Hari ini terlebih rajin, nak baking Orange Muffins. Muffin perisa oren ni gerenti makan tak kan muak. Agar nampak lebih meriah di atasnya taburkan buah-buahan kering untuk nampak lebih menarik.
Bahan-bahan: 1 biji telur (A) 1/2 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 200ml susu segar 1 sudu besar sunquick oren+sedikit pewarna oren (kalau nak tukar perasa lain pun boleh) 90 ml minyak jagung @masak 2 cawan tepung kek-BELI ONLINE DI SINI (kalau tepung biasa tambahlah baking powder) ayak 1/2 cawan buah-buah kering(cuci dengan air panas dulu dan tos) Buah-buah kering ini separuh letak dalam adunan,separuh lagi untuk letak atas muffin
Cara membuat: 1.Pukul telur,gula,guna tangan saja. 2.Bila dah kembang letak susu pukul lagi. 3.Letak perasa oren,pukul lagi. 4.Kemudian letak minyak,pukul lagi. 5.Letak tepung sikit-sikit sambil kacau-kacau sebati. 6.Letak 3/4 adunan tu dalam cawan kertas. 7.Bakar suhu 170, 30/35minit. Api atas/bawah.
Kadang kala bila tengok kawan-kawan buat kek, teringin nak cuba. Tapi masalahnya, tak ada ketuhar dan mixer. Alahai…Namun usah risau sebab ada kek mudah yang anda boleh cuba. Tak perlu pakai mixer pun. Oven tak ada pun tak apa. Gaul-gaul je dan pastinya memang terlajak mudah. Jom kita cuba!
KEK KOTA SABAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis – tin tinggi
1 bungkus biskut Marie – pecahkan@patah-patahkan
400gm Milo – boleh lebihkan. Lagi sedap!
600gm kacang tanah – digoreng tanpa minyak & tumbuk jangan halus sangat.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan. Gaul rata.
Ambil loyang dan alas dengan plastik. Masukkan bahan yang digaul tadi.
Ratakan adunan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
Cuba bila masa berubah, warna saja yang berubah, dulu warna coklat kuning, tapi sekarang pelbagai warna, dan gabungan warna hijau putih ini juga cantik. Kalau anda ingin menyediakan biskut ini menggunakan bahan yang mudah dan membuatnya juga senang.
BISKUT DAM PANDAN BAHAN-BAHAN: 100gm mentega 75gm gula halus 1 biji kuning telur 175gm tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung Sedikit pes pandan
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega kuning telur dan gula halus sekadar bercampur rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, adun rata dengan senduk kayu hingga sebati dan boleh dibentuk dohnya.
Cara membentukan corak dam: bahagikan adunan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan pes pandan warna hijau.
4. Canai kedua-dua bahagian doh, kemudian potong memanjang. Susun doh secara berselang seli putih dan hijau.
5. Setiap selang lapisan disapu dengan putih telur supaya lapisan melekat.
6. Bungkus adunan yang telah dibentuk dengan plasik wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
7. Keluarkan dan potong nipis adunan dengan ketebalan 1cm lebih kurang.
8. Setelah siap susun dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan mentega.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
Dua kuih pencuci mulut ini memang sedap dimakan bersama dengan air kopi atau teh. Rasa lemak manis dan kenyal memang enak dikunyah sebagai pencuci mulut.
Jika getas rasa manis dari disira gula, kuih abuk-abuk pula dari gula merah pula. Jom cuba buat sendiri memang puas hati lah kan.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1cawan air | atau secukupnya
1sudu teh garam
Bahan sira gula :
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat, nanti susah nak bentuk).
Uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Panaskan minyak masak dan gorengkan kuih getas.
Dalam bekas/kuali yang lain, masakkan pula air dan gula hingga berbuih..
Biarkan betul-betul pekat (apabila sudah berbuih) baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi, tutup api, kacau dan golekkan dalam gula tadi hingga kering. Biar gula melekat pada kuih.
Saiz hidangan : 20- 25 keping , saiz nuget
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lemak manis dan lembut serta kenyal teksurnya
INFO CHEF:Apabila campuran air dan gula sudah berbuih, itu tandanya ia sudah pekat dan boleh dimasukkan kuih getas di dalamnya. Jangan lupa tutup api dan biarkan gula menyalut kuih dengan rata.
KUIH ABUK -ABUK
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...