Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING HOMEMADE
BAHAN KULIT MURTABAK:
CARA BUAT DOH: 1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati. 2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker) 4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya. 5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi. 2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK) 1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali. 2. Masak inti dan bentukkan segi empat. 3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
BAHAN JERUK BAWANG BESAR:
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan simpan dalam chiller sebelum dinikmati bersama murtabak.
Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal-kenyal apabila digigit.
Bulan Ramadan nanti, lepas selesai solat tarawih, bolehlah nikmati sagu gula melaka. Sambil berehat bersama keluarga tersayang, kan? Nah, RASA berikan resipinya.
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Sedapnya Spiral Mantao ni. Cantik rupanya. Teksturnya pun gebu sangat sesuai dinikmati bersama keluarga. Makan pagi, minum petang atau makan malam. Semuanya sesuai. Jika nak dijadikan kudapan waktu senggang, memang terbaik. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan yis, gula dan minyak dalam air suam. 2. Bila yis sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung. Uli sampai licin dan adunan tidak melekat di tangan. (empunya resipi buat dua adunan. Satu adunan putih & satu adunan perisa strawberi)
3. Tutup doh dan biar sejam. Bila doh sudah naik dua kali ganda, boleh canai, lapiskan doh pink dan putih kemudian bentukkan spiral macam dalam gambar.
4. Potong doh mengikut saiz yang digemari.
5. Sediakan air kukusan. Kukus dalam 5-8 minit dengan api sederhana. 6. Angkat dan Mantao Spiral sedia untuk dinikmati.
Sosej pecah masa digoreng memang biasa berlaku, tetapi rupanya ada sebab saintifik di sebaliknya. Ketahui punca sebenar dan teknik goreng sosej supaya lebih cantik, juicy dan tak meletup dalam kuali.