
BUTIR NAKO
Bahan-bahan: 1 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung gandum Secubit garam halus Air, dituang sedikit demi sedikit Setitik perwarna kuning
Cara membuat:
1.Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh. 2.Cubit sedikit doh dan gentel membujur. 3.Rebus di dalam air yang sedang mendidih. 4.Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.
Cara membuat kuah:
1.Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.
2.Biarkan mendidih dan gula cair.
3.Masukkan sedikit halba.
4.Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
5.Masukkan tepung butir nangka.
6.Gaul sebati. Siap. 7.Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.