Buah-buahan sangat enak dan berkhasiat namun jangka hayatnya tidak panjang dan tidak mampu kekal segar dalam jangka masa yang lama. Buah seperti Blueberi atau Beri Biru adalah salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai dek kerana khasiatnya yang tinggi serta rasa yang enak.
Namun buah kecil ini ada musimnya dan tidak selalu ada. Maklumlah ia diimport dari luar negara.
Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negra ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.
Tidak perlu menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council Malaysia menerusi kempen #GrabABoostofBlue akan sentiasa memastikan rakyat Malaysia boleh menikmati buah ini dengan mudah sepanjang tahun.
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen), kering dan serbuk, buah Beri Biru ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan kegemaran anda.
Ads
Sebagai contoh, Beri Biru sejuk beku boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau minuman sihat yang enak. Beri Biru kering pula boleh dijadikan sebagai snek sihat ketika menonton tv atau dinikmati bersama bijirin sarapan. Malah serbuk Beri Biru juga sesuai ditambah dalam minuman, topping kek dan bermacam-macam lagi. Terpulang pada kreativiti anda!
Buah kecil ini kaya dengan antioksidan, vitamin C dan A yang membantu badan supaya lebih sihat dan terhindar dari radikal bebas yang merosakkan sel serta tisu badan. Malah ia juga dikatakan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menghindarkan penyakit, baik untuk mata dan bermacam-macam lagi.
Bagusnya buah Beri Biru ni! Jadi nikmatilah kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam buah ini setiap masa tanpa perlu risau lagi. Dapatkannya di pasaraya besar berdekatan anda dan mulakan hari anda dengan lebih sihat dan ceria.
Dunia penghantaran gas memasak kini melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran awal aplikasi Gasbee, sebuah platform pintar yang menjanjikan pengalaman tempahan gas yang lebih mudah, selamat dan efisien.
Majlis pra-pelancaran yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu jemputan dan rakan industri. Acara ini disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Shamsul Bahri Bin Yang Amat Mulia Tengku Azman Alhaj, Yang Dipertua PERDASAMA Negeri Selangor, bersama Mohd Apandi Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Seven Circles Venture (M) Sdn. Bhd.
Apa yang menjadikan pelancaran Gasbee menarik ialah pendekatannya yang berorientasikan komuniti dan digitalisasi industri gas memasak tempatan. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menempah gas memasak terus dari pengedar berhampiran tanpa perlu risau soal keselamatan atau lambat dihantar.
Antara momen menarik sepanjang majlis ialah pelancaran motosikal elektrik kuning prototaip Gasbee, model Solo 2 keluaran Blueshark Malaysia, simbolik kepada komitmen Gasbee terhadap penghantaran mesra alam.
Sebagai tanda penghargaan kepada pengedar dan peniaga gas berdaftar, Gasbee turut mengumumkan pemberian telefon pintar dan kad SIM CelcomDigi percuma, bagi memudahkan mereka mengakses sistem penghantaran dalam talian. Langkah ini turut memperkukuh jaringan komunikasi antara pelanggan, pengedar dan syarikat gas.
Majlis turut diserikan dengan ucapan dan perkongsian daripada rakan strategik seperti Blueshark, Chip In, Silkintra Group dan Synchronetwork Sdn. Bhd., disusuli tayangan montaj digital yang menerangkan fungsi serta kelebihan aplikasi ini terhadap pengguna domestik.
Menurut Mohd Apandi Abdullah, Gasbee bukan sekadar aplikasi penghantaran gas, tetapi satu ekosistem digital lengkap yang menyatukan pelanggan, pengedar dan syarikat gas dalam satu platform yang selamat, telus dan mudah digunakan.
“Kami mahu membawa pengalaman baharu yang bukan saja memudahkan pengguna, tapi turut menyokong gaya hidup moden yang lebih lestari,” jelasnya.
Aplikasi Gasbee kini boleh dimuat turun di Google Play Store, dan bakal hadir ke Apple App Store tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari www.gasbee.com.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suatu ketika, ajinomoto menjadi sesuatu yang tabu dalam masyarakat Melayu. Kalau setiap hari guna dalam masakan boleh buat sakit kepala, rambut gugur dan macam-macam lagi. Siapa suka jadi botak ya tak? Sudahnya perencah ‘ajaib’ menyedap makanan ni, terus terpinggir.
Berpeluang mengikuti Exploring The Wonders Of Umami, Media Gathering 2017 di Ajinomoto Sdn Bhd, di Jalan Kucai Lama, Kuala Lumpur memberikan satu pengalaman baru yang selama ini tabu di fikiran. Selama ini yang saya faham tentang produk ini adalah sebagai penyedap makanan itu sahaja, selebihnya tidak pernah saya peduli atau ambil kisah.
Dari zaman mula kenal dapur, kemudian boleh masak dan sehingga usia sekarang serbuk putih halus ini memang ada dalam dapur. Dari rumah mak di kampung sampai di rumah sendiri sekarang, bahan ini tetap menjadi pelengkap rasa dalam masakan. Tetapi sebagai seorang yang suka memasak, keutamaan saya dalam makanan adalah cukup rasa asam, garam, manis dan pedas dalam masakan sudah cukup. Secubit serbuk perasa hanya sebagai tambahan pelengkap rasa.
Kalau tak percaya, cuba dua resipi sup yang ditambah dengan bahan perasa ini, rasa daging dan ayamnya lebih terasa, sedap hingga menghirup kuahnya.
SUP DAGING MAMAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK:
SUP AYAM THAILAND
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Begitu juga kalau anda menggoreng sayur, selain menggunakan api yang besar, sayur yang segar dan menumis tidak terlalu layu, penambah rasa adalah rahsia memberikan rasa sayur lebih sedap. Tak percaya cuba resipi sayur ini.
LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG –
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Masakan Tak Lengkap Tanpa Serbuk Perasa Ini
Sebab itulah, apa pun mitos dan segala momokan tentang, serbuk perasa ini yang dikaitkan dengan kesihatan seperti menyebabkan migrin, keguguran rambut, mudah dahaga terkesan juga di hati tetapi sudahnya saya seakan tutup sebelah mata kerana tanpanya tidak lengkap rasa makanan yang dihidangkan. Lalu terdetik di hati, sekadar secubit apa salahnya, jadinya serbuk putih ini terus setia menjadi pelengkap masakan saya. Ia juga masih dalam senarai barang keperluan dapur saya setiap bulan. Namun sedikit berhati-hati-hati dek pengaruh cerita-cerita tentang MSG yang tular.
Selepas melawat Infoseum, mendengar pencerahan tentang produk, ceramah pemakanan sihat serta melihat demo masakan yang semuanya ada berkaitan dengan Perencah Umami . Barulah saya faham apa itu Umami. Rupanya sejarah Umami bermula apabila seorang ahli sains Jepun Profesor Kikunae Ikeda yang mengenalpasti glutamat sebagai punca rasa enak kaldu (broth) yang dihasilkan dari rumpai laut pada tahun 1908. Rasa enak inilah yang dinamakan sebagai Umami. Seterusnya, Profesor Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa atau dikenali sebagai Monosodium Glumat (MSG).
Umami Rasa Asas Kelima
Secara sainstifiknya rasa Umami dikenali sebagai rasa asas kelima selain rasa, masin, manis, masam dan pahit. Rasa ini terhasil dari makanan yang kaya dengan glutamat yang merujuk kepada ‘Rasa Macam Daging’ dalam bahasa Malaysia, ‘Xian Wei’ dalam bahasa Cina, ‘Savoury’ dalam bahasa Inggeris.
Penemuan terbaru mendapati, reseptor-reseptor Umami bukan sahaja terdapat pada lidah tetapi juga perut, ia berupaya mengenal pasti makanan mengandungi Umami, seterusnya menggalakkan penghadaman makanan berprotein. Bermakna makanan berasa Umami bukan saja menyelerakan bahkan membaiki penghadaman makanan berprotein dan meningkatkan pengambilan nutrien demi kehidupan sihat.
Agak mengejutkan juga apabila diberitahu tambahan sedikit MSG membantu mengurangkan pengambilan garam dalam masakan kerana kandungan sodium dalam satu sudu teh MSG tiga kali ganda lebih rendah berbanding satu sudu makan garam.
Lalu terjawab, persoalan kenapa saya dan rakan-rakan lain diminta untuk merasa dua jenis sup ayam ( Sup A dan Sup B) yang disediakan sebaik tiba di D’Umami Station. Bila ditanya mana pilihan kami, kesemuanya menjawab B. Rupanya Sup A diletakkan hanya 7.3gram garam dan Sup B diletakkan campuran 3.5gram MSG dan 4gram garam. Jelasnya sedikit penambah rasa MSG ia bukan hanya menyedapkan makan tetapi juga membantu mengurangkan pengambilan garam dalam masakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau sebut pasal bahagian lembu yang biasa dimakan, mesti ramai terus terfikir daging, tulang, lidah, perut atau hati. Tetapi sebenarnya ada satu bahagian yang agak jarang orang bercakap tentangnya iaitu mata lembu.
Mungkin ada yang terus rasa geli bila dengar, tetapi hakikatnya mata lembu memang boleh dimakan dan sudah lama dijadikan makanan dalam beberapa budaya di dunia.
Di Malaysia, ia bukanlah bahan yang popular seperti organ lain. Namun ketika musim korban atau di sesetengah tempat, masih ada yang memilih untuk mencuba kerana tidak mahu membazir dan ingin menggunakan hampir keseluruhan bahagian lembu.
Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa mata lembu telah lama digunakan dalam masakan tradisional di beberapa negara. Walaupun kedengaran pelik bagi sesetengah orang, ia bukan sesuatu yang asing dalam dunia makanan eksotik.
Walaupun kedengaran pelik bagi sesetengah orang, mata lembu sebenarnya dianggap makanan biasa di beberapa negara.
Di Mexico contohnya, mata lembu kadang-kadang dimasukkan ke dalam sup tradisional dan taco. Di beberapa negara Asia pula, ia dimasak dalam stew atau sup yang direbus lama sehingga teksturnya menjadi lembut.
Konsep menggunakan semua bahagian haiwan ini sebenarnya sudah lama diamalkan dalam banyak budaya. Sama seperti orang makan paru, limpa atau perut, mata lembu juga termasuk dalam kategori organ dalaman yang boleh dimakan.
Bagi mereka yang biasa menikmatinya, bahagian ini dikatakan mempunyai tekstur yang unik dan sedap apabila dimasak dengan betul.
Ini antara soalan yang paling ramai tertanya-tanya apabila mendengar tentang mata lembu.
Sebenarnya rasa mata lembu tidaklah terlalu kuat seperti hati atau limpa. Rasanya agak lembut dan lebih bergantung kepada kuah atau rempah yang digunakan ketika memasak.
Namun apa yang paling menonjol ialah teksturnya.
Bahagian luar mata akan menjadi lembut dan sedikit kenyal selepas dimasak lama. Ada yang mengatakan teksturnya hampir seperti telur separuh masak, tendon lembut atau gelatin.
Di bahagian tertentu pula terdapat tekstur yang lebih lembut dan berlemak kerana kandungan kolagen semula jadi.
Sebab itu ada orang suka, tetapi ada juga yang tidak boleh makan kerana faktor tekstur.
Mata lembu biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Ia perlu dibersihkan dengan betul dan dimasak lama supaya tidak hanyir serta lebih lembut.
Antara cara yang biasa digunakan ialah:
Kebanyakan orang akan memasaknya dalam tempoh yang lama supaya tisu pada mata menjadi lebih lembut dan mudah dimakan.
Sebelum dimasak pula, mata lembu perlu dicuci bersih untuk membuang sisa darah dan bahagian tertentu yang tidak sesuai dimakan.
Ada juga yang memilih untuk merebusnya bersama halia, bawang putih dan rempah bagi mengurangkan bau hanyir. Teknik memasak perlahan biasanya membantu menjadikan tekstur lebih lembut dan mudah dimakan.
Seperti organ lain, mata lembu juga mengandungi protein dan kolagen.
Kolagen inilah yang membuatkan teksturnya menjadi lembut dan sedikit gelatin apabila dimasak lama.
Selain itu, ia juga mengandungi beberapa nutrien semula jadi yang terdapat pada tisu haiwan. Namun kandungan nutrisi sebenar boleh berbeza bergantung kepada cara penyediaan dan masakan.
Namun begitu, sama seperti organ dalaman lain, ia juga mengandungi kolesterol yang agak tinggi. Jadi, walaupun boleh dimakan, pengambilannya perlulah secara sederhana.
Bukan makan hari-hari, tetapi lebih kepada makanan yang dicuba sekali-sekala.
Faktor utama sudah tentu kerana rupa dan rasa geli.
Bentuk mata yang masih jelas membuatkan ramai rasa kurang selesa untuk makan walaupun selepas dimasak.
Selain itu, budaya pemakanan di Malaysia juga tidak begitu biasa menggunakan bahagian ini dalam masakan harian. Sebab itu ramai tidak pernah melihat atau mencubanya sendiri.
Tetapi bagi penggemar makanan eksotik, mata lembu dianggap sesuatu yang unik dan menarik untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali.
Ada juga yang melihatnya sebagai pengalaman baru dalam dunia makanan tradisional dan eksotik. Walaupun tidak semua orang sanggup mencuba, ia tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Kesimpulannya, mata lembu memang boleh dimakan dan sudah lama dijadikan makanan di beberapa negara.
Rasanya tidaklah terlalu pelik, cuma teksturnya agak berbeza daripada daging biasa. Kalau dimasak dengan betul, ia boleh menjadi lembut dan sedap dimakan bersama sup atau kuah berempah.
Apa pun, jika ingin mencuba, pastikan ia dibersihkan dengan sempurna dan dimasak sepenuhnya untuk memastikan ia selamat dimakan.
Kadang-kadang makanan yang nampak pelik sebenarnya mempunyai peminat tersendiri. Cuma kita sahaja yang belum biasa melihatnya.
Nippon Sushi berkembang daripada sebuah idea berani kepada rangkaian hampir 40 cawangan. Ketahui kisah inspirasi pengasas Siti Noraini Nuawi membina jenama F&B tempatan yang berjaya.