Muffin makaroni berinti ini memang mengenyangkan kerana kaya inti dengan pelbagai rasa. Malah inilah yang menjadikan rasa muffin cukup enak.
Boleh dijadikan sajian petang, ia juga sesuai untuk hidangan pagi jika mahu sesuatu yang berbeza.
Resipi muffin makaroni berinti
Bahan-bahan
1/2 paket makaroni
1 biji bawang merah -dihiris
1 biji bawang putih -dihiris
Sedikit minyak zaitun
10 ekor udang – buang kulit
3 biji cendawan shitake segar -dihiris
2 sudu besar sos tiram
Lada benggala merah & hijau -cincang dadu
4 biji telur
1/2 cawan susu full cream
Garam, lada hitam & lada putih berperisa
Sedikit keju mozarela
Sedikit mentega
1. Didihkan air, masukkan 1 sudu teh garam dan rebus macaroni hingga lembut. Anggaran 8-10 minit. Toskan.
2. Sementara itu, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cendawan shitake, udang serta sos tiram. Kacau sebati.
3. Masukkan lada benggala hijau dan merah dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
Ads
4. Dalam bekas masukkan telur, susu full cream, garam, lada hitam serta lada sulah berperisa. Kacau sebati.
5. Oles mentega atau cooking spray di sekeliling muffin pan. Masukkan macaroni, bancuhan telur diikuti udang dan cendawan shitake. Akhir sekali taburkan keju mozzarela di atas permukaan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selsius selama 15-20 minit. Sedia dinikmati.
Bagi penggemar Dim Sum homemade, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni boleh anda cuba. Biasanya kalau nak makan, kita akan beli. Jadi kali ni apa kata cuba buat sendiri secara homemade. Caranya mudah sahaja. Pastikan anda buat inti dahulu barulah buat kulitnya. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak guna isi ayam, udang atau ketam pun boleh.
CARA- CARA BUAT DIM SUM HOMEMADE BERINTI FILET KETAM
Sata adalah antara ‘street food’ popular di kalangan orang Pantai Timur. Dihasilkan dari campuran isi ikan, kelapa dan beberapa bahan lain, ia dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar hingga masak. Rasa lemak isi ikan dan kelapa, sedikit pedas dan wangi daun pisang, menjadikan sajian ini sangat enak sekali. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Sata ni, saudari Sharifah Norfairuz ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang
8 biji bawang merah kecil India
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 ½ inci halia
½ biji kelapa parut putih
Cili padi secukupnya – hiris
2 biji bawang merah besar – hiris
5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing
2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa
Daun pisang secukupnya – dibersihkan
Lidi atau buluh kebab secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen. 2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati. 3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan. 4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.
5. Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!