Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya. Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Foto : Thinkstock
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Foto : Thinkstock
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Ads
Foto : Thinkstock
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Foto : Thinkstock
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Ads
Foto : Thinkstock
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Foto : flickr /muh jember
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Ads
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu hidangan yang sedap untuk minum petang adalah roti telur sardin. Bahan-bahan nak buat pun tak susah. Roti adalah salah satu jenis makanan yang mengenyangkan. Selalunya di rumah memang ada stok roti untuk dimakan kala lapar. Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bila masuk Bulan Muharram ramai yang akan teringatkan dengan Bubur Asyura. Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Jadi buatlah pilihan bubur negeri mana yang jadi pilihan kamu!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, serta garam. 2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yg kecil. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat. 4. Masukan pisang diakhir sekali 5.Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan. 5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.
CARA MEMASAK: 1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur. 2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. 3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi. 4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan. 5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat. 6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil. 7. Sejukkan dan boleh dihidangkan
CARA MEMASAK: 1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk. 2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam. 3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu. 4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan. 5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer…bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam. 6. Dah siap….kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2….mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.
So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta’ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.
Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.
Ni min nak kongsi dengan korang lauk pauk yang biasa dihidang masa kenduri oleh orang -orang belah Selatan terutamanya dari Melaka, Johor dan Singapura. Sesuai juga dijadikan menu rumah terbuka.
Sukatannya dicadangkan untuk rumah terbuka berskala sederhana. Resipi ni hasil idea tenaga pengajar dan Chef Rahayu Farhana Awang Kechik, Chef Amir Hamzah Omar dan Chef Mohd Nazli Mohd Nawi dari Food Institute of Malaysia (FIM).
1. SAMBAL PENGANTIN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
1. Rebuskan hati, paru, dan daging lembu hingga empuk, sejukkan dan potong kepada saiz kecil. 2. Udang dikopek kulit dan direbus. 3. Tumiskan bawang besar,bawang putih, halia dan serai yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Masukkan cili kering, cili merah, dan udang kering yang dikisar. Teruskan menggoreng hingga cili benar-benar masak 5.Masukkan hati,paru dan daging yang direbus dan dipotong kecil. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan masakan terlalu kering dan garing. 6.Masukkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gula 7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yang telah dipotong.
INFO CHEF : Gula boleh dikurangkan kerana kicap manis sudah memberikan rasa manis. Hati,paru dan daging hendaklah direbus berasingan dan air rebusan daging boleh digunakan untuk menggantikan air.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Singapura Keistimewaan : Rasa yang manis pedas membangkitkan selera sesuai dijadikan makanan istimewa perayaan dan majlis perkahwinan
2. KAMBING KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, tumis empat sekawan dan daun kari hingga naik bau. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan serai yang diketuk, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan rempah kurma, cili kisar, pes tomato masak hingga rempah betul-betul masak dan wangi. 3. Masukkan kambing dan air secukupnya, renehkan hingga daging kambing empuk dan lembut 4 .Setelah daging kambing empuk, masukkan kismis yang telah di kisar dan diikuti dengan santan. Perasakan dengan garam dan gula. 5 .Akhir sekali sebelum tnutup api, masukkan bawang,cili merah,cili hijau, tomato ceri dan daun ketumbar.
INFO CHEF : Rasa kurma ini pedas dan manis dari kismis
Saiz hidangan : 70 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Johor Keistimewaan : Rasa berempah dan manis dari kismis sangat istimewa dan ada kelainan dari kurma biasa.
3. LAKSA KATONG SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah laksa :
Bahan-bahan untuk dihidang bersama:
CARA MEMASAK: 1. Kopek udang dan rebuskan, kulit dan kepala udang juga direbus. 2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan cili kisar, pes tomato dan rempah kari. 3. Terus menumis hingga naik bau. Masukkan juga sedikit air untuk mengelakkan rempah hangit. 4. Masukkan air rebusan udang. 5. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping dan daun limau purut. 6. Sediakan bahan-bahan (dihidang bersama), susun di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Rempah hendaklah di tumis betul-betul masak untuk menambahkan aroma Laksa Katong.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak :1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Makanan sampingan, laksa Singapura Keistimewaan : Rasa lemak dan manis dari udang membuatkan laksa ini sangat menyelerakan
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN;
BAHAN TUMIS:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga garing. 2. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan daging, daun kesom dan daun limau, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. 4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka. Masak hingga pekat dan tutup api.
INFO CHEF: Daging boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti. Tambahkan tomato ceri untuk rasa yang lebih manis
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1 jam, 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rempah ratus dalam hidangan asam pedas daging untuk menampah aroma.
5.DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN;
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging selama 30 minit kemudian dihiris 1.2sm.Tumbuk daging yang telah dihiris menjadi leper kemudian diperap bersama kicap manis dan kicap masin. 2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah perap hingga garing. 3. Keluar sebahagian minyak dan tinggal sedikit untuk menumis bahan tumis dan serai. 4. Tumis hingga harum. 5. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 6. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul rata. 7. Daging dendeng sedia dihidangkan
INFO CHEF: Bahan tumisan perlu ditumis garing bagi menghasilkan rasa dendeng yang terbaik
Saiz hidangan : 60-70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Rebus, goreng,dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rasa pedas manis sangat istimewa dengan daging yang diperap dan di goreng garing menambah rasa pada masakan.
6. KARI AYAM KAPITAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK: 1. Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, kunyit hidup, bawang merah, buah keras dan belacan di dalam pengisar. 2. Kemudian tumis sehingga terbit aromanya yang wangi bersama rempah 4 sekawan. 3. Seterusnya masukkan rempah kari ayam dan tumis hingga terbit minyak. 4. Masukkan daun limau, air dan ayam. Kacau sehingga sebati dan biarkan reneh selama 15 minit. 5. Kemudian, tuangkan jus limau purut, santan dan teruskan mengacau selama seminit. 8. Tunggu sehingga ayam menjadi empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kari sedia untuk dihidang.
INFO CHEF :Selain nasi, kari ayam kapitan juga sesuai dimakan bersama pulut kuning atau roti jala.
Saiz hidangan : 65- 70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Kari ayam berempah yang pekat dan beraroma semerbak
7. SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, diikuti petai. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili ki 4. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga terbit minyak. 5. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan tahi minyak. kemudian perasakan dengan garam dam gula secukup rasa. 6. Tutup api dan ssambal sedia dihidankan
INFO CHEF: Enak, pedas, dan kaya dengan rasa petai.
Saiz hidangan : 45- 50 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sambal, Melaka Keistimewaan : Ikan bilis rangup dan cili kering ditumis sempurna faktor utama sambal sedap
8. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 2. Sejukkan bahan tumis seketika. 3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar. 4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi. 5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 20min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
9. IKAN KERISI SAMBAL HIJAU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan. 2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sedikit air. 3. Setelah pecah minyak, masukkan santan. Kacau dan renehkan hingga santan pekat. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, 5. Akhir sekali tuang ke atas ikan yang telah siap digoreng. 6. Sambal ikan sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Goreng dan tumis Jenis Masakan : Hidangan utama Keistimewaan : Sesuai di makan dengan nasi panas-panas
10. AYAM UNGKEP BERSAMA TEMPE
BAHAN – BAHAN :
INFO CHEF :Jika suka boleh d tambah sedikit lada hitam untuk rasa lebih pedas.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Makanan kebanggaan masyarakat Jawa, tak perlu santan senang dimasak.
TERIMA KASIH : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM), 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor. FB : Food Institute of Malaysia
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerabu Daging Kacang Panjang yang pedas, masam dan lemak santan ini memang membuka selera. Ikuti resipi mudah lengkap dengan bunga kantan dan serai untuk hidangan yang lebih beraroma.