Ads

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Empat dekad mencipta sejarah, meraikan kejayaan dan mengangkat martabat wanita Malaysia. Sempena ulang tahun ke-40, jenama gaya hidup wanita berprestij, NONA, melakar satu lagi detik bermakna menerusi penganjuran NONA Gala Awards 2026 yang berlangsung penuh gemilang di Taming Sari Grand Ballroom, Royale Chulan Kuala Lumpur, pada 18 November 2026.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Bertemakan Glam Ruby Jubilee, malam anugerah eksklusif ini menjadi kemuncak sambutan Jubli Delima NONA, sekali gus meraikan perjalanan luar biasa jenama yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita Malaysia sejak tahun 1986.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Lebih daripada sekadar acara glamor, NONA Gala Awards 2026 menjadi platform penghargaan kepada tokoh berpengaruh, peneraju industri dan individu inspirasi yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang masing-masing.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, yang bersama-sama meraikan pencapaian wanita Malaysia dalam kepimpinan, keusahawanan serta pembangunan masyarakat.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Dibawakan secara eksklusif oleh NONA bersama seeNI dengan sokongan SFJ selaku penaja utama, acara ini mencerminkan penghargaan terhadap keberanian, ketabahan dan semangat individu yang terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu.

Empat Dekad Mengangkat Kisah Kejayaan Wanita

Sejak penerbitan pertamanya pada tahun 1986, NONA telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam landskap kehidupan wanita Malaysia.

Daripada generasi perintis yang membuka jalan dalam dunia perniagaan dan kepimpinan, sehinggalah kemunculan tokoh masa kini yang berani mencabar kebiasaan, setiap perjalanan mempunyai kisah perjuangan tersendiri.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Sepanjang empat dekad, NONA bukan sahaja mengetengahkan kejayaan wanita, malah menjadi wadah yang mendokumentasikan pengorbanan, cabaran dan semangat mereka dalam mencapai impian.

Legasi inilah yang terus dipertahankan sehingga NONA berkembang daripada sebuah majalah kepada jenama media yang merangkumi platform digital, kandungan video dan media sosial.

Ads

NONA Gala Awards 2026: Tiara Jacquelina Antara Ikon Terima Pengiktirafan

Antara detik paling dinantikan pada malam berprestij ini ialah pengiktirafan kepada individu yang telah mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Puan Sri Tiara Jacquelina menerima NONA Icon of the Arts Award sebagai penghargaan terhadap pencapaiannya dalam dunia seni.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon InspirasiNONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Turut menerima pengiktirafan ialah Dr Fauziah Mohd Hasan menerusi NONA Superwoman Award, manakala Sarjan Mejar Emma Firyana Saroji diraikan dengan NONA Sports Icon Award.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Pengiktirafan yang merangkumi bidang kepimpinan, keusahawanan, seni, fesyen, sukan dan kemasyarakatan ini bukan sekadar meraikan kejayaan individu.

Sebaliknya, ia turut menghargai usaha mereka membuka peluang, mencipta perubahan dan menjadi contoh kepada masyarakat, khususnya generasi muda yang sedang membina masa depan.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon InspirasiNONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Dua Anugerah Baharu Sempena Jubli Delima

Menjadikan sambutan ulang tahun ke-40 lebih istimewa, NONA turut memperkenalkan dua pengiktirafan baharu, iaitu NONA Rising 40 Under 40 dan NONA People’s Choice Icons of the Year.

Ads

NONA Rising 40 Under 40 memberi penghormatan kepada generasi peneraju muda yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing.

Sementara itu, NONA People’s Choice Icons of the Year meraikan figura inspirasi yang mendapat pengiktirafan melalui pilihan masyarakat.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon InspirasiNONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Pengenalan kedua-dua kategori ini membuktikan komitmen NONA untuk terus menghargai tokoh berpengalaman, di samping membuka ruang kepada bakat baharu yang berpotensi mencorakkan masa depan negara.

Setiap Kejayaan Ada Kisah Yang Wajar Dikongsi

Ketua Pegawai Eksekutif seeNI, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyifatkan sambutan empat dekad NONA sebagai pencapaian yang membawa makna besar kepada jenama tersebut.

Menurut beliau, NONA bukan sahaja menjadi saksi perubahan dunia wanita, malah memainkan peranan penting dalam meraikan kepimpinan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon InspirasiNONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi Seiring pendekatan manfaat-led content yang diterapkan oleh seeNI, setiap kisah yang diketengahkan perlu mempunyai nilai dan memberikan manfaat kepada khalayak.

Menerusi NONA Gala Awards 2026, kisah ketabahan, pengorbanan dan keberanian di sebalik kejayaan para penerima anugerah diangkat sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat.

Ads

Pendekatan ini memperlihatkan bagaimana sebuah jenama media mampu memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menyampaikan maklumat, sebaliknya turut menyebarkan nilai positif yang mendorong perubahan.NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Anda mungkin berminat dengan

NONA Gala Awards 2026: Inspirasi Tidak Pernah Terhenti

Malam kemuncak NONA Gala Awards 2026 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube dan Facebook rasmi NONA serta Mingguan Wanita, membolehkan penonton di seluruh negara menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Sambutan Jubli Delima ini juga menjadi penghargaan kepada seluruh warga editorial, pengkarya, rakan industri, pengiklan dan pembaca setia yang telah menyokong perjalanan NONA selama 40 tahun.

NONA Gala Awards 2026 Raikan 40 Tahun Legasi & Ikon Inspirasi

Daripada helaian majalah kepada dunia digital, NONA terus berkembang mengikut perubahan zaman tanpa meninggalkan nilai asalnya.

Empat dekad bukanlah noktah kepada perjalanan ini, sebaliknya menjadi permulaan kepada lebih banyak kisah kejayaan yang bakal diraikan.

Dengan legasi yang kukuh dan aspirasi yang terus berkembang, NONA kekal sebagai platform yang mengangkat kecemerlangan, meraikan inspirasi serta menghubungkan generasi hari ini dengan peneraju masa hadapan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Scoopable Cookies Yang Mudah, Gooey & Memang Menggoda!

Kek Span Pandan Paling Gebu & Sedap. Rahsia Mudah Confirm Jadi!

Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

YouTube video player
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Istimewa Lembut, Sedap & Mudah Dibuat

Puding karamel tanpa telur yang lembut, wangi dan sedap. Resipi mudah menggunakan agar-agar, susu dan tepung kastard. Sesuai untuk pencuci mulut.