Karipap pusing mempunyai kulit yang bentuknya berpusar. Teksturnya juga rapuh dan jadikan cita rasanya lebih mewah. Pun begitu, cara membuatnya berbeza dengan kulit karipap biasa.

Apa kata kita cuba buat kulit karipap pusing pula? Mesti seronok dan memberikan kelainan dalam pembikinan karipap kita.

RASA berikan resipinya yang gerenti jadi.

KULIT KARIPAP PUSING

Ini Cara Buat Kulit Karipap Pusing Gerenti Jadi

IKLAN

BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya

CARA MEMBUAT DOH A
1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.
2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.
4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.

IKLAN

BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin

IKLAN

CARA MEMBUAT DOH B
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.
3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.

CARA MENYATUKAN
1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.
2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.
3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.
4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.

Ini Cara Buat Kulit Karipap Pusing Gerenti Jadi
Kulit akan jadi bentuk berpusar seperti ini.
Ini Cara Buat Kulit Karipap Pusing Gerenti Jadi
Sedap nampaknya.

Sumber: Hidayati Hana
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI