Kalau ada tetamu nak datang rumah, boleh sediakan mufin. Mufin ni senang nak buat dan sedap. Boleh juga dijadikan buah tangan kalau nak bertandang ke rumah kawan. RASA kongsikan resipinya yang senang nak dicuba sendiri di rumah.

MUFIN COKLAT MADU

Mufin Coklat Madu, Comel dan Sesuai Untuk Buah Tangan

IKLAN

BAHAN-BAHAN
200 ml susu cair fullcream + 20 ml air perahan lemon
260 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
60 gram serbuk coklat
80 gram gula pasir (kisar halus)
½ sudu kecil garam
180 ml minyak jagung
2 biji telur ayam
120 gram madu
150 gram coklat keping

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Buat butter milk dengan cara campurkan susu cair dengan air perahan lemon. Biarkan selama 15 minit.
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk coklat. Kemudian panaskan oven pada suhu 180 darjah.
3. Larutkan gula pasir dan garam ke dalam gelas yang berisi butter milk. Campur butter milk dan minyak jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan telur ayam yang sudah dikacau terlebih dahulu. Masukkan madu. Kacau lagi supaya sebati dengan adunan.
5. Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung. Kacau sekejap.
6. Masukkan adunan ke dalam cawan mufin. Masukkan coklat keping.
7. Bakar dalam oven selama 30 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing.

IKLAN

 

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI