Sempena bulan yang mulia Ini, walaupun tiada bufet Ramadan diadakan namun Hotel Maya menawarkan menu tradisional untuk pelanggan yang ingin merindui masakan sebegini
Chef Hasbullah bersama teamnya bersedia menyediakan menu tradisi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Menu ini bakal mengubat kerinduan anda buat keluarga yang jauh terutama di kala perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan masyarakat pulang ke kampung.
Chef Hasbullah juga terkenal dengan kepakarannya memasak hidangan Melayu seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan sebagainya.
Ads
Pelanggan boleh memilih seleksi set makanan lengkap dengan buah kurma. Jika tidak mahu menu set, boleh juga memilih menu ala carte dengan pilihan makanan tempatan. barat, serta Jepun. Antara Chef signature menu ia ialah Salmon Teriyaki dan Cantonese ‘mi Ying Yong’ .
Bagi yang mementingkan diet dan kesihatan usah risau. Ada seleksi salad, makanan bebas gula dan vegan. Tidak lengkap makan tanpa pemanis mulut. Boleh nikmati waffle homemade, Chinese pancake with lotus paste atau pun Bubur Pulut Hitam. Begitu juga boleh pilih hidangan minuman yang disukai.
Ads
Menu Buka Puasa ini sedia untuk penghantaran bermula 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu ala carte dari 5 Mei hingga seterusnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Pelanggan boleh nikmati 10%store cash back untuk tempahan makanan di masa akan datang. Tertakluk hanya item makanan yang ditempah dari Hotel Maya KL.
Penghantaran percuma hanya untuk mereka yang berbelanja RM60 sekitar radius perjalanan 5km dan RM80 sekitar radius perjalanan 10km. Harga ini tidak termasuk prevailing tax.
Ads
Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah membuat tempahan dan menikmatinya bersama keluarga.
Menjelang hari merdeka, banyak mengimbau kita akan nostalgia lampau. Terutamanya lauk pauk zaman nenek moyang kita dulu.Hari ni kita berkongsi resipi orang lama dari azianhasan. Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap. Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka. Daun kadok ini bila dimasak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja. Boleh juga masaknya menggunakan air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
Otak-Otak Ikan Daun Kadok Bahan-bahannya: 300g isi ikan (dikisar) 1 biji kuning telur 1 sudu besar tepung 4 keping daun pisang 10 keping daun kadok 10 toothpick
Bahan Sos 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar santan pekat 1/2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh serbuk kari ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh garam 1 sudu besar jus limau 1 batang serai (dihiris halus) 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuat: 1.Campurkan ikan bersama telur, tepung jagung dan bahan sos. Gaul rata. 2.Letakkan campuran ke atas daun kadok dan daun pisang dibawahnya. 3.Balut dengan kemas dan sematkan ‘toothpick’ dan susun di atas pengukus. 4.Kukus selama 15-20 minit.
Kredit: azianhasan
Gulai ikan tenggiri adalah salah satu gulai yang paling disukai. Rasanya sedap dan sangat best kalau dimakan dengan nasi panas. Pedas-pedas lemak rasanya. Cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Makcik Ratu ni. Merah menyala warna gulai tenggiri ni.
GULAI IKAN TENGGIRI
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN HIRIS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS
Daun kari
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar cili kering (kisar jadikan pes)
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
BAHAN LAIN
Sedikit air asam jawa
1/2 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
Bendi
6 keping ikan tenggiri
Tomato
Cili hijau
Terung bulat
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN HIRIS.
2. Masukkan daun kari biar garing tapi tidak hangit. Selapas itu masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
3. Kemudian masukkan BAHAN KISAR. Masak sampai wangi dan air sedikit menyusut.
4. Masukkan cili kering kisar. Masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
5. Masukkan serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
6. Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok. Lebih lama ditumis, lebih elok karinya. Gunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
7. Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
8. Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
9. Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
10. Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
11. Perasakan garam.
12. Masuk bendi dan ikan. Biarkan ikan masak.
13. Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Majalah masakan Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali yang pastinya menyajikan pelbagai resipi menarik kepada penonton. Berbeza dengan program masakan Rasa: Instafamous, kali ini Aunty Aini akan memasak serta berkongsi dapur bersama selebriti dan instafamous terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam dikalangan peminat di Instagramnya.
Norzaini Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Aini; tentunya sudah ramai yang mengenali wanita hebat ini. Kehebatannya dalam bidang masakan pastinya bukan biasa-biasa. Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yap adalah antara chef-chef tersohor yang pernah berkunjung ke restoran miliknya; Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam program mereka, Aunty Aini begitu bersahaja memasak sambal berkongsi pelbagai petua memasak masakan Melayu. Malah dia langsung tidak ‘canggung’ berkongsi dapur dengan chef-chef hebat yang punya program memasak sendiri yang sememangnya popular serata dunia.
Manakala, Adam yang merupakan finalis rancangan realiti masakan, kini mempunyai 361,000 pengikut di laman Instagramnya, yang dipenuhi dengan gastronomi menyelerakan sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu. Siapa sangka Adam yang pada mulanya tidak pandai memasak sebelum ini, menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Menurut jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun ini, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK. Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.
Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan bermula 29 Oktober 2018, setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Disini kami kongsikan resipi-resipi yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam dalam episod pertama program masakan Rasa: Ketuhar Kuali..Selamat mencuba!
1. JEJARI AYAM BERSAMA SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam
¾ cawan tepung sebaguna
¼ cawan tepung jagung
2 sudu besar pes cili thai
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 ½ sudu besar cuka
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar chillie flakes
3 helai daun limau purut (diracik)
Sagatan limau
1 ½ sudu besar jus limau
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Potong ayam secara memanjang dan letakkan didalam satu bekas.
Pukul telur, masukkan kedalam ayam.
Gaul bersama tepung jagung dan garam.
Rehatkan ayam untuk memerap.
Campur bersama pes cili Thai, sos tiram, gula, bawang putih, chilli flakes, cuka dan sos ikan. Gaul bersama kesemua bahan.
Tuang sos kedalam kuali leper, masak sehingga sos mendidih, tutup api dan taburkan daun limau purut. Sejukkan sos.
Dalam mangkuk kering, campurkan tepung jagung dan tepung serbaguna dan gaul.
Salut jejari ayam bersama tepung.
Goreng ayam satu per satu dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.
Masukkan ayam kedalam bekas, dan tuang sos yang telah disejukkan.
Siap untuk dihidang.
2. MAC & CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 buku keju cheddar
1 buku keju mozzarella
3 biji bawang besar
3-5 ulas bawang putih
2 kotak besar susu segar
Serbuk lada hitam
Garam
Daun bawang
Daun parsley
1 sudu tepung gandum
½ sudu kecil serbuk buah pala
1 ½ buku mentega
Minyak zaitun
Pasta makaroni
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun bersama mentega.
Masukkan tepung gandum dan cairkan.
Tumis bawang besar, kemudian bawang putih sehingga wangi.
Tuangkan susu kedalam bahan tumisan.
Apabila mendidih, masukkan serbuk lada hitam, garam dan juga serbuk buah pala.
Curahkan pasta yang telah siap direbus selama 8 minit terlebih dahulu bersama sedikit garam.
Masukkan keju cheddar dan keju mozzarella.
Lapiskan pasta yang telah dimasak bersama keju secara bergilir dalam tray pembakar.
Taburkan sedikit daun bawang dan parsley dan keju dipermukaan atas macaroni.
Bakar selama 25 minit pada suhu 200-250’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Siap untuk dihidang.
3. SANDWICH TAT TELUR
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega masin
350ml susu krimer sejat
3 biji telur
3 biji kuning telur
75gm gula pasir
2 sudu besar esen vanila
CARA MEMASAK:
Buang kulit pada roti.
Gelek roti dengan menggunakan penggelek.
Tekap roti yang telah digelek dengan pemotong acuan bulat.
Sapu mentega pada kedua-dua belah roti.
Masukkan kulit pastry kedalam acuan muffin.
Dalam satu periuk, panaskan susu krimer sejat.
Pukul 3 biji kuning telur dan 3 biji telur bersama esen vanila dalam satu bekas.
Masukkan sedikit demi sedikit susu suam kedalam acuan telur sambil kacau.
Tapiskan bancuhan.
Cucuk kulit pastry untuk memberi ruang udara, dan tuangkan bancuhan keatas kulit pastry sebanyak 85% penuh.
Bakar selama 45 minit pada suhu 160’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Sejukkan sandwich tat telur, tabur gula pasir diatas tat, dan bakar dengan menggunakan torch.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...