Bila dihidang nasi lemak untuk makan malam gerenti ramai yang suka. Kali ini kita buat kelainan dengan membuat nasi lemak asli pandan perkongsian oleh Aisyah Humaira. Salah satu bahan yang digunakan air daun pandan yang dikisar dan ditapis. Memang sedap bau aroma daun pandan. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga.
Nasi Lemak Asli Pandan
Bahan-bahan:
3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI
2 biji bawang merah dihiris
2 sudu besar minyak kelapa
1 kotak kecil santan SAJI
2 cubit garam
4 keping hirisan halia
15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja
Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.