Suka makan nasi daging tapi tak tahu mana satu resipi yang benar-benar berbaloi untuk dicuba? Anda wajib cuba resipi nasi daging air asam kerisik perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Cara penyediaannya sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera.
Resipi ini juga sudah terbukti menjadi kegemaran ahli keluarga. Anak-anak pun siap ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya bila masakan air tangan sendiri dipuji. Jom cuba resipi lengkap nasi daging air asam kerisik bersama sup tumis darat ini.
Cara Memasak Nasi Daging Air Asam Kerisik Sedap
Bahan-Bahan Nasi Daging
4 cawan beras – basuh bersih
¼ tin susu cair
1-2 kiub pati daging
Air rebusan daging dan daging secukupnya
Sedikit garam
2 sudu makan planta atau marjerin
1 biji bawang merah – hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Daun pandan
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah kari
Sedikit air
Cara Memasak Nasi Daging
Dalam periuk bersesuaian, masukkan planta, bawang merah hiris, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air. Tumis sehingga rempah benar-benar masak.
Apabila rempah sudah pecah minyak dan naik bau harum, masukkan beras yang telah dicuci bersama susu cair, kiub pati daging, garam secukup rasa serta air rebusan daging bersama isi daging sekali. Kacau hingga sebati.
Sukatan air boleh disesuaikan mengikut jenis beras dan sukatan yang biasa digunakan ketika memasak nasi.
Masak nasi sehingga tanak dan sempurna. Nasi daging ini memang sangat sedap dimakan panas-panas bersama air asam kerisik dan sup tumis darat.
Resipi Air Asam Kerisik Pembuka Selera
Bahan-Bahan Air Asam Kerisik
Sedikit belacan
Cili api secukupnya – potong separuh atau tumbuk
Air asam jawa secukupnya
2-3 sudu makan kerisik
1 biji bawang merah – hiris
1 biji tomato – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit serbuk Cukup Rasa
Cara Membuat Air Asam Kerisik
Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan yang diperlukan.
Gaul hingga rata supaya semua bahan sebati dan menghasilkan rasa yang seimbang.
Rasa terlebih dahulu dan tambah mana-mana perasa jika perlu mengikut citarasa sendiri.
Air asam kerisik siap dan sedia dihidang bersama nasi daging.
Cara Masak Sup Tumis Darat
Bahan-Bahan Sup Tumis Darat
Daging secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji bawang merah – hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Daun sup secukupnya
Cara Memasak Sup Tumis Darat
Hiris daging dan masukkan ke dalam periuk bersama air secukupnya serta sedikit garam. Rebus sehingga daging empuk.
Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia serta rempah 4 sekawan sehingga kekuningan dan wangi.
Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi daging yang telah direbus empuk. Kacau rata supaya kuah lebih berperisa.
Taburkan daun sup secukupnya dan rasa kuah. Tambah garam atau perasa jika perlu.
Sup tumis darat siap disediakan dan sangat sesuai dimakan bersama nasi daging air asam kerisik.
Nasi Daging Air Asam Kerisik Memang Padu
Gabungan nasi daging yang beraroma bersama air asam kerisik yang masam pedas memang cukup menyelerakan. Tambah pula dengan sup tumis darat yang ringkas tetapi penuh rasa, memang lengkap satu hidangan.
Ads
Jika anda sedang mencari menu istimewa untuk keluarga atau tetamu, resipi nasi daging air asam kerisik ini memang pilihan terbaik. Bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya juga setanding hidangan di restoran.
Memasak menu-menu ‘rare’ dan dulu-dulu memerlukan ketelitian dari segi bahan dan cara-cara menyediakannya. Kebanyakan resipi ini adalah turun-temurun sejak dahulu lagi. Untuk mendapatkan resipi asli dengan bahan-bahan yang tepat, saya telah menghubungi beberapa orang yang pakar dalam masakan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Menurut kakak ipar Chef Sue yang berasal dari Kedah, generasi lama masih lagi mengekalkan menu masakan tradisonal dalam kehidupan seharian mahupun ketika mengadakan kenduri-kendara.
Gulai batang pisang misalnya, sangat sinonim dengan masyarakat kampung di Kedah. Sering dihidangkan ketika kenduri dan menjadi hidangan yang sangat-sangat dinantikan orang ramai. Biasanya batang pisang yang digunakan ialah dari pokok pisang awak namun pada zaman dahulu, ada juga mereka menggunakan batang pokok pisang hutan. Empulur bahagian dalam batang pokok yang bewarna putih dan lembut itulah yang digunakan dalam membuat gulai ini. Selepas dibersihkan empulur pisang tersebut hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak.
Satu lagi contoh ialah kerabu selom beras goreng. Kaedah pembuatannya lebih kurang sama seperti membuat kerabu lain. Bezanya di sini, masyarakat sebelah utara menambah beras goreng tumbuk ke dalam kerabu tersebut. Beras digoreng/sangai tanpa minyak hingga perang. Kemudian ditumbuk atau kisar halus lalu digaul sekali dengan bahan-bahan lain hingga sebati. Bau harum beras sangai itu sungguh menambahkan selera.
GULAI SEPAT MASIN DAN NANGKA MUDA TUMIS DARAT
Bahan-bahan:
4-5 ekor ikan masin sepat – potong, rendam dan toskan
400ml santan
300gram nangka muda – potong kecil & rebus empuk
2 biji cili hijau – belah dua
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan rempah kari ikan
1 labu bawang besar – kisar halus
4 ulas bawang putih – kisar halus
Minyak dan air secukupnya
Garam dan gula
Bahan-bahan tumis:
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
½ sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak: Reneh & tumis
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Hidangan lengkap ada sayur dan ikan masin
Anggaran kos: RM15 untuk 4 orang makan
Info chef: nangka muda dipotong kecil, bersihkan dan hilangkan getah yang ada. Rebus dulu sehingga empuk lebih kurang setengah jam.
GULAI DAGING BATANG PISANG
Bahan-bahan :
600gram daging lembu – potong kecil
1 mangkuk batang pisang (empulur/bahagian dalam batang pisang) – potong kecil dan rebus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
2 biji tomato – cincang kasar
3 labu bawang besar – mayang halus
10 ulas bawang merah – kisar halus
5 ulas bawang putih – kisar halus
3sm halia – kisar halus
5 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan kerisek
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
Cara memasak:
Waktu memasak :45 minit
Cara memasak: Tumis & reneh
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Batang pisang yang lembut sangat sesuai dimasak dengan daging
Anggaran kos:RM15 untuk 4 org
Info chef: empulur pisang hendaklah dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak.
MASAK TEMPOYAK TAUGEH KASAR
Bahan-bahan:
2-3 cawan air
200gram taugeh kasar – bersihkan
4 ekor ikan selar sederhana besar
4 sudu makan tempoyak
Segenggam daun kesum
1 kuntum bunga kantan – belah dua
1 batang serai – ketuk
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
10 biji cilipadi
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Cara memasak:
Waktu memasak:25 minit
Cara memasak: Rebus
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Taugeh kasar yang jadi ‘star’ selain tempoyak
Anggaran kos:RM10 utk 4 org
Info chef: Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4 sudu makan rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan kerisek
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping/gelugur
1 tangkai daun kari
Garam dan gula perang secukup rasa
Bahan-bahan B (kisar):
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3sm halia
Bahan-bahan C (tumis):
1 labu bawang besar merah – mayang halus
2 ulas bawang putih – mayang halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara memasak:
Waktu memasak: 40-45 minit
Cara memasak: Tumis & reneh
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Rasa manis betik mengkal memberi kelainan dalam masakan
Anggaran kos:RM15 utk 4 org
Info chef: buah betik sangat praktikal sebagai bahan pelembut daging ayam kampung yang liat.
KERABU DAUN SELOM BERAS TUMBUK
Bahan-bahan:
1 mangkuk besar daun selom – hiris halus
1 biji kelapa parut – sangai & tumbuk kasar
½ cawan beras – sangai perang & tumbuk halus
3 biji cili merah
5 bij cilipadi
3 ulas bawang merah – bakar
2 ulas bawang putih – bakar
1 inci belacan – bakar
Perahan limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
Waktu memasak: 15-20 minit
Cara memasak: Mentah & sangai
Jenis masakan: Lauk sampingan
Keistimewaan: Bau wangi beras goreng/sangai memberi kelainan
Anggaran kos:RM8 utk 4 org
Info chef: Beras digoreng/sangai tanpa minyak hingga perang. Kemudian ditumbuk atau kisar halus lalu digaul sekali dengan bahan-bahan lain hingga sebati.
NASI ULAM UTARA
Bahan- bahan A;
4 cawan nasi – sejukkan sedikit dan biar berderai
1 cawan kelapa yang telah disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu makan kerisek
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
2 batang serai muda
1 inci lengkuas muda
1 inci halia
10 biji lada hitam
5 biji cili padi
Seketul kecil ikan kurau/talang masin (yang telah digoreng)
Bahan-bahan C (Ulam):
Daun kaduk
Daun cekur
Pucuk tenggek burung
Daun limau purut
Daun sekentut
Pucuk gajus
Ulam raja
Pegaga
Daun selom
Pucuk mengkudu
Pucuk putat
Pucuk daun kari
Pucuk samak
1 batang bunga kantan
1 biji timun
1 labu bawang besar
Cara memasak:
*Nota; pucuk-pucuk dan ulam-ulaman boleh ditambah lagi dan dipelbagaikan.
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Mentah & tanak
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Hidangan lengkap ada sayur, ikan masin & nasi
Anggaran kos: RM15 untuk 4 orang makan
Info chef: ulam kalau terlalu banyak , jangan letak semuanya. Letak agak-agak je, dikhuatiri jika terlalu banyak nasi akan pahit.
NASI LEMUNI
Bahan-bahan:
3 cawan beras – basuh dan tos
3 cawan santan pekat
1 cawan air segenggam daun lemuni – kisar & tapis airnya
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3sm halia – mayang halus
1 sudu teh garam
½ sudu teh halba
Sehelai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
Waktu memasak: 20-30 minit
Cara memasak: Rebus
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Bau harum dari daun Lemuni dan rasa lemak dari santan.
Anggaran kos: RM8 untuk 4 orang makan
Info chef: Bila masak nasi kacau dengan senduk batang lemuni khasiat dari batang tersebut akan masuk ke dalam nasi.
NASI KACANG DHAL PENANG
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi
3 cawan air
40 gram kacang dhal
1 labu bawang besar – mayang halus
3 ulas bawang putih – kisar
3sm halia – kisar
2-3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan tomato puri
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 helai daun salam kering
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng & daun pudina – untuk hiasan
Bahan-bahan B (tumis):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
Cara memasak:
Masa memasak: 30-40 minit
Cara memasak: tumis & rebus
Jenis masakan: hidangan utama
Keistimewaan: rasa kacang dhal dalam setiap gigitan dan harum bau mentega/minyak sapi
Anggaran kos: RM10 untuk 4 orang makan
Info chef: nasi kacang dhal enak dimakan dengan apa saja terutama sambal tumis
Anda gemar makan bubur? Jom cuba resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake yang sangat sedap perkongsian saudari Shaa Zainol ini.
Kata empunya resipi, ini adalah ‘my healing rice porridge’. Tak perlu cari bubur nasi dari restoran makanan segera popular tu dah. Ada resipi ni, hanya perlu masak sendiri. Cukup mudah.
Bagi anda yang ada anak-anak kecil, bubur ini juga sesuai untuk si manja anda bahkan ia juga ‘ngam’ untuk para vegan. Tiada sebarang haiwan digunakan. Hanya tambah cendawan.
Bagi yang sedang menjaga pemakanan, hidangan ini boleh dijadikan menu diet yang sedap dan sihat. Best kan? Jadi jomlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
1.Basuh beras dan rendam.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air kemudian masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan letakkan atas api.
4.Masak beras hingga masak dan masukkan bahan-bahan yang lain.
5. Gaulkannya hingga semua bahan bercampur rata dan jika terlalu pekat boleh ulang tambah air hingga dapat tekstur yang elok. Tunggu sehingga bubur masak sempurna.
6.Dah siap. Hidangkan bubur dan hiaskan dengan daun sup serta daun bawang.
Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Emini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Kenali jenis daging korban yang paling sesuai untuk sup, rendang, BBQ dan pelbagai masakan Aidiladha supaya hasil masakan lebih sedap, lembut dan padu.