Jom Buat Kerabu Kaki Ayam, Sedap Diratah Begitu Saja

Bagi peminat kaki ayam, hidangan kerabu kaki ayam mungkin sudah tidak asing lagi. Apatah lagi, tekstur kaki ayam yang lembut selepas direbus lama menjadikan kerabu kaki ayam sangat sedap untuk diratah begitu saja.

Sama juga halnya apabila kaki ayam dijadikan sup. Menghirup kuah sup panas-panas di samping mengunyah kaki ayam adalah salah satu nikmat bagi penggemar kaki ayam.

Jom kita lihat resipi kerabu kaki ayam yang RASA kongsikan kali ini.

IKLAN

KERABU KAKI AYAM

Jom Buat Kerabu Kaki Ayam, Sedap Diratah Begitu Saja

BAHAN-BAHAN

IKLAN

10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula

CARA MEMBUAT
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut. Sejukkan. Apabila telah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Dalam bekas besar, masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang. Campurkan semua bahan hiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Gaul rata.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi.

IKLAN

Tip: Kaki ayam boleh diganti dengan udang, sotong, perut, ayam atau daging.
Selamat mencuba!

Sumber: https://www.instagram.com/p/Bn8EJzKnnHH/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Mesti Baca!