Kengsomantara sajian Thailand yang memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Biasanya Kengsom dimasak menggunakan ikan siakap namun resipi perkongsian saudari Siti Fahana Rosdi ini sedikit berbeza dimana ia menggunakan ikan talapia. Menurut beliau resipi ini adaah dari sepupu beliau yang tinggal di Thailand. Wow…Boleh cuba ni. Pasti enak!
RESIPI KENGSOM IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia Hirisan nanas Kangkung secukupnya Daun kesum secukupnya Sedikit air Garam, gula dan bahan perasa secukupnya Jus limau nipis secukupnya
BAHAN KISAR: 1 biji bawang holland – beli online disini 1-2 batang serai 6-7 biji cili burung / cili padi 1 potong nanas 4-5 ulas bawang putih – beli online disini 1 inci halia 1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini Air asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ikan dan potong ikut saiz bersesuaian.
2. Satukan bahan-bahan kisar. Kisar hingga halus. Nanas dikisar bersama bahan lain bertujuan untuk memekatkan kuah.
Ads
3. Ambil periuk bersesuaian. Tuang bahan kisar dan masukkan sedikit air. Masak sampai kuah mendidih. 4. Bila kuah telah mendidih, masukkan ikan dan perasakan denga garam, gula, serbuk perasa dan juga jus limau nipis dengan secukupnya.
5. Bila ikan hampir masak, masukkan kangkong, hirisan nanas dan daun kesum. Biarkan sekejap dan tutup api.
Lauk ayam yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Warna warni pada cupcakes steamed Thai ini bukan hanya nampak menarik malah rasanya buat anda tak henti makan. Boleh dipelbagaikan warna ikut citarasa. Tepung naik sendiri boleh dicampurkan dengan tepung gandum jika mahu. Penutup kukusan tak payah dibalut seperti yang kita sering buat pun tidak mengapa, ia tidak akan menjejaskan rupa cupcake ini.
CUPCAKES STEAMED THAI BAHAN-BAHAN: 4 cawan tepung naik sendiri – diayak-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu teh baking powder – diayak 2 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 405 ml susu segar 2 sudu besar ovalette-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan gula kastor 2 biji telur 8 sudu besar air sejuk
CARA MEMASAK:
1) Satukan ovalette, gula kastor, telur, esen vanila dan air sejuk ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang dan bertukar warna putih. (10 minit)
2) Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. Kaup balik dengan spatula / senduk kayu hingga rata.
3) Rehatkan adunan selama 30 minit. 4) Selepas 30 minit, kacaukan adunan sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, warnakan ia dengan warna pilihan. 6) Panaskan kukusan. 7) Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit menggunakan api yang besar. Siap untuk dihidang.
Gabungan pelbagai sayuran dan ikan masin menghasilkan hidangan ringkas dan penuh nutrisi. Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang enak.
TAUGEH IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge
1 keping tauhu ] dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucai ] dipotong 3cm
2 ulas bawang putih ] dihiris
2 ulas bawang merah ] dihiris
1 biji cili merah ] dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 10 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rangup dan berkhasiat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Tumis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!