1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan mixer lebih kurang 15 minit hingga sebati. 2. Perap adunan semalaman, seeloknya dalam peti sejuk. 3. Sebelum goreng, pastikan adunan berada dalam suhu bilik (tidak sejuk).
*Kena pandai kawal suhu api jika minyak panas, kuih jadi kembung. *Minyak jangan banyak, cukup sekadar kuih semasa digoreng boleh berpusing dalam kuali.
Sedapnya Popia Carbonara perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Menu yang cukup ringkas namun rasanya sangat memikat. Inti yang lemak berkrim, bila dimakan, kena pula dengan rangup kulit popia. Memang enak tak terkata. Layan habis! Anda pun tak sabar nak cuba? Jom kita buat. Mudah je resipinya.
INFO RASA: Bila makan harus jaga-jaga kerana Popia yang baru siap dimasak ini, intinya masih panas dan boleh melecurkan lidah. Sebaiknya biarkan sejuk seketika.
Orang kata, lelaki ni kalau dah masuk dapur, air tangan dia tu jarang tak sedap. Memang sedap dan boleh bertambah-tambah nasi! Padahal menu lauk sama dengan mak-mak kita masak.
Haa, siapa di sini macam ni? Kalau anak-anak pula, silap haribulan lagi suka ayah yang masak daripada mak. Betul tak?
Melalui perkongsian reseipi daripada Wan Iskandar ini, menunya nampak menyelerakan walaupun jenis yang simple. Tapi yang simple tu lagi sedap kan?
1.Lumur udang dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Goreng garing bawang putih, merah dan daun kari. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
3. Letak sedikit air dan kacau lagi hingga sekata. Masukkan garam secukup rasa dan cili. Gaul lagi.
4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali, taburkan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
DAGING MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN: Daging 2 sudu teh sos cili 2 sudu teh sos tomato 2 sudu teh sos tiram ¾ sudu kicap manis – beli online di sini Bawang putih Bawang merah Halia – beli online di sini Cili besar merah/hijau
CARA-CARA:
1.Lumur daging dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak. Masukkan daging, bawang putih, bawang merah dan halia.
3. Goreng sehingga daging keluarkan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga daging kelihatan sekata dan lembut.
4. Akhir sekali, masukkan cili besar. Kacau lagi. Dah siap untuk dihidangkan.
Macam-macam lauk pauk dan kuih boleh diolah menggunakan pes durian. Ada setengah dari kita buah durian tidak dijamah tapi bila diolah menjadi kegemaran pula. Citarasa orang berbeza-beza.
Boleh buat untuk minum petang. Dikongsikan resipi kuih Bingka Durian yang lemak manis dan lembut rasanya.
BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 – 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan untuk ditabur atas bingka
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan-bahan.
2.Gaul sebati, boleh juga dikisar.
3.Panaskan oven. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang yang sesuai.
4.Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 45 minit.
credit : Lie Ya
JIKA MENCARI AIR FRYER , JOM KLIK DI SINI.ADA BANYAK PILIHAN YANG MENARIK.