Hari ni kita buat menu simple dan kenyang semangkuk. Nasi air kelate ni makan berkali pun tak pernah puas. Bila semua ramuan diletakkan dalam satu mangkuk, memang sungguh nikmat. Perut pula tengah lapar, boleh menambah berkali dibuatnya. Jomlah masak menu ni untuk makan malam nanti.
Nasi Air Kelate
Bahan-bahan:
Nasi
1 1/2 pot nasi
1inci halia
Sedikit garam
Kuah Sup
1 biji bawang merah *dihiris
2 biji bawang putih *dihiris
Bunga lawang
Ads
Kulit kayu manis
Halia
Akar ketumbar
Isi ayam
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit ajinomoto
Minyak bawang putih
2 biji bawang putih *dicincang
Sedikit minyak
Sambal kicap
Bawang putih
Cili padi
Kicap
Garam
Gula
Cara memasak:
1.Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Kisar beras dan air. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Kemudian tambah halia dan sedikit garam.
Ads
2.Goreng ikan bilis sampai garing. Dah garing toskan. Minyak ikan bilis guna untuk goreng bawang, untuk masak sup.
3.Bahan-bahan untuk masak sup.
4.Masukkan bawang merah,bawang putih,kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing.Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuahh sup nasi air ni.
5.Kemudian masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam.
6.Masukkan akar daun ketumbar.
7.Untuk minyak bawang putih, bawang putih dan minyak, kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus.
Ads
Untuk sambal kicap – goreng bawang putih dan lada dengan minyak sampai layu. Kemudian masukkan dalam blender, tambah kicap, gula, garam.
Bubur Lambuk cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Ia adalah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi pilihan ramai bila tibanya waktu berbuka. Hidangan ini juga menjadi simbol penyatuan masyarakat dimana ia biasanya dimasak di dalam kuantiti yang banyak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia.
Terasa nak masak Bubur Lambuk yang enak untuk keluarga? Resipi Bubur Lambuk Campbell’s ni antara yang terbaik. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas dan cara memasak pun paling mudah. Tak perlu tambahan santan hanya guna Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s je. Rasa sedap pun tetap sama. Jom cuba resipi dibawah ni!
RESIPI BUBUR LAMBUK CAMPBELL’S
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 45 minit
Hidangan: 5 orang
BAHAN A (TUMISAN):
4-5 sudu besar minyak sayuran
½ batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (bombay) – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang halus
2 inci halia – dicincang halus
1 helai daun pandan – potong 1 inci
2 batang serai – diketuk
BAHAN B:
1tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s
2 liter air
1/2 cawan beras – cuci dan tos
100gm daging kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN C (SAMPINGAN):
Lobak masin cincang
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk saiz melebihi 5 liter.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bau harum. Kemudian tuangkan air dan masukkan beras.
Masak sehingga beras kembang menjadi nasi. Setelah beras kembang dan menjadi nasi, pastikan nasi sentiasa dikacau (tip: proses ini bukan sahaja mengelakkan nasi didasar periuk menjadi hangus tetapi ia juga mempercepatkan proses menghancurkan nasi menjadi bubur).
Seterusnya setelah nasi menjadi hancur hampir sepenuhnya, masukkan 1 tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s dan kacau sehingga bubur hampir pekat.
Perasakan bubur dengan garam dan lada sulah.
Hidangkan bubur didalam mangkuk bersama bahan hidangan sampingan.
JOM DAPATKAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA!
Nak rasa macam mana sedap bubur lambuk dimasak dengan Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s ni? Ha…Datanglah beramai-ramai ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega yang bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada 25 Mei 2019 nanti.
Acara yang dijalankan secara bergotong royong ini bakal melibatkan barisan chef, selebriti terkenal, Hero Remaja, Dewi Remaja, organisasi kerajaan, NGO, organisasi swasta, para pelajar IPTA & IPTS, kariah masjid dan juga anggota-anggota badan beruniform.
Sebanyak 5,000 bungkus Bubur Lambuk akan diedarkan kepada orang ramai bermula jam 5.00 petang. Jadi jom bawa keluarga ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega dan nikmati keenakan berbuka puasa beramai-ramai bersama Bubur Lambuk.
Pulut kuning makanan tradisional yang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan untuk majlis-majlis tertentu tetapi jika tekak ingin menikmati tak perlu tunggu samapai ke petang, buat terus ya. Selamat mencuba!
RESIPI PULUT KUNING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
Santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
Daun pandan
Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
Asam keping ( 3 keping )
Garam ( 1 sudu teh )
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut sebanyak 3 kali
Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
Kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
Siap
RAHSIA KAK NORMI: Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan. Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
Cuci beras dan toskan sehingga kering.
Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.