Resipi Char Meehoon @ Bihun Goreng Cina perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah.

Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Tapi bab rasa, memang terbaik. Gred A orang kata.

Ha…Nampak best kan? Tunggu apa lagi. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK BIHUN GORENG CINA @ CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap

BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.

IKLAN

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap

IKLAN

Nampak Hitam Tapi Resipi Bihun Goreng Cina Ni Memang Sedap

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI